Pengikut

Selasa, 26 April 2011

he's going in the castle?
ya.. ya.. ya.. leaving me alone..
da few of a days.. making me berjauh hati sangat2...
dunno why.. Sorryla Encik Beliau kalau Cik Ratu dah wat Encik Beliau kecik hati sbb Cik Ratu lagi2 kecik hati sebenarnyer..
Apa pun proud of him..
juz do anything that u ant and i'll always supporting u..
^_^

Ahad, 17 April 2011

Selepas Sebulan

Selepas sebulan, akhirnya.. bersyukur sangat-sangat pada Allah S.W.T sbb memanjangkan usia perkenalan kami dan sentiasa menambahkan rasa kasih dan sayang serta cinta yang berpanjangan didalam hati kami berdua..
          Akhirnya Cik Ratu sampai juga hajat nak bercuti ke negeri Perak Daruk Ridzwan.. Sambil menyelam, Cik Ratu minum air.. nasib tak tersedak yer.. Kekekeeke... Perancangan Cik Ratu adalah bercuti di samping Encik Beliau.. Bersempena dengan anniversary sebulan yang pertama kami.. hehehe.. Pada asalnya Cik Ratu dah mintak Encik Beliau carikan Cik Ratu hotel bajet.. Tapi bila Mak Encik Beliau dapat tau, dia perli Cik Ratu plak.. Adess.. Hahahaha.. Dia kata, banyak duit Cik Ratu nak duk hotel .. Kekeke.. And dia suh cik Ratu stay kat umah family Encik Beliau.. Huhuhu..
          hari pertama sampai dinegeri Perak Darul Ridzwan tuh, Cik Ratu telah dibawa melawat ke Pantai Teluk Batik.. Pantai yang cantik, pemandangan yang indah.. Tapi sayangnya ada sedikit pencemaran yang telah berlaku seperti longkang yang tersumbat dan menimbulkan bau busuk.. Tapi menikmati sunset dan aiskrim ditepi pantai adalah seseuatu yang romantik kan? Sangat Cik Ratu sukakannya..(Thumbs up for the view dan ketenangan di tepi pantai!)
           Dari pantai Teluk Batik, Kami bergegas untuk melihat keindahan Waterfront.. Okeh, siyes Cik Ratu tak tau aper itu Waterfront... (tau nama jer sebab kawan Cik Ratu yang berbulan madu di Pangkor sibuk duk sebut hubby dia nak bawak dia g Waterfront) Cik Ratu dalam nada sedikit teruja dan sedikit menggesa sbb nak kenalkan encik Beliau dengan hubby kawan Cik Ratu tuh) mengajak Encik Beliau pegila ke sane.. Setibanya kat sana... Hehehehe.. Cik Ratu pernah sampai rupernye kat Waterfront tuh masa Cik Ratu student dulu.. Unfortunately, kawan Cik Ratu dan Hubby dia xda plak kat sana.. Sangat kesalkan itu tapi xper.. hehehe.. Sebenarnyer Cik Ratu berkonvoi dengan kawan Cik Ratu tuh separuh jalan sebelum kami berpisah mengikut haluan masing-masing..
          Seperti biasa Cik Ratu pun memulakan tugas sebagai model berjaya.. Hehehe.. Dan lensa kamera Encik Beliau dan Cik Ratu menjalankan tugas dengan jayanya.. Pose perasan menarik Cik Ratu berikan semata-mata nak memberatkan memory card kamera.. :p
         Semasa kat Waterfront, Cik Ratu dah pun beli sedikit barangan makanan laut dari lumut untuk diberikan kepada family Cik Ratu.. Tak lupa sehelai kaftan untuk Mak Encik Beliau dan juga Cik Ratu sendiri.. Dalam perjalanan pulang, kami berkira-kira nak makan apa.. Terbit dari mulut Encik Beliau untuk makan di RFC.. tapi tak kesampaian sebab dah lewat dan akhirnya kami hanya menikmati McD sebagai hidangan makan malam..
