Pengikut

Khamis, 15 Disember 2011

          Bulan mengambang penuh menghiasi malam yang gelap gelita.. Suasana sunyi sepi.. Yang kedengaran hanya bunyian ombak menghempas ke pantai.. Ombak yang sentiasa pulang ke pantainya yang setia menunggu walaupun kehadiran ombak itu membawa kemusnahan pada sang pantai. Pantai yang membiarkan dirinya dihakisi ombak sebenarnya membekal ombak dengan cinta dari hasil penghakisan itu supaya ombak tak akan pernah lupa singgah ke pesisir pantai.. Ombak berlau dengan cinta yang sarat.. Kembali juga membawa cinta yang sarat.. Pantai tetap disitu, setia menanti..

           Renungannya menjauh.. Lara hatinya dihambur bersama deburan ombak.. Kedinginan malam tak dipeduli.. Yang dia tahu hanya hatinya.. Akal membetah segala kata yang hadir, hati membenar tata laku.. Dia merenung lagi.. Melepas pandang segala yang terbuku ke tengah lautan.. Hati terus berdoa semoga semua masalah yang terpikul segera menghilang, segera menjauh.. Dalam jiwa terus mencari penyelesaian.. Sedang dia tahu yang dia sedang dicari dan akan terus diburu bila masalah yang ditanggung tidak selesai.. Dia sebenarnya sedang membiarkan satu jiwa terseksa.. Juga dengan tega membuatkan jasad itu merana..

          "Aku terpaksa lakukan itu," bisiknya dalam kesunyian malam itu.. "Aku mencari redha Allah dengan keredhaan kedua ibu bapaku.. Aku lukakan hatinya, aku biarkan dia.. Dayaku tiada.. Aku harap dia memahami isi hati ini.. Tapi.. Ah... Aku buntu.." Renungannya lepas terus ke laut.. Namun fikirannya menerawang jauh entah kemana.. Keluhan berat akhirnya terlepas dari bibir mungilnya..

           Dia mengorak langkah menyusur pesisiran pantai yang indah dengan suluhan cahaya bulan purnama.. Perlahan-lahan hatinya berbicara.. Bicara pada angin lalu tentang hatinya yang sedang lara.. Kasih yang ada tidak berestu.. Umpama kisah Antara Dua Darjat, cintanya diibaratkan.. Namun tak mudah untuk membuatkan lelaki itu memahami gelora jiwa yang ditanggung.. Aduhai jiwa.. Kuatlah kau mengharung dugaan ini.. Allah sedang menguji sejauh mana kau dan juga hatiku dapat bersatu dan saling menyokong dalam menempuh semua dugaan ini..


          Handphone dalam genggaman berbunyi lagi.. Lelaki itu.. Dia biarkan panggilan itu sepi tanpa jawapan.. Dibiarkan juga pesanan ringkas tersadai tanpa titpan balas. Dia hanya membiarkan.. Tak sanggup mendengarkan suara lunak yang pernah menghiasi hari-harinya.. Dia tak mahu membenarkan rasa simpati menaglir terus dalam dadanya.. Dia tahu perasaan itu tak akan bertahan lama.. Simpati menjadi kasihan akan mengundang musibah.. Membawa lebih penderitan dan kesengsaraan jiwa.. Tak mungkin akan mampu untuk ditanggung oleh sesiapa jua.. Tidak Sang Pencinta juga bukan untuk Sang Setia..


             Hatinya terus berbicara lagi, "Maafkan aku kerana tak mampu menunaikan janji yang aku bina.. Maafkan aku kerana aku memusnahkan cinta yang aku beri padamu.. Maafkan aku kerana aku tak mampu mebahagiakan kamu.. Benar, ku cari redha Allah dalam keredhaan ibu bapaku.. Namun dalam hati ini juga ada rasa cinta yang tak pernah padam untuk seorang yang pernah menghiasi hidupku.. Walaupun dia tak pernah berjanji untuk kembali, namun hanya dia yang mengisi setiap dari mimpi-mimpi yang aku alami.. Aku tak pernah akan mampu untuk berpaling dan mengisi ruang waktu yang telah berlalu.. Juga tak akan mampu untuk membeli ruang-ruang didalam hati kedua orang tuamu yang pastinya telah robek dan hancur.. Maaf, aku harus pergi..


Dia menyusur pantai menikmati mentari pagi.. Indah dan menenangkan namun hatinya masih seperti permukaan laut yang bergelora.. Semangat masih hilang.. Jiwa kosong tanpa irama cinta yang dicari.. Pelayarannya masih belum berhenti.. Tiada sentakan yang mampu membuatkan dia sedar betapa dia kini seorang sepi yang dirindu lantas merindu..











Selasa, 22 November 2011

          Ruang waktu yang panjang itu menyesakkan akal yang benar untuk berfikir dengan wajar.. Makin difikirkan, makin terasa sesak dan melemaskan.. Tiada kata putus.. Bergantungan begitu tanpa ada jalan yang mampu digunakan.. Tidak dari pihak yang meminta juga dari pihak yang menunaikan..

           Kasihan tertumpah tentunya kepada pihak yang menunaikan.. Bukan kepada pihak yang meminta.. Ruang dan peluang diberi untuk tenangkan fikiran.. Keputrusan dah dibuat cuma tak terluah.. Ah! Repekan apakah ini?

Ku melihat button itu bernyala.. Seakan memberi nyawa pada helaan nafas.. Tapi ia terus membisu seakan mengelak dari sabuah sengketa lain yang bakal tercipta.. Bahkan dia redha menanggung derita..

