Pengikut

Selasa, 24 April 2012

HAppy 17th Birthday Bro!

Its 24th of April And its my youngest brother 17th's birthday.. Hope he will grown up as a good man.. Have a succesful life, live healthy and be happy in whatever he do..


He's the one that i love more than his brother and sister..
Okayla, hari Cik Ratu nak cerita pasal birthday boy nih..
My loves one..


Antara kami 4 beradik, dia punya perangai yang agak pelik selepas Kak Ngah dia.. Such a young boy yang suka buat yang entah apa-apa.. 


Masa dia kecik-kecik dulu, lepas je bercerai susu dengan Mak Cik Ratu, he decides to sleeps with us (his sisters and the one and only brother that he have).. And he will only sleeps after I sang him a lullaby (the reason why I always sleep the last.. Hahaha..).. Dia baik sangat masa tu.. Tido tak merengek ape pun.. Yang pasti kami semua dapat tido lena walaupun ada budak umur 2tahun lwbih duk menyelit antara kami.. 


And one fine day, bila Cik Ratu sidai baju dia, Cik Ratu tersentak bila tengok yang saiz baju dia makin besar.. Barulah Kak Long dia ni sedar yang Adik dah besar dan semakin membesar.. Masa tu rasa macam sedih sebab si kecil da makin membesar dan pasti akan punya hidup sendiri.. :(


Akhirnya dengan ketentuan Allah, kami terpaksa berpisah sementara kerana Cik Ratu masuk ke sekolah berasrama.. Malam sebelum Kak Long dia ni pergi, dia tanya pada Cik Ratu, "Kalau Kak Long Pergi, nanti siapa yang nak tido dengan adik,".. Luluh perasaan Cik Ratu sebab Cik ratu memang manjakan dia sangat.. Sebab sebelum dia lena, dia akan tidur di lengan Cik Ratu.. Bila dah lena, baru Cik Ratu alihkan ke bantal.. Cik ratu cuma berpergian selama beberapa hari sebelum Cik ratu balik semula kerumah dan Cik ratu dapat tau yang dia demam sudah beberapa hari.. Cik Ratu tido dengan dia, peluk dia dan esoknya dia pulih dari demam.. Tapi semenjak hari itu, dia macam bermusuhan dengan Cik Ratu.. Tiap-tiap kali Cik Ratu pulang, Dia akan sengaja mencari jalan untuk menyakitkan hati Cik Ratu.. Macam tu jugak bila Kak Ngah dan Abangnya ke asrama.. Bila mak tanya, katanya kami yang tak sayang dia sebab kami semua keluar tinggalkan dia pergi duduk kat asrama.. sebab tulah dia carik gaduh dengan kami semua.. Adik tak tahu yang kami semua sayangkan Adik..


Sekarang dia dah besar.. Dah pandai timbang tara mana yang baik, mana yang buruk.. Dalam hati Kak Long, Adik masih adik kecil Kak Long yang Kak Long dukung dan bawak berjalan sekeliling sepanjang tingkat flat rumah yang kita pernah diami dulu.. Adik tetap permata hati Kak Long.. I know that i'm not ur wishful sister, but yet u're the most person that I love in my life.. Kak Long akan sayang Adik sepanjang hayat Kak Long selagi nyawa dikandung badan.. Tak kira apa yang berlaku, dimana dan bagaimana, Adik tetap dalam hati.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

EKSPLORASI MINDA CELARUKU SILA KOMEN BERAMAI-RAMAI;-