Pengikut

Rabu, 7 Mac 2012

Cuti-Cuti Malaysia Utara:- Pencarian Ladang Anggur dan Hotsprings Ulu Legong


Selepas berehat semalaman di Hotel T, kami pun dengan keterujaan tahap kanak-kanak tadika nak ikut rombongan sambil belajar, bersiap sedia untuk menanti ketibaan pengantin yang berjanji dengan kami untuk membawa kami ke ladang anggur.. Urusan check out dari hotel dibuat Cik Wawa dengan jayanya.. Tanpa bersarapan, kami tunggu ketibaan mereka.. Tunggu punya tunggu, rupanya kami tak berada di tempat yang diorang bagitahu sebab mengikut GPS Cik Ratu, kami dah berada di Kuala Perlis.. Rupanya Kuala Perlis jauh lagi dari kami.. Akhirnya, kami pun buat keputusan untuk mecari ladang anggur sendirian dengan bantuan maklumat dari internet dan GPS..
Disebabkan masing-masing dah kelaparan dan kami ternampak TESCO Mergong, kami singgah untuk makan dahulu.. Sempatlah shopping kasut disana.. Dalam pada tu, sempat jugak melihat-lihat suasana TESCO kat sana yang agak berbeza dengan di Kuala Lumpur..
Perjalanan diteruskan untuk mencari ladang anggur seusai makan tengahari di TESCO Mergong.. Tak lupa jugak masa dekat sini kami jumpa booth Elianto.. Apa yang Cik Ratu suka dekat Elianto ni adalah, promoter dia mesti cantik-cantik.. Mekap diorang pun unik-unik.. Kalau berani pakai macam diorang mesti cantik.. (^_^)v
Perjalanan dari TESCO ke Sik mengambil masa yang agak lama sebab kami tak biasa dengan kawasan, takut terlepas simpang dan sebagainya.. Memandangkan kami bertolak pun dah agak lewat jugak, so, sampai dekat ladang anggur tu pun dah petang sangat.. Dalam pukul 6 setengah sampai.. Bukan takat tu saja, sebenarnya kami dah sampai ke sempadan negeri Thailand disebabkan GPS pening bila berada di utara Semenanjung Malaysia.. Pening kepala dibuatnya.. Malahan disebabkan mungkin terlalu lama digunakan, GPS Cik Ratu hang.. Aish!
Berpatah balik dan mencari jalan yang benar untuk ke ladang anggur akhirnya membuatkan kami tak dapat pun masuk ke ladang itu.. Kami buat keputusan untuk meninjau-ninjau kawasan sahaja pada petang itu dan mencari homestay untuk malam itu.. Malangnya, 2 homestay yang kami pergi untuk survey dah penuh dan tak ada kekosongan lagi.. Kami ambil keputusan untuk makan malam di sebuah homestay disana walaupun penuh dan kebetulan, tuan punya homestay tu dengan baik hatinya menunjukkan kami sebuah hotel bernama Melor Hotel yang terletak di pekan Sik.
Malam itu, kami bertiga bermalam di Melor hotel dengan harga RM90 satu malam. Setelah berehat-rehat dan menyelesakan diri, Cik Wawa dan Che Yah berniat nak cari durian tapi Cik Ratu kata, Cik Ratu nak stay kat hotel aje.. Tak lama lepas diorang pergi, telefon Cik Ratu berdering.. Tanya mereka pada Cik Ratu, sama ada Cik Ratu nak pergi ke Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong atau tidak. Bila difikir-fikir semula, Cik Ratu pun tak mahu nak melepaskan peluang ke sana, Cik Ratu pun bersetuju mengikut mereka.. Makan burger sambil tengok orang mandi-manda di sana.. Korang ade? Hahaha..
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam melalui jalan kampung dan shortcut yang ditunjukkan oleh GPS Cik Ratu sangatlah menakutkan.. Sebabnya, jalan tu sangat gelap dan tak ada kereta.. Sepanjang perjalanan, jalan diterangi lampu dari kereta yang kami pandu sahaja.. Nasib baik bertiga.. Kalaulah berdua atau berseorangan, mesti dah berfikir yang bukan-bukan dan rasa takut..  Sampai je kat sana, kitorang ingat, tempat tu sunyi dan tak ramai orang.. Rupanya apa yang kami fikir tu tak sama dengan apa yang berlaku dekat sana.. Lagi malam, lagi happening.. Cik Ratu ade jugak rakam video kat sana.. Tapi kualiti video tu tak memberangsangkan untuk letak dekat sini sebab tak jelas.. Tapi memang havoc jer kat sana. Budak-budak penuh dekat kolam cetek khas untuk mereka.. yang orang tua pun sibuk berenang-renang dekat dan berendam di kolam yang ada disana.. Siap ada khemah-khemah lagi disana.. Cik Ratu difahamkan yang hotspring Ulu Legong ni dibuka 24 jam dan ada bayaran masuk tau.. RM 2 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk orang dewasa.. Tiket boleh didapati di pintu masuk.. Hehehe.. v(^_^)v
Masuk je kat sana, suasana havoc yang tak terbayang dek kami sebab dekat K.L pun tak macam kat sini.. Kami sampai sana pun dah pukul 12.30 lebih kurang.. Tapi makin lama, makin ramai orang.. Kami lepak lebih kurang sejam dan balik semula ke Hotel Melor. Sempatlah Cik Wawa and Che Yah merendam kaki dalam kolam paling panas yang siap dipagar.. Mungkin nak mengelakkan dari orang terjun dalam tu dan cedera kot.. Tak pulak Cik Ratu bertanya pada jaga kat situ.. kat sini pun, walaupun Cik Ratu and the gang tak mekap, tetap jadi tumpuan dan pandangan orang.. Kemungkinan besar disebabkan oleh wajah Cik Ratu dan Cik Wawa yang hampir serupa.. Ataupun slang kami yang kedengaran agak lain.. Orang Kuala Lumpurlah katakan.. Huhuhu.. (^_*)v
Sesampai di hotel malam itu, masing-masing dah kepenatan.. Kami tidur dengan lenanya sementara menanti waktu pagi untuk perjalanan yang baru lagi..Next entri, Cik Ratu akan ceritakan pulak journey kami ke ladang anggur dan Pulau Pinang.. Sooo exciting!