Semacam ada rindu yang terbuku.. Semacam ada rasa yang tak pernah dapat diungkap.. Rasa yang tak pernah hilang.. Tak pernah berniat untuk mengkhianati tapi rasa itu muncul lagi.. Mimpi-mimpi indah yang menjadi petanda..

Sesalku hadir.. Tapi untuk berpaling tidak mungkin.. Tidak pantas akan berlaku..

Ahad, 6 November 2011

di kesempatan ini Cik Ratu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Semoga korban dan aqiqah yang kita lakukan pada hari raya haji ini akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T.. Amin..

Ada masanya, sesuatu itu indah pada pandangan mata.. Tapi disebalik keindahan yang kita rasakan, ada sesuatu yang menyakitkan.. Umpama duri dalam daging.. bisanya hanya yang menanggung saja yang tahu.. Ada ketika, wajah mengukir senyum, tapi hati bagai dihiris-hiris.. Dan pada setiap waktu, hati menanggung beban, tapi mulut tak terluah bicara..



Tapi tak mungkin dimengerti segala penderitaan.. Tali yang mengikat harus diputuskan.. Tapi sang pengikat tak membenarkan tali itu dikerat.. Katanya, leraikan sebaik mungkin seperti mana ketika tali itu digunakan untuk mengikat.. serahkan tali itu sama sempurnanya seperti asal.. Tapi hakikatnya mana mungkin.. pasti ada sisi-sisi tali itu yang telah rosak... Yang telah pincang..


Semakin dipendam tak semakin enak seperti pekasam.. Semakin dipendam, menyakitkan dan menyeksakan.. Tak mahu berfikir apa yang bakal ditempuh.. Tak mahu tahu apa yang bakal terjadi.. Segalanya terasa seperti terlalu dingin.. 






sedingin ais yang menyejukkan tekak dikala mentari begitu terik membahang.. Kehangatan itu telah luput.. Telah tidak wujud.. telah hapus diketika tiada restu yang diberi untuk mengiringi gerak langkah kaki...















Ianya telah tiada......

Khamis, 3 November 2011

Maafkan saya..

Kehidupan kena diteruskan.. Walaupun ada ketika sesuatu perhubungan tu membuatkan Cik Ratu rasa stress.. Rasa tak mampu nak melaksanakan tanggungjawab pada yang berhak.. Cik Ratu minta maaf pada Encik Beliau.. Cik Ratu mohon berundur buat seketika..

            Ada banyak saat gembira yang telah Cik Ratu lalui bersama Encik Beliau.. Tapi jauh disudut hati Cik Ratu, Cik Ratu memang kecewa juga.. Harapan Cik Ratu agar hubungan ni boleh pergi jauh nmpaknya macam tak pasti..

           Cik Ratu nak cuba menjalani hidup dengan tenang.. Harap-harap bolehla kn.. Baru-baru ni ada jugak terfikir nak sambung belaja.. Tapi takla secepat yang mungkin.. Tiba-tiba masa keje semalam, datang pulak Sister bagitau ada offer.. Bagi jela nama.. Kalau ada rezeki, sambung semula belaja..

          Rasa dah malas nak stay bekerja dekat tempat yang penuh dengan orang-orang yang pentingkan diri sendiri.. Buat tambah stress.. Baik sambung belaja.. stress dengan buku-buku dan assignment lagi bagus dari duk stress dengan sikap manusia yang tak pernah tahu nak hargai orang lain kan..

          Semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna dan ceria.. Huu..

