Pengikut

Isnin, 2 Julai 2012

Pathetic Psyco

 Dah lama tak mengupdatekan blog yang dah bersawang hebat nih.. Hahaha.. Juz wanna share one special pic yang Cik Ratu dah printscreen baru je kejap tadi.. Tak taulah nak cakap apa.. sebab diz person annoyed me a lot.. Macam DESPERADO pun ader.. Hahaha.. Nak serang-serang Cik Ratu pasal jantan?? WHAT THE HECK? Apsal?? Rasa tergugat ker? Ker rasa tak berapa nak disayangi? Hahaha.. PATHETIC PSYCO!!!!!



Bole bace kot ea apa yang perempuan tu tulis? Kalau Tak bole baca, Cik Ratu sedia meng'copy'kan.. Hahahaha.. She said:

ELLO~~u dont need 2 knoe me..but iknoe who u r..for ur information sy tlah declare dgn en.Beliau awk (SI TUKANG TANGKAP GAMBA)and so HE IS MINE!~~sy tak tau samada korang still bsama lagi ke tak..but for ur info en.beliau dah bgtahu dia takde ape2 lagi dgn awak..and so stop message dia lagi before thing become worse..THANK U SO MUCH..:) on Tak Marahlah! Emo jer Terlebih Haritu.. Huhuhu


still using words encik beliau awak.. Means Encik Beliau will always be mine lah.. hahahaha... :p
and phrase before thing become worse.. <-- maksudnya ape? ko nak call aku maki-hamun aku?<- buang kredit dan buang masa plus dapat dosa.. hikhikhikhik..
ko nak carik aku kat KL??? Datangla.. U are most welcome to come and see me..
Ker nak santau aku, nak tuju-tuju aku? Bole jugak.. Dipersilakan..

Kalau setakat sorang lelaki ko nak berebut, hello....!!!!!! Sedih!!!!
Rasa terancam ker? Ker desperate? OMG!!!!
Bukan aku yang cari pasal kot..
Kalau aku tak tercuit, aku pun tak ingin nak cuit..
Kalau nak sangat, dipersilakan ambik..
semoga bahagia..
And by the way, please correct ur grammar and ur spelling yer pompuan..
Sedih cikgu Bahasa Inggeris ko kalau tengok.. :p

Peace!!!!

Ahad, 1 Julai 2012

A Story Of A Lifetime 1


          Once upon a  time, there was 2 young people who deeply fell in loved to each other.. This handsome young man are the real protector to his lover.. The best that he can affor of and the best she ever had.. But yet, the girl's parent didn't allowed her to be with him even though she ought to be with him..
             She stop from expressing her feeling but she still showed that she care.. She keep silent for about a month.. And the man keep looking for her, begging her not to do so.. In her heart, she still loves him like before.. In Facts, alot more.. But her situation puts her in difficulty.. Difficult to makes decision difficult to choose..
          She stays with him for about a very long time.. With no promises or hopes from her.. But man are also know how to feel bored of waiting.. He kept asked her a very simple question.. "Do you loves me?', "Who am i to you?", "what are our status now?" But she kept her away from answering every single of the question.. On the purpose of not wanting to give him any hopes, not wanting him to wait.. 

          But yet, she dont even realize that what she's doing are a terribly big mistakes that ruining two hearts.. She didnt even realize that she needs him more than everything.. She kept herself in her own slumber.. Believes in every words that being told.. "I will love you forever",  "I will wait for you", "You a the only person that I loved"..

         Until one not a very fine early morning.. She caught her own breath when she knows the truth.. Knowing everything that she believed are just a big fat lie..Knowing that whats she hoping for are not true.. She's blanked.. And now she feels zero.. Then she realize that how much he's avoiding her lately.. How much that her message being replied.. How much her call being answered.. Everything are not as same as before.. 

           She never felt lost like this after her few years of grieving after her big lost before..And now, for god sake, she don't even know what to do.. She don't even know what to say.. 
Tears drop..... 
And drops........
And dropsss...........
 Nothing to say, things are happening.. Only tears speaks for her.. 

           The man regretting his unpatienceness while she regretting her selfisness that brought them into separation.. Times goes.. Nothing can be changed.. Allah has fated them to go on their own way.. Thats whatthey have to do.. To complete their life without each other presenceness.. Him, who have his new partner, Insya Allah will have a bliss and happy life.. The girl will always pray for him, his happiness..


