Pengikut

Khamis, 15 Disember 2011

          Bulan mengambang penuh menghiasi malam yang gelap gelita.. Suasana sunyi sepi.. Yang kedengaran hanya bunyian ombak menghempas ke pantai.. Ombak yang sentiasa pulang ke pantainya yang setia menunggu walaupun kehadiran ombak itu membawa kemusnahan pada sang pantai. Pantai yang membiarkan dirinya dihakisi ombak sebenarnya membekal ombak dengan cinta dari hasil penghakisan itu supaya ombak tak akan pernah lupa singgah ke pesisir pantai.. Ombak berlau dengan cinta yang sarat.. Kembali juga membawa cinta yang sarat.. Pantai tetap disitu, setia menanti..

           Renungannya menjauh.. Lara hatinya dihambur bersama deburan ombak.. Kedinginan malam tak dipeduli.. Yang dia tahu hanya hatinya.. Akal membetah segala kata yang hadir, hati membenar tata laku.. Dia merenung lagi.. Melepas pandang segala yang terbuku ke tengah lautan.. Hati terus berdoa semoga semua masalah yang terpikul segera menghilang, segera menjauh.. Dalam jiwa terus mencari penyelesaian.. Sedang dia tahu yang dia sedang dicari dan akan terus diburu bila masalah yang ditanggung tidak selesai.. Dia sebenarnya sedang membiarkan satu jiwa terseksa.. Juga dengan tega membuatkan jasad itu merana..

          "Aku terpaksa lakukan itu," bisiknya dalam kesunyian malam itu.. "Aku mencari redha Allah dengan keredhaan kedua ibu bapaku.. Aku lukakan hatinya, aku biarkan dia.. Dayaku tiada.. Aku harap dia memahami isi hati ini.. Tapi.. Ah... Aku buntu.." Renungannya lepas terus ke laut.. Namun fikirannya menerawang jauh entah kemana.. Keluhan berat akhirnya terlepas dari bibir mungilnya..

           Dia mengorak langkah menyusur pesisiran pantai yang indah dengan suluhan cahaya bulan purnama.. Perlahan-lahan hatinya berbicara.. Bicara pada angin lalu tentang hatinya yang sedang lara.. Kasih yang ada tidak berestu.. Umpama kisah Antara Dua Darjat, cintanya diibaratkan.. Namun tak mudah untuk membuatkan lelaki itu memahami gelora jiwa yang ditanggung.. Aduhai jiwa.. Kuatlah kau mengharung dugaan ini.. Allah sedang menguji sejauh mana kau dan juga hatiku dapat bersatu dan saling menyokong dalam menempuh semua dugaan ini..


          Handphone dalam genggaman berbunyi lagi.. Lelaki itu.. Dia biarkan panggilan itu sepi tanpa jawapan.. Dibiarkan juga pesanan ringkas tersadai tanpa titpan balas. Dia hanya membiarkan.. Tak sanggup mendengarkan suara lunak yang pernah menghiasi hari-harinya.. Dia tak mahu membenarkan rasa simpati menaglir terus dalam dadanya.. Dia tahu perasaan itu tak akan bertahan lama.. Simpati menjadi kasihan akan mengundang musibah.. Membawa lebih penderitan dan kesengsaraan jiwa.. Tak mungkin akan mampu untuk ditanggung oleh sesiapa jua.. Tidak Sang Pencinta juga bukan untuk Sang Setia..


             Hatinya terus berbicara lagi, "Maafkan aku kerana tak mampu menunaikan janji yang aku bina.. Maafkan aku kerana aku memusnahkan cinta yang aku beri padamu.. Maafkan aku kerana aku tak mampu mebahagiakan kamu.. Benar, ku cari redha Allah dalam keredhaan ibu bapaku.. Namun dalam hati ini juga ada rasa cinta yang tak pernah padam untuk seorang yang pernah menghiasi hidupku.. Walaupun dia tak pernah berjanji untuk kembali, namun hanya dia yang mengisi setiap dari mimpi-mimpi yang aku alami.. Aku tak pernah akan mampu untuk berpaling dan mengisi ruang waktu yang telah berlalu.. Juga tak akan mampu untuk membeli ruang-ruang didalam hati kedua orang tuamu yang pastinya telah robek dan hancur.. Maaf, aku harus pergi..


Dia menyusur pantai menikmati mentari pagi.. Indah dan menenangkan namun hatinya masih seperti permukaan laut yang bergelora.. Semangat masih hilang.. Jiwa kosong tanpa irama cinta yang dicari.. Pelayarannya masih belum berhenti.. Tiada sentakan yang mampu membuatkan dia sedar betapa dia kini seorang sepi yang dirindu lantas merindu..