Lots Of Love,
Cik Ratu.....2012

Khamis, 12 Januari 2012

Cuti-cuti Malaysia Utara;- Majlis Persandingan Antz (Hari Kedua)

Pagi-pagi lagi kami dah bangun dan bersarapan sementara menunggu waktu untuk bersiap-siap ke majlis persandingan Antz.. Menu kami pagi itu adalah Mi Maggie Kari bujang style.. Hahaha.. Sedap jugak.. Nak buat macam mana, masing-masing tak berani nak keluar carik sarapan sebab takut nanti sesat.. Memandangkan masing-masing ada masalah mengenal jalan atau senang kata, buta jalanlah.. Huu..
Dalam sedap duduk bersembang sambil bersarapan, kami dapat panggilan daripada pengantin mengatakan yang kami akan membawa pengantin pulang ke rumah untuk persandingan nanti.. Mencongak masa yang tak banyak, kami pun mula bersiap.. Bermulalah agenda menata rias wajah dengan warna-warna ceria semata-mata nak pergi kenduri.. Dan yang paling best sekali adalah, Che Yah yang biasanya tak make up tuh, kami make up kan.. Che Yah dah tercemar dengan dakyah-dakyah busuk dari Cik Ratu dan Cik Wawa.. Comel je dia.. Hikhikhik.. Suka suka suka suka suka...!!!!!! :p
Dalam pukul 12 lebih, pengantin pun sampai dekat homestay yang kami duduk tuh.. Terus kami bergerak ke rumah pengantin perempuan.. Sesampai kat sana, kami pun parking ditanah lapang yang ditunjuk oleh pakcik Antz.. Masalah adalah, kami semua memakai kasut bertumit tinggi kecuali Che Yah.. Susah juga nak bergerak.. Dalam hati Cik Ratu, Cik Ratu dah nekad nak kena beli kasut lain yang tak tinggi dan selesa selepas ni untuk meneruskan percutian..
Dalam pukul 2 petang, rombongan pengantin lelaki pun sampai.. Tapi bagi Cik Ratu dan kawan-kawan yang sememangnya dah kepenatan dari perjalanan semalam, kami agak cepat terasa letih semasa kenduri.. Ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas semasa berada disana.. Memang terasa sangat ketidaktahanan badan.. Tak larat nak berada disana lama-lama.. Rakan-rakan dari Kuala Lumpur selain kami bertiga ramai juga yang datang.. Antaranya Pah dan keluarga, Noor dan keluarga serta Imah dan pasangan..  Dah tak larat nak bertahan dalam rumah, Cik Ratu dan Che Yah dengan suka hati join venture Imah dan pasangan menjamu selera.. Kami yang sedari awal dah pun mengenyangkan perut melayan bersembang dengan Imah sementara Cik Wawa sibuk dengan tugasan sebagai pengapit.. Tak lama kemudian, Cik Wawa pun ikut join kami sekali..
Layanan keluarga Antz pada kami memang 1st class.. Layanan pada tetamu yang susah nak jumpa ditempat lain.. Lebih-lebih lagi bila mengetahui yang kami datang dari jauh.. Cik Wawa macam artis dirumah Antz.. Mana taknya, Cik Wawa dan Antz memang agak rapat sedikit semasa kami semua belajar dikolej dahulu.. Anak buah, adik-adik dan sepupu-sepapat Antz rajin bertanya mana satu Cik Wawa.. Masa kenduri ni jugaklah kami berkenalan dengan sepupu Antz bernama Eja, si kecil comel yang adorable dan petah berkata-kata.. Dia jadi flower girl pada hari itu.. Dengan wajah yang disapu mekap nipis, dia nampak sangat comel.. Umurnya mungkin lebih kurang 7 atau 8 tahun.. Petah berkata-kata.. Dilihatnya Cik Wawa memakai bulu mata palsu, dia membandingkan dengan bulu mata Cik Ratu pula.. Dengan tak semena-mena dia bertanya Cik Ratu, awak pun pakai bulu mata palsu macam Kak Wawa jugak ea? Hahaha.. Tergelak-gelak Cik Ratu nak jawap.. Segan pun ada.. Tapi dah tentulah jawapannya bulu mata Cik Ratu adalah original dan terbaik dari ladang.. Huhuhu... Tidak ada bantahan disitu.. Huu.. :D