-THE END-





Selamat Pengantin Baru Angah!

Adik Cik ratu yang kedua dah pun selamat dinikahkan pada 05/05/2012 pada jam 10 pagi.. Cik Ratu yang memang bercuti khas sempena hari perkahwinan adik Cik Ratu sempat merakamkan beberapa gambar sempena hari bahgia Angah Cik ratu..

          Emak Cik Ratu nampak dah feeling-feeling.. Mata dah merah-merah.. Syahdu ler tuh.. :p Ibu mana yang tak syahdu tengok anak gadis dia menikah.. Kan?

          Malam nya ada majlis khatam Al-Quran dan  marhaban dari Kumpulan Al Hidayah Kampung Sungai Salak Batu 10, Gombak.. Hahahaha.. Promote gitu kan.. Mak Cik Ratu pun ahli grup nih.. :p
       
          6/5/2012 adalah tarikh adik Cik Ratu bersanding.. Alhamdulillah, semuanya pun  berjalan lancar seperti yang dirancang..

          Malangnya, 2,3  hari sebelum majlis, Cik Ratu pulak yang tak sihat.. Orang kata, selalunya pengantin yang tak sihat sebab sibuk dan takcukup rehat.. Ni kakak dia pulak yang lebih-lebih.. Hahaha.. Tapi tetap maintain vogue gitu kan. Hikhikhik..

Apa pun, Cik Ratu sentiasa mendoakan kebahagiaan adik Cik Ratu sehingga ke akhir hayat...

P/S: Lambat update pasal citer ni sebab pas majlis, Cik Ratu agak busy dengan tugas hakiki sebagai penjawat awam.. hahaha..







Kawan sekerja yang hadir












Masalah Orang Yang Tak pernah Pakai Contact Lens.. Hahaha..

Two Sister

Wawa(My BFF), Angah and Me

Jumaat, 11 Mei 2012

Tak Marahlah! Emo jer Terlebih Haritu.. Huhuhu

mesti pelik kan dengan tajuk tu kan.. Hurmm.. Al kisahnya Cik Ratu dah Teremo la pada satu pagi buta yang hening.. Naikkan marah orang.. Padahal kes kurang kasih sayang jer pun.. Kesian beliau.. Dahla penat menjadi jurugambar ditempat lain.. Cik Ratu pulak emo2, membahasakan beliau yang bukan2.. Tak pasal2 la pulak..

Tapi Cik Ratu nak salahkan beliau jugak (kes xpuas hati.. Hahahaha..).. ada ke patut senyap jer.. Taula Adik Cik Ratu kawen.. Tapi mesejla.. Senyap jer.. Sakit hati kite! EH! Dah tertiru dialog filem la pulak.. Hahaha..

Lastly, sampai ke harini beliau diam jer.. Padahal Cik Ratu nak mengadu yang Cik Ratu dah berapa hari demam.. termasuklah saat dan ketika nih.. Tapi gagahkan jugak menaip sebb tengok blog nih da bersawang.. Cik Ratu nak share jugak rasa hati Cik Ratu yang kadang-kadang tiba-tiba aje rasa sedih masa majlis kawen tuh.. Bukan sedih sebab tengok adik Cik Ratu kawen dulu.. Tak.. Perasaan sedih ni tanpa sebab.. Risau jugak Cik Ratu.. Kata orang kalau kita suka rasa sedih tiba-tiba or tiba-tiba rasa sayu, katanya ada gangguan sihir.. Uish! Mintak simpanglah kalau macam tuh.. Huu..

Tapi tulah kan.. Sebenarnyer Cik Ratu pun tak sedar yang Cik Ratu dah buat beliau sakit hati dan marah.. Alahai! Nak pegi memujuk, ilmu tu la yang paling Cik Ratu fail sekali.. Hehehehe.. Tapi Cik Ratu tak marah sikit pun bila beliau yang tersebut tu tak dapat datang kenduri adik Cik Ratu.. Cik Ratu pun faham kesukaran yang dia alami atas sebab kereta yang rosak tuh.. Memang dah bukan rezekilah tu kan...

Maybe perangai Cik Ratu lah kan yang tak bagus.. Cik Ratu tak pandai nak carik orang lain untuk share ape yang Cik Ratu rasa.. Cik Ratu tetap akan stick to one person untuk berkongsi cerita.. Nak cerita dekat Mak Cik Ratu, memang tak lah.. Nanti telinga kena kuliah Jumaat.. Huu.. Entahlah.. Cik Ratu cuba lah bawak diri baik-baik lepas nih..

