Pengikut

Jumaat, 23 Mac 2012

Semangat Yang Makin Hilang

           Akir-akhir ini makin sibuk dengan tugasan sendiri.. Tanggungjawab sebagai anak dan kakak yang baik pun tak dapat nak ditunaikan walaupun sebelum ini taklah ditunaikan sebaik mana.. Tapi sekarang memang nampak tak cukup masa dan sibuk serta keletihan menambahkan lagi keburukan keadaan..


          Banyak yang tertinggal dan dilupakan.. Malahan ada yang aku tak mampu nak rungkaikan.. Contoh terbaik adalah perasaan sendiri.. Diri sendiri tak mampu nak tafsir perasaan sendiri, kira terukkan? Hurmm.. Entahlah...


          Dalam kesibukan harian, mata tertancap pada foto seseorang yang pernah bertakhta dalam hati.. Dah bernikah rupanya dia.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga berbahagia ke anak cucu.. 


           Jangan ditanya tentang jodohku.. Pasti ada suatu hari nanti, cuma kapan tibanya, aku sendiri tak tahu.. Biarlah cita-cita menjadi pemangkin semangat yang semakin pudar.. Biarlah cita-cita menjadi penghubung nyawa untuk roh terus bernafas.. Segalanya adalah tentang diri sendiri sekarang ini..


          Menerima khabaran yang tak enak ni adakalanya memualkan jiwa, merapuhkan perasaan.. Ditambah dengan keletihan fizikal dan kepenatan akal yang dipaksa bekerja keras.. Semuanya melahirkan sifat kebinatangan yang tak boleh diterima akal.. 


Nasib tak sadisme je nih.. Hahahaha.. Ketawa tu dah bukan sebahagian diri sejak akhir-akhir ni rasanya.. Sifat humorisme yang tertanam dalam diri dah terbenam.. Semangat pun dah menjunam.. What to do? Scooby doo bi doo.. Huu..


            Entah apa yang aku repekkan pun aku sendiri kurang pasti.. Maaf untuk yang kurang perhatian dari Cik Ratu.. Sesungguhnya, hati ini punya banyak rasa yang tak boleh dikongsi dengan semua.. Janganlah memaksa diri ini berkongsi rasa.. Cukup bila kukatakan sekali, tidak apa-apa, terimalah ia sebagai tidak apa-apa.. Yang apa-apa itu akan ku tanggung sendirian.. Bergembiralah supaya diri ini juga akan merasakan kegembiraan itu.. Walaupun tak berasa kegembiraan itu, berpura-puralah supaya hati ini tenang melihat dan mendengarnya..


          Aku perlukan masa bersendirian.. Sekarang hati ini benar-benar kosong.. Sekosong-kosongnya perasaan.. tiada apa didalamnya, tapi jangan tanyakan mengapa.. Masa akan ubati segalanya.. Diri ini benar-benar tak apa-apa.. Jangan Ditanyakan kenapa.. 






Lots Of Love,
                      Cik Ratu... 2012

1 ulasan:

EKSPLORASI MINDA CELARUKU SILA KOMEN BERAMAI-RAMAI;-