Selesai sesi bergambar diatas pelamin dan sesi memotong kek, kami bertiga ambil keputusan nak lepak dalam kereta dan balik untuk cari bilik hotel sebab kami semua dah exhausted sangat dah sebenarnya.. Tapi photographer mintak kami menunggu sebab khidmat kami masih diperlukan untuk touched up mekap pengantin yang akan membuat penggambaran luar di kawasan Gunung Keriang.. Sementara menunggu pengantin siapkan sesi photoshoot dalam bilik, kami sempat juga bergambar di kawasan sawah padi.. Kami ingatkan pengambaran akan dibuat dikawasan yang kami ambil gambar semalamnya, tapi rupa-rupanya dikawasan yang lain.. Atau lebih tepat lagi, dikawasan bangunan yang tidak siap, hanya ada cerucuk sahaja yang baru dinaikkan.. Nak sampai ke kawasan binaan tu sangatlah menyeksakan.. Lebih-lebih lagi kami yang perempuan pakai baju kurung dan high heels.. Pengalaman ini memang antara yang terbaik.. Sementara pengantin ambil gambar dengan photographer, kami pulak buat photoshooting sendiri.. Hahaha.. Akibat dah tak tahan menahan bosan, Cik Ratu dengan selamba mengajak kawan-kawan untuk menunggu sahaja di kereta memandangkan keadaan yang sudah menginjak ke waktu senja.. Adalah tak molek untuk kami berada diluar.. Antz tak apala.. Ada 3 guard yang mengiringi termasuk suami.. Kami pula kena jaga diri sendiri.. Huhu.. Jadi lebih baik berwaspada dengan tahap tertinggi.. :p Sebenarnya ada cerita kelakar sebelum kami nak sampai ke Gunung Keriang.. Photographer approached Cik Wawa and bagitau dia lokasi photoshoot nak dibuat.. Dari Gunung Keriang, Cik Wawa boleh dengar abang tu cakap Kodiang.. Hahaha.. Taulah pandai geografi Cik Wawa oi.. Hahaha.. Bila Antz call, dia kata Gunung Keriang, riuh satu kereta.. Elok pulak ada bahan untuk Cik Wawa kita petang tu..
Akhirnya, serentak dengan azan Maghrib, kami nampak pengantin dan photographernya mulai keluar dari lokasi penggambaran dibuat.. Che Yah, masuk je dalam kereta, terus tumbang.. Huhu.. Setelah berpamitan dengan lebih kurang, kami pun memulakan perjalanan untuk mecari tempat tinggal bagi malam itu sebelum memulakan perjalanan kami untuk esok harinya pula.. Kata Antz, adalah lebih baik untuk kami ke Kuala Perlis sebab esoknya dia nak membawa kami ke ladang anggur yang terletak di Sik..
Kami bermalam di T hotel yang terletak dalam kawasan Alor Star sebenarnya.. Kami ingatkan dah sampai ke Kuala Perlis.. Hahaha.. Tapi badan yang dah penat dan otak yang dah letih dah tak kisah apa yang bakal berlaku.. Hanya mahukan kerehatan yang awal.. semasa cuba nak check in, kami yang tak booking bilik, terpaksa terima saja apa yang tinggal.. Malam itu, kami merapatkan 2 katil single semata-mata untuk tidur bertiga.. Kami pergi makan di kedai makan yang terletak diseberang jalan hotel.. Apabila melihat corak pemanduan laju pemandu-pemandu disana, kami sempat juga bergurau mengatakan jika kami jalan kaki semasa nak datang ke kedai makan itu, mesti kami akan tersangkut di tengah-tengah divider jalan.. Hahaha.. Yang kelakarnya, berpandu pada GPS Cik Ratu, kami dah masuk ke kawasan Kuala Perlis, tapi kata Antz belum lagi.. Rupanya, GPS dah menipu kami semua.. Hahaha.. Tapi itu semua hanya diketahui pada keesokan harinya saja.. Huhuhu.. Tapi nasib baik kami dapat juga tempat untuk tidur dan berehat yang agak selesa dan tak kelihatan seperti rumah hantu.. :p
Malam itu kami tak mampu nak melelapkan mata sangat.. Excited untuk ke Ladang Anggur di Sik.. Next entri, Cik Ratu akan cerita pulak pasal journey ke ladang anggur yang sangat menyeronokkan.. Nantikan ya! Juga nantikan entri-entri seterusnya tentang percutian Cik Ratu kali lepas.. See you soon!


