Jumaat, 30 September 2011

Strawberry Strawberry Love ~ Strawberi Strawberi Cinta

           Dah lama tangan Cik Ratu tak menaip cerita-cerita menarik kat blog nih.. bukan apa, xada apa-apa yang menarik yang dapat Cik Ratu kongsikan kat sini (bajet orang bace blog Cik ratu kan..?Miahaha..).. lagipun cerita menarik Cik Ratu juz muncul kalau Cik Ratu bercuti jer kan.. dan disebabkan tuntutan kerja dan tanggungjawap yang terpaksa dipenuhi, Cik Ratu baru jer dapat bercuti pada minggu lepas.. Itupun pada awalnya, Cik Ratu tak kemana-mana..
         seusai Cik Ratu keje malam pada minggu lepas, Cik Ratu menemani adik Cik Ratu ke Simpang Pelangai di Bentong.. Ditemani oleh rakan sekerja Cik Ratu iaitu Cik Ain yang comel.. Hehe.. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam.. Nampak macam singkat tetapi perjalanan agak sukar untuk ditempuhi disebabkan geografi kawasan tu agak mencabar iman untuk sampai ke destinasi yang nak dituju.. Lebih-lebih lagi jalan yang kami gunakan.. Mengalahkan ular kena palu.. Yang best tu, siap ada satu selekoh yang betul-betul berbentuk U.. Huu.. Tapi perjalanan pulang tak lah seteruk perjalanan pergi ke sana..
           Suasana tempat tu memang suasana kampung habis.. Masih banyak kehijauan yang terpelihara.. Dan yang paling menguntungkan adik Cik Ratu yang menjawat jawatan Pengurus Hal Ehwal Korporat (Cik Ratu call her Pengurus Keparat that makes her so mad at me.. Hahaha..) adalah dia punya kuarters kat sana dan kuarters dia depan office jer.. Hahaha.. Jalan kaki la pegi keje.. Hee.. Pegi keje pun tak payah awal-awal pagi nak kena keluar dari rumah kan.. Hehehe.. Lucky her..
          Last time, Cik Ratu ajak Encik Beliau pergi Strawberry Farm dekat Gohtong Jaya tapi tak berkesempatan untuk masuk sebab ada cyclethon.. So, disebabkan kali ni Cik Ratu cuti dan tak ada aktiviti berfaedah, makanya Cik Ratu mengambil keputusan untuk naik ke sana sekali lagi bersama 2 kawan Cik ratu Iaitu my BFF~Aswawa De Manjer and Cik Ain yang comel tu (dia lagi kan.. Hee..)
          Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 10.30 pagi.. Sampai kat sana dah pukul 11 lebih.. Cuaca masih sejuk walaupun baju yang kami pakai agak tebal.. Maybe sebab kami duk kat bawah Genting kan.. tapi kalau ikutkan, cuaca kat Gohtong Jaya dengan umah Cik Ratu waktu pagi tak ada beza sangat.. Sejuknya masih boleh ditahan berbanding dengan sejuk kat Cameron..
         Sampai-sampai jer kat sana, Cik Ratu dah excited semamcam.. Oh yer, masuk adalah percuma yer.. Sebelum masuk jer da posing sakan.. Abes sumer benda yang boleh jadik props, diposingkan.. Masuk jer pintu strawberry farm tuh, nampak jer starwberries yang tergantung-gantung dan masak ranum tuh, kitorang dah teruja sangat-sangat.. hahaha.. Best giler rasanya..
          Puasla kami round tempat tu carik strawberries yang besar-besar dan masak ranum.. Yang pastinya, mata Ainla yang paling cekap nampak strawberries yang besar-besar dan masak ranum tuh.. ose yang menarik (Menarik ker..??) kitorang berikan.. Keterujaan Cik Ratu menyebabkan Bangla yang jaga farm tuh tegur ~ "Looks very happy"~ Tapi dia cakap kat Wawa la. kan.. Eleh.. Suka hati Cik Ratulah.. Ada Cik Ratu kisah? Hahahaha.. Sibuk jer abang Bangla tu kan.. Bukan Cik Ratu kacau dia pun.. Hee..
          Puas dengan strawberries, kami berjalan-jalan pulak ke kawasan cafe dia.. Tapi sorry to sayla.. Cik Ratu tak puas hati langsung dengan makanan dia.. Minuman masih okay lagi la.. Yang sedap kat situ cuma Tempura Mushroom dia jer yang kami makan masa tuh.. Cik Ratu order Spagetti With Mushroom Sauce yang mana isi dia memang mushroom jerla.. Wawa order Spagetti Bolognaise tapi tak masam and isinya cuma sausage.. Ain plak order nasik goreng kampung yang tak nampak cam nasik goreng kampung.. hehehe.. Agak pelik kat situ.. huu..
          Ada satu kawasan dalam Strawberry farm tuh yang agak menarik untuk dilawati iaitu kawasan perniagaan.. ada macam-macam jenis perniagaan kat situ terutamanya cenderahati.. Ada jugak kedai coklat bagi penggemar-penggemar coklat.. Tapi Cik Ratu tak beli pun sebab Cik Ratu dah over bajet.. Hehehe.. Tapi agak menarik jugak choc dia sebab dia gunakan perasa buah-buahan tempatan dalam memasarkan choc dia tu.. packaging pun menarik.. Akhir destinasi adalah tempat sayur-sayuran dimana kat situ kita boleh petik sayur-sayuran kat sana sendiri.. sama macam strawberries tadila.. tapi kami tak petikla sayur-sayuran tuh memandangkan yang ada hanyalah lettuce.. Ada kawasa yang menempatkan cendawan segar.. Tapi xlehla petik sendirikan.. Hehehe... Ada jugak satu kawasan yang menempatkan sayur-sayuran yang besar.. Tomato besar pumpkin saiz biasa dan pumpkin dia besar Cik Ratu.. Huu.. Dahsyat.. Dahsyat.. Tapi nak masuk dalam tu kena bayar RM2.. Cik Ratu malas nak masuk sebab da penat.. Huu
           Dah penat berposing, kitorang pun balik.. Tapi Wawa ajak pergi tengok movie plak.. Cik Ratu pun pergila tengok movie citer Bini-biniku Gengster lakonan Yana Shamsuddin, Shaheizi Sam and Intan Ladyana..  Yang paling Cik ratu suke tengok dalam filem ni adalah Yana and Shaheizi.. Macam secocok sangat.. Hee..  Balik umah dah kepenatan.. terus ajer Cik Ratu masuk tido.. Huu.. Yang kesian adalah Encik Beliau.. tak dapat dia ikot sama merasakan kemeriahan dan keeksaitedan yang kami rasa.. Hahaha.. Ayat merapu Cik ratu dah datang...























           Apa pun memang sangat mensuggestkan tempat ni untuk dilawati.. tempat yang menenangkan jiwa dan minda.. boleh berehat-rehat sambil menikmati alam semulajadi kat sini.. thumbs up!!

Jumaat, 2 September 2011

Selamat Hari Raya 2011..

