Pengikut

Khamis, 10 Februari 2011

Jerawat


                Post aku kali ni nak cakap pasal jerawat. Pasal apa aku pilih jerawat sebab baru-baru ni muka aku naik jerawat ngan teruk. Adoi!! Hehehe.. Mak aku cakapla kan, orang kalau tumbuh jerawat ni maknanya suka berangan. Masalahnya adalah, aku ni berangan tak kira waktu (selalu tak pulak tumbuh jerawat.. Hehehe..)..
                Okay, secara saintifkiknya, jerawat ni berlaku apabila ada pertumbuhan bakteria di liang muka yang tersumbat. Biasanya kalau pakai make up pastu balik umah tak reti nak tanggalkan (memang harusla naik jerawat), orang yang tak reti jaga kebersihan wajah, pemilik tangan yang suka menyentuh wajah (ini memang tak dapat nak dibendung, aku pun suka wat..  Syok, lagi-lagi kalau ngah tengok tv kan.. Hehehe..), orang yang suka bertukar-tukar produk kecantikan dan macam-macam factor lagi. Biasanya jerawat ni akan tumbuh kat area sinus ataupun area resdung. Kalau orang-orang zaman dulu-dulu kata, orang yang ada resdung memang senang naik jerawat (kalau berangan pun naik jerawat, menggatal pun naik jerawat jugak, jadi apakah?? Hahaha..).. no idea, kenala tanya dengan orang yang lebih arif tentang ini (sila jangan cari seseorang yang bernama Arif jika beliau bukan doctor bertauliah  untuk bertanyakan maklumat.. :P)   
                Sepanjang hidup aku, aku start dapat jerawat masa umur aku sekolah menengah. Semakin teruk bila aku mula bersekolah asrama. Hish, abes kelicinan kulit muka aku. Sebagai result yang paling baik, parut-parut masih lagi kelihatan. Hehehe..sepanjang pengalaman aku menjadi tokey jerawat, ada banyak benda yang aku da cuba gunakan sebagai cara nak menghapuskan jerawat baik petua orang dolu-dolu sampaikanla ubat-ubatan moden (tetiba aku macam bayangkan Lara Croft dan machine gun nyer menembak jerawat-jerawat tuh.. hahahaha…).. Sebut ajerla petua, ape nama pun aku mesti cuba selagi bahan-bahannya tak susah nak dijumpai (bole bayangkan tak betapa pentingnya kecantikan tu untuk orang pompuan sampaikan tak kisah langsung dengan bau busuk dan seksaan nak jadik cantik.. Adeh! Hehehe..).. Tu belum lagi yang namanya set kecantikan kan.. dari yang paling mahal sampai yang paling murah (mengikut kemampuan poket untuk membeli..) bole dikatakan aku dah cuba.

PETUA

         Antara petua yang pernah aku buat adalah gunakan perahan air asam jawa yang ditempek kat muka semalaman.. kononnya sebagai scrubla.. bau tak yah cakap la.. cube korang gi kat dapo tuh, cium bau asam jawa.. tu baru korang cium bau jer.. belum lagi tempek kat muka.. tapi nak cantek punya pasal, tempek gak (nasib baik hasilnya agak memuaskan.. hehe..) tapi satula, bila wat jer mesti kena bebel, sbb asik ngabeskan asam jawa mak aku jer.. hahaha.. (^_^)”
                Then, aku guna plak madu. Madu bestla sket. Bau dan rasa pun sedap. Suka la aku tempek kat muka.  Kononnya dikatakan yang madu dapat memberi kesan pelembap or mat saleh kata moisturizer.. Eceh! Hehehe..  Tapi kena basuh bersih-bersih tau sebab dikhuatiri nanti korang kena gigit semot lak.. tak pun kena sengat lebah sebab ambik madu dia tempek kat muka.. kekekeke.. and hati-hati gak ngan madu lebah tiruan sebab sekarang memang susah nak jumpa madu lebah yang betul-betul asli.. petua ni hanya berjaya kalau dapat madu lebah yang asli and ada satu fakta menarik pasal madu lebah yang aku baca kat sebuah majalah kalau tak silap aku.. dalam majalah yang aku tak ingat tajuk apa tuh, dia kata, madu adalah satu-satunya makanan yang tak akan rosak.
             Lidah buaya pun dikatakan memberi kesan pelembap gak. Cara dia senang jer.. korang ambik satu pelepah lidah buaya tu, buang kulit dia and ambik lendir dia tuh, sapu ke muka.  Biarkan dalam 15 ke 20 minit. Tapi kena hati-hati ngan getah dia. Kalau terkena kulit adalah sangat gatal tau. Huhu.. actually, lidah buaya or aloe vera ni akan memberi kesan penyejukan kat kulit muka. So relaxing kalau da kena aloe vera ni. Even my mum doing it.. Hihik!! Bau dia adalah bole tahan jugak.  Ngee..
              Saper yang suka makan telur sila angkat tangan!! Ha.. orang guna telur wat masak. Aku lak guna telur tempek kat muka.. bagus tak aku? Hehehe.. masak telur kat muka.. Hihik! Yang ni aku tak sure apa kegunaannya.. Adeh! Tapi yang aku tau, makin lama dibiarkan telur tu kat muka, dia makin tighten kat muka. Guna sama ada telur kuning or telur puteh aje.  Maybe utk tight up the skin yang makin tua (kenala ngaku da tua kan.. :P), yang da flabby.. hish! :P dan bau dia adalah hazab yer kawan-kawan.. kalau tak tahan hanyir telur bek jangan guna cara ini.. hehehe..