Hope beliau pun baik-baik jugak lepas nih.. Cik Ratu wont bother you if nothing important.. :D

Sumtimes, we have to remember where are the right place for ourself.. Kan? :)

Selasa, 24 April 2012

HAppy 17th Birthday Bro!

Its 24th of April And its my youngest brother 17th's birthday.. Hope he will grown up as a good man.. Have a succesful life, live healthy and be happy in whatever he do..


He's the one that i love more than his brother and sister..
Okayla, hari Cik Ratu nak cerita pasal birthday boy nih..
My loves one..


Antara kami 4 beradik, dia punya perangai yang agak pelik selepas Kak Ngah dia.. Such a young boy yang suka buat yang entah apa-apa.. 


Masa dia kecik-kecik dulu, lepas je bercerai susu dengan Mak Cik Ratu, he decides to sleeps with us (his sisters and the one and only brother that he have).. And he will only sleeps after I sang him a lullaby (the reason why I always sleep the last.. Hahaha..).. Dia baik sangat masa tu.. Tido tak merengek ape pun.. Yang pasti kami semua dapat tido lena walaupun ada budak umur 2tahun lwbih duk menyelit antara kami.. 


And one fine day, bila Cik Ratu sidai baju dia, Cik Ratu tersentak bila tengok yang saiz baju dia makin besar.. Barulah Kak Long dia ni sedar yang Adik dah besar dan semakin membesar.. Masa tu rasa macam sedih sebab si kecil da makin membesar dan pasti akan punya hidup sendiri.. :(


Akhirnya dengan ketentuan Allah, kami terpaksa berpisah sementara kerana Cik Ratu masuk ke sekolah berasrama.. Malam sebelum Kak Long dia ni pergi, dia tanya pada Cik Ratu, "Kalau Kak Long Pergi, nanti siapa yang nak tido dengan adik,".. Luluh perasaan Cik Ratu sebab Cik ratu memang manjakan dia sangat.. Sebab sebelum dia lena, dia akan tidur di lengan Cik Ratu.. Bila dah lena, baru Cik Ratu alihkan ke bantal.. Cik ratu cuma berpergian selama beberapa hari sebelum Cik ratu balik semula kerumah dan Cik ratu dapat tau yang dia demam sudah beberapa hari.. Cik Ratu tido dengan dia, peluk dia dan esoknya dia pulih dari demam.. Tapi semenjak hari itu, dia macam bermusuhan dengan Cik Ratu.. Tiap-tiap kali Cik Ratu pulang, Dia akan sengaja mencari jalan untuk menyakitkan hati Cik Ratu.. Macam tu jugak bila Kak Ngah dan Abangnya ke asrama.. Bila mak tanya, katanya kami yang tak sayang dia sebab kami semua keluar tinggalkan dia pergi duduk kat asrama.. sebab tulah dia carik gaduh dengan kami semua.. Adik tak tahu yang kami semua sayangkan Adik..


Sekarang dia dah besar.. Dah pandai timbang tara mana yang baik, mana yang buruk.. Dalam hati Kak Long, Adik masih adik kecil Kak Long yang Kak Long dukung dan bawak berjalan sekeliling sepanjang tingkat flat rumah yang kita pernah diami dulu.. Adik tetap permata hati Kak Long.. I know that i'm not ur wishful sister, but yet u're the most person that I love in my life.. Kak Long akan sayang Adik sepanjang hayat Kak Long selagi nyawa dikandung badan.. Tak kira apa yang berlaku, dimana dan bagaimana, Adik tetap dalam hati.. :)

Jumaat, 23 Mac 2012

Semangat Yang Makin Hilang

           Akir-akhir ini makin sibuk dengan tugasan sendiri.. Tanggungjawab sebagai anak dan kakak yang baik pun tak dapat nak ditunaikan walaupun sebelum ini taklah ditunaikan sebaik mana.. Tapi sekarang memang nampak tak cukup masa dan sibuk serta keletihan menambahkan lagi keburukan keadaan..


          Banyak yang tertinggal dan dilupakan.. Malahan ada yang aku tak mampu nak rungkaikan.. Contoh terbaik adalah perasaan sendiri.. Diri sendiri tak mampu nak tafsir perasaan sendiri, kira terukkan? Hurmm.. Entahlah...