Wah.. Pejam Celik, pejam celik.. Ramadhan dah pun berlalu.. Raya pun menjelma.. Tapi sayangnya, tahun ni, Cik Ratu tak dapat beraya atas tuntutan kerja.. Hehehe.. Nevermind.. Amanah memang kena dilaksanakan.. Hehehe..
           Walaupun dah agak terlambat, Cik Ratu tetap nak ucapkan Selamat Berhari Raya Kepada Umat Islam seluruh dunia.. Selamat menyambut hari kemenangan untuk tahun ini.. 
           Cik Ratu memang tak beli baju raya langsung untuk raya puasa kali nih.. Tapi tetap jugak sediakan duit raya untuk adik-adik dan parents Cik Ratu.. 
          Petang Raya jer dah kena keje.. Sambung ke malam pulak tuh.. Huuu.. 17 jam bekerja.. Huu.. sakit gak tuh.. Hehehehe.. Tapi dah berjaya mengharungi dengan jayanya.. Hari Raya kedua pun keje jugak.. malam jerla.. Huhuhu.. 10 jam.. siyes best.. hehehe.. Balik tido sepanjang hari raya ke tiga.. malam barula pergi keluar ke carrefour beli kain.. Dan hari ni, hari raya keempat, Cik Ratu duk kat umah.. Kalau busan-busan, Cik Ratu tengokla ayam ngan kucing yang lalu depan umah tu nanti.. Hehehe.. Rasa macam nak pergi tengok wayang.. Tapi tengok sensorang mana nak datang best kan.. Hehehe..
          Parents and adik-adik dah pun bertolak balik kampung.. Semoga diorang selamat sampai kesana.. Hehehe.. Apa-apa pun.. Kalau makan ketupat, rendang, kuah kacang, lemang (pendek kata juadah raya la kan...) jangan lupa kat Cik Ratu yang tak beraya nih ea.. Hehehe...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam Dihulur Tanda Keikhlasan
Memohon Jutaan Kemaafan Dari Segala Keterlanjuran.. (^_^)

Khamis, 18 Ogos 2011

Tiba-tiba harini Cik Ratu dikejutkan dengan cerita yang agak hot kat tempat keje.. Ye, Cik Ratu dan seorang lagi kawan dikatakan bergaduh dengan parents patient.. Amboi.. Jahat sangat ker Cik Ratu sampai nak bercelupar mulut dengan parents patient.. Nila dia orang kita.. Lain yang didengar, tak abes dengar, lain yang disampaikan..
          Cik Ratu betul-betul angin dengan citer tu tau.. sampaikan Cik Ratu Update kat Fb cakap kat diorang yang pandai-pandai bawak mulut pasal hal ni, Cik Ratu nak sekeh kepala dia.. Tak tau ape motif dia bawak citer yang bukan-bukan macma nih.. sangatla menjengkelkan hati nurani Cik Ratu yang dah sedia bengkek nih.. Fuuuhhh... (bertenang sekejap.. :p)
          Dahla gi citer kat incharge Cik Ratu plak tuh.. Yang bestnyer, dia bole kate kat incharge Cik Ratu yang Cik Ratu bergado ngan parents patient tu kat Fb.. Hallo.. Gua takder add mak bapak patient gua la kat Fb.. Dulu ade skali pun gua da unfren tau.. Chiss!!. Siyes Cik Ratu Marah.. Saper yang jadi kaki fitnah tuh, memang Cik ratu nak sekeh dia kalau Cik ratu jumpa.. Sedap-sedap dia jer nak bergossip ea..

Takper-takper.. if Cik Ratu tak dapat pun dia.. Allah mesti akan balas.. Huh! Geram..!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Entri Ramadhan Al - Mubarak..

                Entry pertama dalam bulan Ramadhan Al - Mubarak.. Hehehehe..
Semenjak akhir-akhir nih banyakla yang tak bestnyer.. Cik Ratu sendiri tak faham kenapa diri sendiri asik nak marah-marah jer sejak akhir-akhir nih.. Hatdoi!
Keje pun macam tak membrangsangkan pikiran.. Lagi-lagi bila ada in-charge yang kurang asam, tak bertanggungjawap dan mementingkan diri sendiri.. Pendek kata beliau adalah sengal.. Huhuhuhu..
Takperla.. tak penting.. Yang penting Cik ratu adalah pekerja yang bekerja.. huhuhu..

Bulan Ramadhan ni selalunya sinonim dengan cuaca panas terik yang mengujakan rasa dahaga kat tekak.. Huhuhu.. Nasibla bukan keje yang jenis kena berjemur tengah panas.. huhuuh..
Juadah berbuka dah tak macam masa kecik-kecik dulu.. Huhuhu.. Dulu mesti buka dengan makanan yang agak light banding dengan nasik.. tapi sekarang, meja penuh dengan kuih.. Huhuhu.. dah tak jadikla buka dengan mihun goreng, mi goreng dan yang seangkatan dengannya..

Encik Beliau pun menunggu-nunggu Cik Ratu ada masa nak berbuka dengan dia.. Kesian sungguh Cik Ratu rasa.. Tapi nak wat macam mana.. Jadual ngok ngek yang dah siap sedia terwujud membuatkan masa kelihatan terlalu cemburu pada kami.. OMG!! Haa.. Semput.. hehehe.. Tapi cik Ratu tahu yang Encik Beliau memahami kerjaya Cik Ratu..
Tak tau nak wat aper sepanjang bulan puasa nih.. agak stress skrg nih.. rasa mcm nk cuti setahun jer.. adoi.. huhuhu...


SELAMAT BERPUASA.. JANGAN PONTENG PUASA YER KAWAN-KAWAN.. HEHEHE..

Cuti-Cuti Malaysia Lagi..

