Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2011

Ada Orang Sayang Awak!!! Suke.. Suke.. Suke.. (^__^)

  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda
  •  Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  •  Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.  
  •  Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  •  Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  •  Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  •  Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  •  Anda seorang yang istimewa dan unik.
  •  Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  •  Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
  •  Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  •  Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
  • Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....  
  • Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..


Restu

R.E.S.T.U.......

               Perkataan ni ada banyak maksud dalam hidup manusia.. Banyak perkara yang kita lakukan akan menjerumus kepada mendapatkan restu dari orang-orang sekeliling kita biasanya yang lebih tua dari kita..Tak kirala bangsa apa sekali pun.. Restu tu tetap perkara penting.. 
          
               Semua benda yang berputar dalam kehidupan kita banyak yang berkait dengan restu.. Nak pergi sekolah (biasa pepagi mak ada kat umah before mak g keje or mak mmg suri rumah, kat depan pintu..) salam dulu.. Mak pun usap rambut (kalau gurls biasa pakai tudung nak kesekolah, usap kepala la kira.. :P).. Restu mak pun follow la anak dia dari pergi sekolah sampai balik sekolah.. Bila nak berjalan jauh-jauh, bgtau mak.. Mintak izin mak.. Pun kira mintak restu jugak.. Sebab bila dapat izin tuh, maknanya, mak bapak tu restula anak depa berpergian..
          
               Nak kawen pun mintak restu jugak.. Kalaula mak bapak tak restu, pastu kita pun duk gatai terjah pi kawen.. Gamaknya, perkahwinan tanpa restu tu ada banyak rintangan dan halangan.. Kalau tak kuat hati dan jiwa dalam mengharungi gelombang, karamlah bahtera impian.. Tapi kalau bertahan jugak, maknanya memang dah jodoh mereka kuat.. Hehehe.. Membebel tak tentu arah plak.. Hohohoho..
          
               Tapi nak share satu cerita la masa Cik Ratu study dulu.. Cik Ratu ada sorang bestfren.. Kitorang kenal masa study sebab kitorang satu rumah and satu kelas.. Pegi mana-mana, mesti Cik Ratu pegi ngan dia.. Macam tu jugak dengan dia.. Kawan Cik Ratu ni orang Pantai Timur.. Before dia masuk belajar nih, dia dah ada sorang boyfriend keje engineer.. Boyfriend dia memang bagus.. bagi duit belanja tiap-tiap bulan, top upkan dia tiap-tiap kali kehabisan kredit, beli baju luar dalam.. Kira memang boyfriend dia bajet dah nak wat bini dah.. And yang paling best, boyfriend dia masa tu dah hampir-hampir nak buat permohonan bertukar ke negeri yang kawan Cik Ratu duduk masa tuh.. Hubungan diorang direstui family masing-masing.. 


               Tapi dalam diam, sebenarnyer kawan Cik Ratu nih tak pernah lupakan cinta pertama dia.. Tiap-tiap tahun dia akan wish birthday cinta pertama dia nih, walaupun lelaki tu dah lukakan hati dia dengan tinggalkan dia dan kawen dengan pompuan lain.. Dipendekkan cerita, akhirnya dia menjalin kasih semula dengan suami orang tuh and family dia tak restu atas sebab-sebab yang tertentu.. Second year study, dia kena expelled dari kolej sebab dia dah kawen dengan lelaki tuh.. Dia sanggup dump boyfriend dia yang berkorban banyak untuk dia.. Memang kesian dengan boyfriend dia sebab nampak sangat boyfriend dia kecewa.. Kalau ditengok dari perbuatan dia yang tak study, tak tumpu perhatian dalam kelas, memang boleh nampakla yang dia secara sengaja mahukan diri dia dibuang kolej sebab kalau kena expelled, dia tak payah bayar balik biasiswa.. Lepas family dia dapat tau yang dia dah kawen (kawen kat sempadan plak tuh..), masa nila life dia da start porak peranda.. Husband dia (sebab da kawen kn.. :P) selalula turun K.L.. tapi lastly dia wat keputusan yang sangat mengecewakan hati seluruh keluarga.. Meremukkan hati keluarga yang dah bertahun2 menjaga kebajikan dia semata-mata demi cinta.. Akhirnya dia tanggung keperitan jugak.. Sepatutnya kalau dia habiskan study, kehidupan dia taklah sesusah sekarang.. Tapi Alhamdulillah, anak dah masuk 3.. Maybe family dah merestui dia sebab Cik Ratu dah lama tak ambik peduli cerita tentang dia (ada sikit krisis dalaman..).. Ataupun mungkin, jodoh memang panjang...
          
               Banyaklah contoh kepentingan restu.. sebab Cik Ratu sendiri pun pernah merasa betapa pentingnya restu nih.. Dan Cik Ratu faham betapa pentingnya restu... Malahan Cik Ratu harap orang lain pun akan faham betapa pentingnya restu.. 






P/S: Tak ada ibu bapa yang sukakan anak dia berada dalam kesusahan.. Sebab tulah, bila kita buat perkara-perkara baik, mak ayah kita akan sentiasa merestui kita dalam setiap aspek kehidupan..








Pssst..: Restu ibu bapa paling penting.. (^__^)'

Jumaat, 10 Jun 2011

Love Someone Unconditionally...

If you love someone because you think that he or she is really gorgeous... then it's not love...
it's ~*
Infatuation *~

If you love someone because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't...then it's not love...
it's ~*
Compromise *~

If you love someone because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings...then it's not love...
it's ~*
Charity*~

If you love someone because you share every thing with him ... then it's not love...
it's ~*
Friendship*~

BUT IF you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him...
that's ~*
LOVE *~

If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's ~*
LOVE *~

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to ...
that's ~*
LOVE *~

~Love Someone Unconditionally~