          Dalam kesibukan harian, mata tertancap pada foto seseorang yang pernah bertakhta dalam hati.. Dah bernikah rupanya dia.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga berbahagia ke anak cucu.. 


           Jangan ditanya tentang jodohku.. Pasti ada suatu hari nanti, cuma kapan tibanya, aku sendiri tak tahu.. Biarlah cita-cita menjadi pemangkin semangat yang semakin pudar.. Biarlah cita-cita menjadi penghubung nyawa untuk roh terus bernafas.. Segalanya adalah tentang diri sendiri sekarang ini..


          Menerima khabaran yang tak enak ni adakalanya memualkan jiwa, merapuhkan perasaan.. Ditambah dengan keletihan fizikal dan kepenatan akal yang dipaksa bekerja keras.. Semuanya melahirkan sifat kebinatangan yang tak boleh diterima akal.. 


Nasib tak sadisme je nih.. Hahahaha.. Ketawa tu dah bukan sebahagian diri sejak akhir-akhir ni rasanya.. Sifat humorisme yang tertanam dalam diri dah terbenam.. Semangat pun dah menjunam.. What to do? Scooby doo bi doo.. Huu..


            Entah apa yang aku repekkan pun aku sendiri kurang pasti.. Maaf untuk yang kurang perhatian dari Cik Ratu.. Sesungguhnya, hati ini punya banyak rasa yang tak boleh dikongsi dengan semua.. Janganlah memaksa diri ini berkongsi rasa.. Cukup bila kukatakan sekali, tidak apa-apa, terimalah ia sebagai tidak apa-apa.. Yang apa-apa itu akan ku tanggung sendirian.. Bergembiralah supaya diri ini juga akan merasakan kegembiraan itu.. Walaupun tak berasa kegembiraan itu, berpura-puralah supaya hati ini tenang melihat dan mendengarnya..


          Aku perlukan masa bersendirian.. Sekarang hati ini benar-benar kosong.. Sekosong-kosongnya perasaan.. tiada apa didalamnya, tapi jangan tanyakan mengapa.. Masa akan ubati segalanya.. Diri ini benar-benar tak apa-apa.. Jangan Ditanyakan kenapa.. 