Berakhir sudah percutian Cik Ratu dan Encik Beliau kali nih.. Well, tak banyak tempat yang Cik Ratu pegi sebab Cik Ratu nak habiskan quality time with Encik Beliau.. Dan Cik Ratu berjaya lakukannya.. Alhamdulillah.. Ada jugakla hajat dia yang berjaya Cik Ratu tunaikan..
Cik Ratu sampai sana dah petang sangat.. Dalam area pukul 7 kot sebab Cik Ratu bertolak dari K.L pun dah lambat (banyak sangat urusan, road taxla, tukar lining breakla.. tu tak tambah dengan sessi mengumpat bersama rakan sekerja masa tunggu roadtax sampai kat tangan lagi.. uish! Banyak lak dosa.. hohoohoho...!!).. Sesampai kat Batu Gajah, Cik ratu mandi-mandi and siap-siap pergi jumpa dengan Mak dan Ayah.. Masa tuh, da lapa sangat-sangat.. Mak Encik Beliau buatkan nasik goreng ikan rebus (pergh! Marvellous siot!).. Tapi tak da plak gamba yang Cik Ratu ambik untuk tunjukkan betapa menariknya menu nih (lapa punyer pasal, makan pun main bedal jer, xingat orang keliling.. hahaha..)..
Lepak-lepak kejap, Encik Beliau ajak Cik Ratu pegi Ipoh.. berjalan-jalan menjelajahi Gerbang Malam.. Teruja jer nak pergi sana kan.. Sampai kat sana, perasaan teruja tu dah jadi tak la teruja sangat.. Sebab Gerbang Malam tu sama jer dengan Uptown Danau Kota.. Hahaha.. Apa yang ada kat Gerbang Malam, kat Uptown Danau Kota pun ada.. Huhuhu.. Tapi yang wat Cik Ratu teruja adalah pasal Air Jagung yang dijual kat medan selera dalam area Gerbang Malam tuh.. Memang lain dari yang lain (okey, sila take note yang Cik Ratu hanya melakukan perbuatan makan tido jer sepanjang Cik Ratu bercuti-cuti Malaysia kat Batu Gajah.. Huhuhu..).. Yang ni pun Cik Ratu tak ambik gamba jugak sebab tak bawak kamera.. huhuhu.. Air jagung dia memang sedap.. siap ada aiskrim perisa vanilla lagi tau.. Kalau nak tau rasa dia, pergila kat medan selera gerbang Malam.. Air Jagung dia terbaekk!! :p
Hari kedua, kami berjalan-jalan ke Kuala Kangsar dan Taiping.. pegi Kuala Kangsar pun bukan apa.. sebab nak beli hadiah wedding kawan Cik Ratu.. Cik Ratu nih suka bg hadiah yang berupa macam frame dan kebetulan, frame kat situ memang cantik-cantik.. Kali ni pun Cik Ratu tak ralat pergi sebab frame yang Cik Ratu tengok, lebih cantik dari yang sebelumnya.. huhuhu.. Tak pikir 2 kali Cik Ratu.. Encik Beliau pun mengakui yang frame kali ni lebih cantik dari frame yang sebelumnya.. Lepas siap bershopping, kami terus ke Taman Tasik Taiping.. Bergambar dan berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam kat sane.. Memang teruja sebab Cik Ratu memang suka tempat-tempat macam nih.. dah puas bergambar, kami bermisi untuk mencari durian (sumer gara-gara ternampak durian kat tepi jalan masa tunggu wording frame tuh siap.. hahaha..).. tapi nasib tak berapa nak baik, tak banyak durian yang kami jumpa masa menjelajah ke kebun durian tuh (1st time seumur hidup masuk kebun durian.. hahaha..).. Cik Ratu jumpa sebijik, Mak Yang jumpa sebijik.. Encik Beliau?? Beliau jadi tukang angkat bakul ngan angkat gambar.. Hohoho..
Malam kedua, kami tak kemana-mana.. Juz pergi makan Pizza sebab ada kupon.. Hahaha... Balik umah, Encik Beliau kena buli ngan Cik ratu.. Hhihihii... Cik Ratu memaksa Encik Beliau membetulkan lappy Cik Ratu yang dah infected dengan virus FB (tula, saper suh gatal-gatal tekan.. tak pasal-pasal, hang sumer.. huhuhu..).. Masing-masing tido awal sebab dah kepenatan berjalan sepanjang siang..
Hari ketiga, walaupun tak berjalan-jalan kemana-mana, adalah hari yang paling bermakna sekali dalam percutian kali ni.. Orang-orang yang tinggal serumah dengan Cik ratu memang sedia maklumla yang Cik Ratu nih da lama sangat tak letak tangan kat dapur.. Selalu kalau Cik Ratu masak, cincai – boncai jer.. memang kena complain jer dengan mak Cik Ratu.. Hahaha.. Tapi bila buah hati request suh masak, xsampai hati nak tolak.. terus-terus otak ni ligat jer pikir nak masak apa.. pikir-pikir, yang paling senang adalah Sup Ayam Cik Ratu style.. hohooho.. so petang tu kami pun pegila beli barang-barang yang sepatutnya untuk menjayakan resipi (ceh! Bajet chefla tuh.. hahahah..)..
Cik Ratu dibantu oleh semua yang ada kat dapur tuh termasukla emak and adik-adik.. Encik Beliau??? (soalan yang sama ditanya semula yer.. hahaha...) Memula janji nak jadi pembantu setia.. last-last, pengarah yang setia plak Cik Ratu tengok.. hihik.. Masa cik Ratu nak mula masak, Ayah tanya nak masak apa.. Cik Ratu pun jawap la Sup ayam.. A few times masa tengah renihkan sup tuh ayah tanya dah siap ke belum.. rupanya ayah belum makan lagi.. Cik ratu dah cuak dah bila ayah duk tanya-tanya.. Maklumla, skil dah tumpul.. Bila dah siap, mak tanya, sup dah boleh makan ke belum.. Hehehe.. mestila dah, rupernyer mak nak bagi ayah.. Mak suh Cik Ratu yang bubuh dalam mangkuk.. Cik Ratu aper lagi.. kasi taruh macam abah punya makanla (abah memang suka sup.. huhu..).. Lupe plak bukan abah.. Tapi Alhamdulillah, Cik Ratu tengok ayah makan bertambah nasik.. Adik-adik pun makan okey.. Encik beliau kata sedap (pandai ambik hati saya.. kwang5..).. so, ada feedback yang baik, Cik ratu bersyukur.. Maknanya, diorang boleh makan masakan Cik Ratu.. huhuhu..
Pagi Khamis, Cik Ratu pulang semula ke Kuala Lumpur yang tercinta.. Rasa sedih pun ada bila dah sampai K.L nih.. Rasa macam kosong sebab for diz few days, banyak benda yang kami dah lakukan bersama-sama.. makan sama-sama, berjalan-jalan.. Haish! Masa salam mak sebelum balik tadi pun, raut wajah mak macam dah sedih jer.. Tu yang buat Cik Ratu lebih sedih.. Takperla.. Ada masa, Cik Ratu akan kesana lagi.. Insya Allah...