Lots Of Love,
        Cik Ratu....2012

Isnin, 2 Januari 2012

Cuti-Cuti Malaysia Utara;- Kenduri Kahwin Antz (Hari Pertama)


            Kali ni masih lagi percutian Cik Ratu diteruskan ke arah Utara.. This time, Cik Ratu ditemani 2 rakan baik Cik Ratu iaitu Cik Wawa dan Che Yah bercuti bersama-sama ke negeri Kedah Darul Aman, Pulau Pinang dan Perak Darul Ridzuan.. Sebenarnya, tujuan utama adalah untuk pergi ke kenduri kahwin kawan kami sewaktu belajar dulu di Alor Star, Kedah.
 
            Dari Kuala Lumpur, kami bertolak seawal jam 9 pagi.. Cik Wawa datang menjemput Cik Ratu dan Che Yah di rumah masing-masing (Tq Manjer.. Lebiu veri mac lah!).. Tanpa sempat breakfast, kami teruskan perjalanan pagi itu.. Nasib baik pergi dengan kereta Cik Wawa.. Hadiah dan beg-beg baju aje pun dah penuh bonet.. Dalam perjalanan, kawan kami Cik Pah call bertanya lokasi dimana.. Dia sempat mengajak kami ke dusun buah-buahan miliknya dia Taiping, Perak sebab dah satu jalan nak ke sana kan.. Memula memangla setuju aje nak pergi.. Tapi bila Cik Ratu tengok jam, Cik Ratu tanya sama ada sempat atau tak nak sampai ke majlis akad nikah Antz nanti.. Cik Wawa pun dengan semangat tekad memandu laju selaju cahaya kilat.. Wahahaha.. Untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali Cik Wawa melakukan pemanduan jarak jauh.. Tapi ape ade hal, simple things ajer.. Cik Wawa memang rider yang superb.. Hihihik.. Setakat 120km/jam tu tak ada ape sangatlah.. Dia tekan 140-160km/jam.. Kira memang side-side Cik Ratu jugaklah.. Kalau orang kenal Cik Ratu, memang tau yang Cik Ratu bukan pemandu yang sabar dan pemandu yang laju.. Bukan nak membangga, tapi sebenarnya peringatan pada diri sendiri lenkali jangan wat lagi.. Hehehe.. Takut jugak nanti tak pasal-pasal dapat surat cinta dari JPJ.. Walaweh! Sangat tak mau!