          Keeseokkan harinya, kami ke Kuala Kangsar pulak.. dalam perjalanan ke sana, kami sempat singgah kat tepi highway.. ada macam taman yang agak cantik dan kami boleh nampak bandar Ipoh dari sana kalau Cik Ratu tak salah.. Okeh, Kat K.Kangsar, Cik Ratu ditemukan dengan Cik Wati.. Gadis manis berasal dari K.Kangsar yang juga merupakan frenz Encik Beliau.. Cik Wati terpaksa jadi tourist guide pada kami pulak.. heheh.. Thanx to Cik Waati sebab lunch kami haritu atas belanja beliau.. thanx sgt! mmg sdap.. Kami lunch di sebuah kafe yang bernama The Gate Cafe..  lepas dah lunch, Kami ke Galeri Sultan Azlan Syah.. Dlam Galeri tu ada macam-macam.. untuk orang dewasa, harga tiket adalah RM4, kalau bawak student pass, bole dapat half price.. Tapi malangnya, xseorang pun yang mempunyai student pass.. So, sangatla rugi.. Huhu.. Aper pun, sangat berbaloi meluangkan masa melihat-lihat galeri sebab korang akan rasa kagum dengan Sultan Perak.. Bole tengok betapa bijaknyer baginda sultan.. keaktifan baginda dalam sukan and banyak sgt lagi.. Sangat suggestkan sesiapa yang minat dengan sejarah utk melawat..
          Lepas ke Galeri, cik Ratu pergi plak menjelajah kedai2 yang menjual barangan kraftangan.. deretan kedai yang sangat Cik Ratu sukai.. Hehee.. Sambil mencari brangan yang dipesan, Cik Ratu jugak carik hadiah untuk kawan Cik Ratu yang baru kawen and pergi honeymoon serentak dengan percutian Cik Ratu (alah, yang konvoi dengan Cik Ratu tu la..) hehehe..
          Balik dari K.Kangsar, Encik Beliau menggunakan jalan lama.. katanya nak kenalkan Cik Ratu dengan nama-nama kampung yang terdapat di sana.. Hehehe.. Nama kampung ada yang nampak unik dan juga ada yang kedengaran lucu sehinggakan Cik Ratu sibuk bertekak dengan Encik Beliau tentang sebutan nama kampung2 tu..
          Malamnya, Cik Ratu cuma lepak dikedai Mak Encik Beliau.. Tahu tak, Encik Beliau dah wat Cik Ratu menyanyi kat pentas karaoke kedai Mak dia pada malam pertama.. sangatla Cik Ratu malu sebab out of tune.. Dala kena gelak dengan encik beliau.. Sanagat tak suka.. Makan malam kitorang westernla kan mlm kedua nih.. Cik Ratu Makan Stik Lembu.. Satu set berharga RM13.50.. Chicken Chop plak baru jer rege RM9.90.. so sangatla murahnyer..( teruja Cik Ratu.. hehehe)
        Hari terakhir Cik Ratu kat sana.. Cik Ratu bangun agak awal pagi tuh.. Tibe2 mak Encik Beliau panggil.. katanya nak tanyakan sesuatu.. Cik Ratu da berdebar-debar da.. Mrah ke beliau apabila Cik Ratu berkawan dengan anak dia? huhu.. rupnya nak tanya perkembangan perbincangan kami berdua ttg pertunangan dan sebgainya sebab dari pihak diorang, nampaknyer merestui kami berdua.. Mak Encik Beliau da sarungkan cincin kat jari manis Cik Ratu tanda dia merestui kami berdua.. terharunyer Cik Ratu.. Speechless pun yer.. dan selepas tu Cik ratu pun balik semula ke Kuala Lumpur ditemani Encik Beliau.. Hujan lebat menemani kami sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur.. Berhenti di R&R ulu Bernam, menanti kawan Cik ratu untuk konvoi pulang bersama.. Cik Ratu terus ke KL Sentral sebab Encik Beliau nak balik semula ke Batu Gajah.. berpisahla kami tepat pukul 9 malam apabila Encik Beliau menaiki trennya..
Percutian Cik Ratu dah pun berakhir.. Tapi Cik Ratu happy..

Nota Ratu: its true, when we go to peoples natural habitat, we will know a lot of things about them.. 

P/S: Accept people as what they are.. And people will love u as what u are..