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH: Tak Bersih Sangatla..

Bersih ker? Adoi.. Punyalah Cik Ratu sakit hati harinii….. Nak tau kenapa? Sumer gara-gara BERSIH punya hal.. Ketakutan semua orang nak keluar rumah.. Hangin2.. Jalanraya banyak yang tutup plak tuh..
                Tak fahamla kenapa nak sangat berarak.. Tak tau penat ker? Baik yang lelaki, baik yang perempuan.. Yang lelaki, tak nak ker spend quality timewith ur family, since u’re going out to work very day.. duk umah, mengaji lagi baik and dapat pahala dari bertakbir atas jalan raya tapi menyusahkan orang lain.. Ingat kumpul pahala ke macam tuh?? Menambah dosa la kot kalau da menyusahkan orang ramai..  Yang perempuannya pulak beria2 berteriak atas jalan.. Tak ker suara tuh aurat? Terjerit-jerit, terpekik-pekik.. Hilang adab dan sopan sebagai wanita..  Kalau korang duk umah baking cake ker, lagi syok kot.. Sejuk hati mak bapak, adik, kakak, abang, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.. Kalau kena tangkap?? Dari harga sebijik kek atau sepinggan nasik goreng (yang mana setiap butir nasik yang dimasak tuh terdapat pahala..) dah jadik harga sebuah lagi majlis perkahwinan untuk suami korang ( which is, if Cik Ratula yang jadik suami, Cik Ratu proceed kawen lagi satu.. :P).. Tapi bila dah perjuangkan politik yang korang sendiri tak tau hujung pangkal, kan haru jadinya.. Kalau tak kena tangkap tak apela jugak.. Tapi kalau dah kena tangkap???? Korang jawapla sendiri kan?
                Disebabkan perkara BERSIH yang takla bersih sangat tu kan, ramai yang takut nak keluar.. Sampaikan nak pergi kat kedai runcit depan umah pun takut.. Takut dengan  jiwa-jiwa orang yang merusuh dan berarak di tengah kotaraya.. Cik Ratu pun kecut perut nak keluar rumah.. Adik Cik Ratu yang merayap ke cyber café dengan segera dipanggil pulang kerumah oleh emak Cik Ratu.. Terkekeh-kekeh Cik Ratu mendengar emak Cik Ratu menelefon si bujang kecik tuh balik umah semata-mata kerana risau.. Tak pasal-pasal,  adik CIk Ratu yang kedua pun kena perambat balik jugak masa dia pegi umah kawan dia.. Hehehe.. Tapi tulah.. kasih seorang ibu kan..
                Yang bestnyer, hari yang orang duk sibuk nak berarak nilah sibuk kawan Cik Ratu nak bersanding.. Kat Tasik titiwangsa pulak tuh.. Kalau wat kat umah dia sendiri kan senang.. Hurm.. Tapi bestla jugak.. 1st time merasa K.L sangat lengang pada tengahari seumpama pagi hari Cik Ratu nak pergi keje di hari minggu.. Pergh! Ayat dah macam ape jer.. Ekekekeke.. Encik Beliau dah sangatlah risau bila tau Cik Ratu nak pergi jugak wedding reception sebab tu wedding kawan baik Cik Ratu since tingkatan 2 tau.. Alhamdulillah, berkawan sampai sekarang.. Insya Allah sampai akhir hayat kalau jodoh mengizinkan.. Dan Encik Beliau pun tak menghalang pemergian Cik Ratu ke majlis tuh.. Sampai kat sana, abang-abang polis yang hensem-hensem sumer da tutup laluan nak masuk ke dalam Taman Tasik Titiwangsa tuh.. Terpaksala menapak agak jauh.. Huhuhu..
                Majlis memang meriah tapi macam yang Cik Ratu jangkala.. Tak ramai sangat member-member kitorang yang boleh datang.. Especially our other BFF, Allia.. She cant managed to come becoz of the BERSIH things nilah (marah lagik! Upset betul la..!!!)..  Paginya dia pergi engagement our other friend in Rawang.. But then dia tak dapat nak keluar.. Hiway sumer tutup.. Jalan lama pulak, jam giler2.. when she tried to changed her route, the other road pun macam tu jugak.. so, how? Lastly, she called me ( suara pun dah sedih2 punya tone..) untuk bagitau yang dia tak dapat nak escape dari sana sebab jalan semuanya tutup.. Then she ask me to send pic.. Malangnya, gamba tak dapat nak dihantar.. But luckily we have Khalik and his Nokia Whatever tuh.. Hahaha.. Khalik la yang hantar MMS kat Allia gambar our best buddy’s wedding.. 
                She looks gorgeous in her dress.. White dress and red ribbon as the deco on her dress.. Simple but sweet and cute.. Buat pulak kat tepi tasek.. Adoi.. Sangat-sangat romantik rasanya.. Hehehe.. Encik Beliau, saya nak macam tuh jugak bole? Hihihihi.. Cik Ratu teringin jugak nak pakai dress.. Tapi confirmla tak sesuai kan.. Cik Ratu kena berusaha jadik kurus.. Hee..
With My School Friend; Khalik, Hafizuddin And Farah Haireen...