Lots Of Love,
                      Cik Ratu... 2012

Rabu, 7 Mac 2012

Cuti-Cuti Malaysia Utara:- Pencarian Ladang Anggur dan Hotsprings Ulu Legong


Selepas berehat semalaman di Hotel T, kami pun dengan keterujaan tahap kanak-kanak tadika nak ikut rombongan sambil belajar, bersiap sedia untuk menanti ketibaan pengantin yang berjanji dengan kami untuk membawa kami ke ladang anggur.. Urusan check out dari hotel dibuat Cik Wawa dengan jayanya.. Tanpa bersarapan, kami tunggu ketibaan mereka.. Tunggu punya tunggu, rupanya kami tak berada di tempat yang diorang bagitahu sebab mengikut GPS Cik Ratu, kami dah berada di Kuala Perlis.. Rupanya Kuala Perlis jauh lagi dari kami.. Akhirnya, kami pun buat keputusan untuk mecari ladang anggur sendirian dengan bantuan maklumat dari internet dan GPS..
Disebabkan masing-masing dah kelaparan dan kami ternampak TESCO Mergong, kami singgah untuk makan dahulu.. Sempatlah shopping kasut disana.. Dalam pada tu, sempat jugak melihat-lihat suasana TESCO kat sana yang agak berbeza dengan di Kuala Lumpur..
Perjalanan diteruskan untuk mencari ladang anggur seusai makan tengahari di TESCO Mergong.. Tak lupa jugak masa dekat sini kami jumpa booth Elianto.. Apa yang Cik Ratu suka dekat Elianto ni adalah, promoter dia mesti cantik-cantik.. Mekap diorang pun unik-unik.. Kalau berani pakai macam diorang mesti cantik.. (^_^)v
Perjalanan dari TESCO ke Sik mengambil masa yang agak lama sebab kami tak biasa dengan kawasan, takut terlepas simpang dan sebagainya.. Memandangkan kami bertolak pun dah agak lewat jugak, so, sampai dekat ladang anggur tu pun dah petang sangat.. Dalam pukul 6 setengah sampai.. Bukan takat tu saja, sebenarnya kami dah sampai ke sempadan negeri Thailand disebabkan GPS pening bila berada di utara Semenanjung Malaysia.. Pening kepala dibuatnya.. Malahan disebabkan mungkin terlalu lama digunakan, GPS Cik Ratu hang.. Aish!
Berpatah balik dan mencari jalan yang benar untuk ke ladang anggur akhirnya membuatkan kami tak dapat pun masuk ke ladang itu.. Kami buat keputusan untuk meninjau-ninjau kawasan sahaja pada petang itu dan mencari homestay untuk malam itu.. Malangnya, 2 homestay yang kami pergi untuk survey dah penuh dan tak ada kekosongan lagi.. Kami ambil keputusan untuk makan malam di sebuah homestay disana walaupun penuh dan kebetulan, tuan punya homestay tu dengan baik hatinya menunjukkan kami sebuah hotel bernama Melor Hotel yang terletak di pekan Sik.
Malam itu, kami bertiga bermalam di Melor hotel dengan harga RM90 satu malam. Setelah berehat-rehat dan menyelesakan diri, Cik Wawa dan Che Yah berniat nak cari durian tapi Cik Ratu kata, Cik Ratu nak stay kat hotel aje.. Tak lama lepas diorang pergi, telefon Cik Ratu berdering.. Tanya mereka pada Cik Ratu, sama ada Cik Ratu nak pergi ke Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong atau tidak. Bila difikir-fikir semula, Cik Ratu pun tak mahu nak melepaskan peluang ke sana, Cik Ratu pun bersetuju mengikut mereka.. Makan burger sambil tengok orang mandi-manda di sana.. Korang ade? Hahaha..
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam melalui jalan kampung dan shortcut yang ditunjukkan oleh GPS Cik Ratu sangatlah menakutkan.. Sebabnya, jalan tu sangat gelap dan tak ada kereta.. Sepanjang perjalanan, jalan diterangi lampu dari kereta yang kami pandu sahaja.. Nasib baik bertiga.. Kalaulah berdua atau berseorangan, mesti dah berfikir yang bukan-bukan dan rasa takut..  Sampai je kat sana, kitorang ingat, tempat tu sunyi dan tak ramai orang.. Rupanya apa yang kami fikir tu tak sama dengan apa yang berlaku dekat sana.. Lagi malam, lagi happening.. Cik Ratu ade jugak rakam video kat sana.. Tapi kualiti video tu tak memberangsangkan untuk letak dekat sini sebab tak jelas.. Tapi memang havoc jer kat sana. Budak-budak penuh dekat kolam cetek khas untuk mereka.. yang orang tua pun sibuk berenang-renang dekat dan berendam di kolam yang ada disana.. Siap ada khemah-khemah lagi disana.. Cik Ratu difahamkan yang hotspring Ulu Legong ni dibuka 24 jam dan ada bayaran masuk tau.. RM 2 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk orang dewasa.. Tiket boleh didapati di pintu masuk.. Hehehe.. v(^_^)v
Masuk je kat sana, suasana havoc yang tak terbayang dek kami sebab dekat K.L pun tak macam kat sini.. Kami sampai sana pun dah pukul 12.30 lebih kurang.. Tapi makin lama, makin ramai orang.. Kami lepak lebih kurang sejam dan balik semula ke Hotel Melor. Sempatlah Cik Wawa and Che Yah merendam kaki dalam kolam paling panas yang siap dipagar.. Mungkin nak mengelakkan dari orang terjun dalam tu dan cedera kot.. Tak pulak Cik Ratu bertanya pada jaga kat situ.. kat sini pun, walaupun Cik Ratu and the gang tak mekap, tetap jadi tumpuan dan pandangan orang.. Kemungkinan besar disebabkan oleh wajah Cik Ratu dan Cik Wawa yang hampir serupa.. Ataupun slang kami yang kedengaran agak lain.. Orang Kuala Lumpurlah katakan.. Huhuhu.. (^_*)v
Sesampai di hotel malam itu, masing-masing dah kepenatan.. Kami tidur dengan lenanya sementara menanti waktu pagi untuk perjalanan yang baru lagi..Next entri, Cik Ratu akan ceritakan pulak journey kami ke ladang anggur dan Pulau Pinang.. Sooo exciting!


Lots Of Love,
Cik Ratu.....2012