SET KECANTIKAN DAN UBATAN MODEN

                Erm, tak banyak yang aku bole cerita pasal ni sebab da banyak set kecantikan yang aku guna. Antaranya jenama Tupperware. Mesti ramai yang tak percaya yang Tupperware ada produk kecantikan and believe me, the product are one of the best yang aku dah guna.  Dan berbaloi dengan harga yang perlu dibayar. Dah lama tak guna produk tuh, da tak ambil pusing berapa harga dia, yang aku ingat masa beli tu pun satu set dengan 3 barang ajer da nak cecah RM200.. Lepas pada Tupperware, aku bertukar kepada jenama yang biasa-biasa pulak macam Loreal, Mustika Ratu and few products yang memang tak berkesan kat aku (tula pasal saper suh gatal-gatal pakai produk mahal, kan da azab.. :P).. aku try lak produk NanoWhite.. Bagus gak produk tuh dan worth money la.. Sekarang ni pulak, aku duk pakai produk Skinz yang duk iklan kat TV tuh (pengaruh iklan betul!!).. So far, sangatla ok.. Cuma ada masa bila aku stress, jerawat tetap akan keluar kan. So, aper nak dirisaukan.. hehehe.. (tak risau konon..!! :P)
                Sebenarnya kalau cakap pasal jerawat, dah tentula akan menyentuh pasal penjagaan kulit muka kan. Yang pasti aku pun bukanla arif sangat (walaupun dulu aku suka budak nama Ariff.. :P) pasal jerawat dan penjagaan muka ni. Yang penting kalau rasa diri sendiri tak leh nak cope ngan jerawat setelah berbagai usaha  dilakukan, silalah jumpa ngan doktor kulit or pakar esthetic sebab diorang ada banyak jalan penyelesaian untuk korang. Lagipun jerawat ni sikit sebanyak mempengaruhi  pembawaan imej kita gak kan dan salah satu penyebab kepada perasaan rendah diri (low self esteem)..
                Sebab tula aku tak heran langsung kalau ada perempuan yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak nampak cantik. Kecantikan dan wanita adalah sesuatu yang sinonim. Tipula kalau perempuan tak suka nampak cantik.  Total penipu. Tak kisahlah macam mana pun, yang penting jangan sesekali melakukan sesuatu sehingga berlebihan dan mnyebabkan kerosakan pada diri sendiri. Kalau nak jadi cantik, kenala usahakan satu regime kecantikan yang sesuai dengan diri sendiri..
                By the way, nak jadi cantik tak salah. Yang salah kalau dah berlebih-lebihan. Allah pun suka pada kecantikan kan. Kalau fizikal jer cantik, pangai huduh pun tak guna gak kan.. biarla kecantikan tu datang dari luar dan dalam.. Isk, aku rasa aku da merapu terlalu jauh walaupun jerawat dan kecantikan ada kaitan.. Hahaha.. Kerana dirimu begitu berharga!
                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

EKSPLORASI MINDA CELARUKU SILA KOMEN BERAMAI-RAMAI;-