Taman Tasik Titiwangsa

Aifaa And Her Husband, A.J

Selamat Pengantin Baru!

Pssstt..:Ape-ape pun.. Cik Ratu masih lagi dalam mode marah kat bersih.. I wonder kenapa nampak orang melayu jer yang ramai dalam perhimpunan tuh..  Mana  orang India ngan orang Cina ek?   
(-_-“)

Jumaat, 1 Julai 2011

Car Dating, Cyclethon And Marathon

Last Sunday Me and Him kuar la gi dating kan.. Malangnya keadaan perut Cik Ratu yang tak sihat tak mengizinkan dating yang best berlaku.. Pagi-pagi Cik Ratu bersiap nak gi ambik Encik Beliau kat KL Sentral.. Pagi ahad yang tak pernah-pernah jam kat K.L boleh jam semuanya gara-gara marathon.. Adei.. Panas punggung Cik Ratu duk dalam kete.. Nasib Baikla Owen dah ada aircond.. Kalau tak, maunya Cik Ratu menyumpah-nyumpah kat dalam kereta.. So, bila ambik Encik Beliau pun dah agak lamnat, Cik Ratu pun wat keputusan gi breakfast dulu then terus ke Gohtong Jaya untuk menjayakan plan kami untuk melawat strawberry farm.. lagi sekali harapan musnah.. Ada Cyclethon plak.. Hangen.. Hangen.. Dahla Cik Ratu tak sedap perut.. harapan hati tak dapat nak ditunaikan plak..
          Tapi takperla asalkan Encik Beliau ada kat sebelah.. Rasa rugi plak tak naik cable car sebab dah sampai kat situ kan.. Nevermind.. Lenkali boleh gi Strawberry Farm and naik cable car plak.. Hehehe..
turun dari Genting, terus gi makan Great Chicken Burger.. Walaupun tak larat, tetap jugak gagahkan diri..
Senyum pun macam tak berapa nak ikhlas jer kan.. Huhuhu.. Mujurla Encik Beliau memahami keadaan diri yang sangat memerlukan toilet.. Jadinyer, kami nih duk kat dalam shopping complex tu jer.. Selebihnya masa dihabiskan kat dalam kete.. Bila Cik Ratu kata yang kami dating dalam kete jer, dengan senyum dia membalas kata-kata Cik Ratu yang dia tak kisah janji dia dan Cik ratu bersama.. Lagipun bukan mudah untuk Cik ratu dan dia sama-sama meluangkan masa berdua..
          Akhirnya Encik Beliau menjadi penunggu tandas yang setia.. Lagi pulak tambah spoil bila Cik Ratu minum air Milo.. Susu kan tuh.. bertambah-tambah la sakit perut Cik Ratu.. then destinasi seterusnya adalah Tasik Titiwangsa.. Cik Ratu duk jer dalam kereta sebab memang dah tak larat nak berjalan-jalan.. Then Encik beliau ajak jugak Cik Ratu berjalan-jalan sekitar Tasik tuh dan kena jadik penunggu toilet lagi.. Aduhai.. Setianya kamu encik Beliau.. Huhuhu... Jalan-jalan lagi dan kemudiannya lepak tengok orang tengah tuning equipment music diorg sebab nak wat concert Malam Budaya kalautak salah cik ratu.. Hehehe.. Masa tu hujan dah turun rintik-rintik tapi malas nak bangun lagi sebab hujan macam main-acah-acah aje plak.. Hehhe..
Bila hujan dah lebat, mencicit masing-masing lari kat kereta..
         Dalam kereta, Cik Ratu terus booking untuk makan Steamboat kat Flamming.. Nyum.. Nyum.. Walaupun dalam keadaan sakit perut, selera masih ada.. Tapi takla sehebat kalau perut sihat.. Hurm.. Cian Encik Beliau sebab terpaksa bangun berulangkalu sebab Cik Ratu memang tak larat nak berjalan.. Huhuhu..
          Walaupun takla dapat lunaskan kehendak hati nak pergi ke strawberry farm tuh, at least Cik ratu berjaya jugak melunaskan hasrat yg lain.. Harap-harap dapatla pergi Strawberry Farm pasnih.. Hehehe..

Sabtu, 11 Jun 2011

Ada Orang Sayang Awak!!! Suke.. Suke.. Suke.. (^__^)

  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda
  •  Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  •  Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.  
  •  Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  •  Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  •  Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  •  Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  •  Anda seorang yang istimewa dan unik.
  •  Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  •  Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
  •  Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  •  Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
  • Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....  
  • Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..


Restu

R.E.S.T.U.......

               Perkataan ni ada banyak maksud dalam hidup manusia.. Banyak perkara yang kita lakukan akan menjerumus kepada mendapatkan restu dari orang-orang sekeliling kita biasanya yang lebih tua dari kita..Tak kirala bangsa apa sekali pun.. Restu tu tetap perkara penting.. 
          