           Singgah kejap makan KFC kat Perhentian Rehat dan Rawat Tapah.. Dah lapar sangat.. Bedal je makan.. Then terus ke Alor Star.. Sampai kat sana, Antz da tempah satu homestay untuk kami.. Satu lagi masalahnya adalah kami tak dapat mencari homestay yang terletak di kawasan Mentaloon.. Okeh, best part of all adalah, kami diberitahu yang homestay kat Mentaloon tanpa kami tahu yang ejaan Mentaloon adalah seperti tadi dan bukan Mentalun Atau Mentalon.. GPS langsung tak dapat nak track kat manala Mentaloon nih. Akhirnya kami terpaksa jugak call owner homestay tu.. Coming to another surprise are, kami ingat homestay dia tu macam rumah-rumah kayu or in other name, a real homestay.. Tapi rupenya, homestay tu adalah sebuah rumah teres dalam kawasan taman perumahan.. Belasah jerla,janji selesa.. Rumah ade 3 bilik, berharga RM200 semalaman.. Susah nak carik, rumah tuh.. Hani Suria Homestay nama dia.. Memula ingat nak stay 2 hari kat situ, tapi membayangkan harga dia aje dah akan mengkopakkan poket kami, terus tak jadi.. Sampai kat umah tu dah lebih kurang pukul 4.. Cik Ratu ingat memang dah tak sempat nak ke majlis akad nikah yang berlangsung kat masjid berhampiran rumah pengantin.. Tapi bila di call, pengantin sendiri jawap yang dia belum dinikahkan lagi, dengan sepantas kilat, kami bersiap-siap.. Start kereta, terus zoom ke sana.. Masalah dalam journey kali ni adalah GPS Cik Ratu asyik pening jer.. Sikit-sikit nak reculculating.. Naik hangin jugak dengan dia.. Hahahaha..


            Selamat sampai kami ke majlis pernikahan.. Lepas tu dengan berlagaknya nak balik homestay dulu sebab nak carik sawah dan bendang.. Ni la gamaknya kalau duk bandar, tak pernah jumpa sawah kan.. Kalau ikut hati nak terjun betul-betul tengah sawah tuh.. Tapi tak berani sebab masing-masing pakai baju yang menampakkan keayuan.. Snap picture kat sana dengan senang hati dan gembiranya.. Lepas tu konon-konon nak bali semula ke homestay untuk mandi dan selesakan diri.. tapi tak jadi.. Ape sebab? Sebab kitorang dah sesat hampir 5 kali duk carik lorong nak masuk ke homestay tuh.. Tak nampak mana perginya lorong yang ada rumah berbumbung biru.. Aish! Nilah padah kalau tak tengok landmark bebetul.. Hambik ko! Hahaha.. Lastly kami patah balik semula ke rumah pengantin.. Tu pun sesat jugak.. Pengantinla yang jemput kitorang kat depan masjid untuk pergi kerumah dia.. Selesai makan nasik dan sebagainya, dah siap gosip sikit-sikit, pengantin sekali lagi kena tunjuk jalan pada kami di mana homestay tuh.. Haha.. Memang kelakar giler.. Malam tu disebabkan masing-masing takut nak tidur sorang-sorang padahal ada 3 bilik yang kami semua berkumpul satu bilik dan tidur beramai-ramai.. Nasib baik jugak bilik tu ada aircond.. Kepenatan membuatkan Cik Ratu tidur dengan lena sekali.. Hanya tersedar bila pagi menjelang.. ^_^ 






P/S: Kisah Seterusnya akan bersambung lagi nanti..  :D

Khamis, 15 Disember 2011

          Bulan mengambang penuh menghiasi malam yang gelap gelita.. Suasana sunyi sepi.. Yang kedengaran hanya bunyian ombak menghempas ke pantai.. Ombak yang sentiasa pulang ke pantainya yang setia menunggu walaupun kehadiran ombak itu membawa kemusnahan pada sang pantai. Pantai yang membiarkan dirinya dihakisi ombak sebenarnya membekal ombak dengan cinta dari hasil penghakisan itu supaya ombak tak akan pernah lupa singgah ke pesisir pantai.. Ombak berlau dengan cinta yang sarat.. Kembali juga membawa cinta yang sarat.. Pantai tetap disitu, setia menanti..

           Renungannya menjauh.. Lara hatinya dihambur bersama deburan ombak.. Kedinginan malam tak dipeduli.. Yang dia tahu hanya hatinya.. Akal membetah segala kata yang hadir, hati membenar tata laku.. Dia merenung lagi.. Melepas pandang segala yang terbuku ke tengah lautan.. Hati terus berdoa semoga semua masalah yang terpikul segera menghilang, segera menjauh.. Dalam jiwa terus mencari penyelesaian.. Sedang dia tahu yang dia sedang dicari dan akan terus diburu bila masalah yang ditanggung tidak selesai.. Dia sebenarnya sedang membiarkan satu jiwa terseksa.. Juga dengan tega membuatkan jasad itu merana..

          "Aku terpaksa lakukan itu," bisiknya dalam kesunyian malam itu.. "Aku mencari redha Allah dengan keredhaan kedua ibu bapaku.. Aku lukakan hatinya, aku biarkan dia.. Dayaku tiada.. Aku harap dia memahami isi hati ini.. Tapi.. Ah... Aku buntu.." Renungannya lepas terus ke laut.. Namun fikirannya menerawang jauh entah kemana.. Keluhan berat akhirnya terlepas dari bibir mungilnya..

           Dia mengorak langkah menyusur pesisiran pantai yang indah dengan suluhan cahaya bulan purnama.. Perlahan-lahan hatinya berbicara.. Bicara pada angin lalu tentang hatinya yang sedang lara.. Kasih yang ada tidak berestu.. Umpama kisah Antara Dua Darjat, cintanya diibaratkan.. Namun tak mudah untuk membuatkan lelaki itu memahami gelora jiwa yang ditanggung.. Aduhai jiwa.. Kuatlah kau mengharung dugaan ini.. Allah sedang menguji sejauh mana kau dan juga hatiku dapat bersatu dan saling menyokong dalam menempuh semua dugaan ini..


          Handphone dalam genggaman berbunyi lagi.. Lelaki itu.. Dia biarkan panggilan itu sepi tanpa jawapan.. Dibiarkan juga pesanan ringkas tersadai tanpa titpan balas. Dia hanya membiarkan.. Tak sanggup mendengarkan suara lunak yang pernah menghiasi hari-harinya.. Dia tak mahu membenarkan rasa simpati menaglir terus dalam dadanya.. Dia tahu perasaan itu tak akan bertahan lama.. Simpati menjadi kasihan akan mengundang musibah.. Membawa lebih penderitan dan kesengsaraan jiwa.. Tak mungkin akan mampu untuk ditanggung oleh sesiapa jua.. Tidak Sang Pencinta juga bukan untuk Sang Setia..


             Hatinya terus berbicara lagi, "Maafkan aku kerana tak mampu menunaikan janji yang aku bina.. Maafkan aku kerana aku memusnahkan cinta yang aku beri padamu.. Maafkan aku kerana aku tak mampu mebahagiakan kamu.. Benar, ku cari redha Allah dalam keredhaan ibu bapaku.. Namun dalam hati ini juga ada rasa cinta yang tak pernah padam untuk seorang yang pernah menghiasi hidupku.. Walaupun dia tak pernah berjanji untuk kembali, namun hanya dia yang mengisi setiap dari mimpi-mimpi yang aku alami.. Aku tak pernah akan mampu untuk berpaling dan mengisi ruang waktu yang telah berlalu.. Juga tak akan mampu untuk membeli ruang-ruang didalam hati kedua orang tuamu yang pastinya telah robek dan hancur.. Maaf, aku harus pergi..


Dia menyusur pantai menikmati mentari pagi.. Indah dan menenangkan namun hatinya masih seperti permukaan laut yang bergelora.. Semangat masih hilang.. Jiwa kosong tanpa irama cinta yang dicari.. Pelayarannya masih belum berhenti.. Tiada sentakan yang mampu membuatkan dia sedar betapa dia kini seorang sepi yang dirindu lantas merindu..











Selasa, 22 November 2011

          Ruang waktu yang panjang itu menyesakkan akal yang benar untuk berfikir dengan wajar.. Makin difikirkan, makin terasa sesak dan melemaskan.. Tiada kata putus.. Bergantungan begitu tanpa ada jalan yang mampu digunakan.. Tidak dari pihak yang meminta juga dari pihak yang menunaikan..

           Kasihan tertumpah tentunya kepada pihak yang menunaikan.. Bukan kepada pihak yang meminta.. Ruang dan peluang diberi untuk tenangkan fikiran.. Keputrusan dah dibuat cuma tak terluah.. Ah! Repekan apakah ini?

Ku melihat button itu bernyala.. Seakan memberi nyawa pada helaan nafas.. Tapi ia terus membisu seakan mengelak dari sabuah sengketa lain yang bakal tercipta.. Bahkan dia redha menanggung derita..

Semacam ada rindu yang terbuku.. Semacam ada rasa yang tak pernah dapat diungkap.. Rasa yang tak pernah hilang.. Tak pernah berniat untuk mengkhianati tapi rasa itu muncul lagi.. Mimpi-mimpi indah yang menjadi petanda..

Sesalku hadir.. Tapi untuk berpaling tidak mungkin.. Tidak pantas akan berlaku..

Ahad, 6 November 2011

di kesempatan ini Cik Ratu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Semoga korban dan aqiqah yang kita lakukan pada hari raya haji ini akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T.. Amin..

Ada masanya, sesuatu itu indah pada pandangan mata.. Tapi disebalik keindahan yang kita rasakan, ada sesuatu yang menyakitkan.. Umpama duri dalam daging.. bisanya hanya yang menanggung saja yang tahu.. Ada ketika, wajah mengukir senyum, tapi hati bagai dihiris-hiris.. Dan pada setiap waktu, hati menanggung beban, tapi mulut tak terluah bicara..



Tapi tak mungkin dimengerti segala penderitaan.. Tali yang mengikat harus diputuskan.. Tapi sang pengikat tak membenarkan tali itu dikerat.. Katanya, leraikan sebaik mungkin seperti mana ketika tali itu digunakan untuk mengikat.. serahkan tali itu sama sempurnanya seperti asal.. Tapi hakikatnya mana mungkin.. pasti ada sisi-sisi tali itu yang telah rosak... Yang telah pincang..


Semakin dipendam tak semakin enak seperti pekasam.. Semakin dipendam, menyakitkan dan menyeksakan.. Tak mahu berfikir apa yang bakal ditempuh.. Tak mahu tahu apa yang bakal terjadi.. Segalanya terasa seperti terlalu dingin.. 






sedingin ais yang menyejukkan tekak dikala mentari begitu terik membahang.. Kehangatan itu telah luput.. Telah tidak wujud.. telah hapus diketika tiada restu yang diberi untuk mengiringi gerak langkah kaki...















Ianya telah tiada......

Khamis, 3 November 2011

Maafkan saya..

Kehidupan kena diteruskan.. Walaupun ada ketika sesuatu perhubungan tu membuatkan Cik Ratu rasa stress.. Rasa tak mampu nak melaksanakan tanggungjawab pada yang berhak.. Cik Ratu minta maaf pada Encik Beliau.. Cik Ratu mohon berundur buat seketika..

            Ada banyak saat gembira yang telah Cik Ratu lalui bersama Encik Beliau.. Tapi jauh disudut hati Cik Ratu, Cik Ratu memang kecewa juga.. Harapan Cik Ratu agar hubungan ni boleh pergi jauh nmpaknya macam tak pasti..

           Cik Ratu nak cuba menjalani hidup dengan tenang.. Harap-harap bolehla kn.. Baru-baru ni ada jugak terfikir nak sambung belaja.. Tapi takla secepat yang mungkin.. Tiba-tiba masa keje semalam, datang pulak Sister bagitau ada offer.. Bagi jela nama.. Kalau ada rezeki, sambung semula belaja..

          Rasa dah malas nak stay bekerja dekat tempat yang penuh dengan orang-orang yang pentingkan diri sendiri.. Buat tambah stress.. Baik sambung belaja.. stress dengan buku-buku dan assignment lagi bagus dari duk stress dengan sikap manusia yang tak pernah tahu nak hargai orang lain kan..

          Semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna dan ceria.. Huu..