               Semua benda yang berputar dalam kehidupan kita banyak yang berkait dengan restu.. Nak pergi sekolah (biasa pepagi mak ada kat umah before mak g keje or mak mmg suri rumah, kat depan pintu..) salam dulu.. Mak pun usap rambut (kalau gurls biasa pakai tudung nak kesekolah, usap kepala la kira.. :P).. Restu mak pun follow la anak dia dari pergi sekolah sampai balik sekolah.. Bila nak berjalan jauh-jauh, bgtau mak.. Mintak izin mak.. Pun kira mintak restu jugak.. Sebab bila dapat izin tuh, maknanya, mak bapak tu restula anak depa berpergian..
          
               Nak kawen pun mintak restu jugak.. Kalaula mak bapak tak restu, pastu kita pun duk gatai terjah pi kawen.. Gamaknya, perkahwinan tanpa restu tu ada banyak rintangan dan halangan.. Kalau tak kuat hati dan jiwa dalam mengharungi gelombang, karamlah bahtera impian.. Tapi kalau bertahan jugak, maknanya memang dah jodoh mereka kuat.. Hehehe.. Membebel tak tentu arah plak.. Hohohoho..
          
               Tapi nak share satu cerita la masa Cik Ratu study dulu.. Cik Ratu ada sorang bestfren.. Kitorang kenal masa study sebab kitorang satu rumah and satu kelas.. Pegi mana-mana, mesti Cik Ratu pegi ngan dia.. Macam tu jugak dengan dia.. Kawan Cik Ratu ni orang Pantai Timur.. Before dia masuk belajar nih, dia dah ada sorang boyfriend keje engineer.. Boyfriend dia memang bagus.. bagi duit belanja tiap-tiap bulan, top upkan dia tiap-tiap kali kehabisan kredit, beli baju luar dalam.. Kira memang boyfriend dia bajet dah nak wat bini dah.. And yang paling best, boyfriend dia masa tu dah hampir-hampir nak buat permohonan bertukar ke negeri yang kawan Cik Ratu duduk masa tuh.. Hubungan diorang direstui family masing-masing.. 


               Tapi dalam diam, sebenarnyer kawan Cik Ratu nih tak pernah lupakan cinta pertama dia.. Tiap-tiap tahun dia akan wish birthday cinta pertama dia nih, walaupun lelaki tu dah lukakan hati dia dengan tinggalkan dia dan kawen dengan pompuan lain.. Dipendekkan cerita, akhirnya dia menjalin kasih semula dengan suami orang tuh and family dia tak restu atas sebab-sebab yang tertentu.. Second year study, dia kena expelled dari kolej sebab dia dah kawen dengan lelaki tuh.. Dia sanggup dump boyfriend dia yang berkorban banyak untuk dia.. Memang kesian dengan boyfriend dia sebab nampak sangat boyfriend dia kecewa.. Kalau ditengok dari perbuatan dia yang tak study, tak tumpu perhatian dalam kelas, memang boleh nampakla yang dia secara sengaja mahukan diri dia dibuang kolej sebab kalau kena expelled, dia tak payah bayar balik biasiswa.. Lepas family dia dapat tau yang dia dah kawen (kawen kat sempadan plak tuh..), masa nila life dia da start porak peranda.. Husband dia (sebab da kawen kn.. :P) selalula turun K.L.. tapi lastly dia wat keputusan yang sangat mengecewakan hati seluruh keluarga.. Meremukkan hati keluarga yang dah bertahun2 menjaga kebajikan dia semata-mata demi cinta.. Akhirnya dia tanggung keperitan jugak.. Sepatutnya kalau dia habiskan study, kehidupan dia taklah sesusah sekarang.. Tapi Alhamdulillah, anak dah masuk 3.. Maybe family dah merestui dia sebab Cik Ratu dah lama tak ambik peduli cerita tentang dia (ada sikit krisis dalaman..).. Ataupun mungkin, jodoh memang panjang...
          
               Banyaklah contoh kepentingan restu.. sebab Cik Ratu sendiri pun pernah merasa betapa pentingnya restu nih.. Dan Cik Ratu faham betapa pentingnya restu... Malahan Cik Ratu harap orang lain pun akan faham betapa pentingnya restu.. 






P/S: Tak ada ibu bapa yang sukakan anak dia berada dalam kesusahan.. Sebab tulah, bila kita buat perkara-perkara baik, mak ayah kita akan sentiasa merestui kita dalam setiap aspek kehidupan..








Pssst..: Restu ibu bapa paling penting.. (^__^)'

Jumaat, 10 Jun 2011

Love Someone Unconditionally...

If you love someone because you think that he or she is really gorgeous... then it's not love...
it's ~*
Infatuation *~

If you love someone because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't...then it's not love...
it's ~*
Compromise *~

If you love someone because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings...then it's not love...
it's ~*
Charity*~

If you love someone because you share every thing with him ... then it's not love...
it's ~*
Friendship*~

BUT IF you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him...
that's ~*
LOVE *~

If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's ~*
LOVE *~

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to ...
that's ~*
LOVE *~

~Love Someone Unconditionally~

Ahad, 22 Mei 2011

Konvokesyen UiTM Yang Ke 74

          My lil bro are having his convocation on 20th May 2011.. Cik Ratu follow jugak.. But yet, takleh masuk dalam.. Surely sebab Cik Ratu takda kad jemputan.. So, Kami nih pegi 4 beranak.. Sorang adalah graduan yang mana memang akan masuk dalam dewan wearing his convo jubah ( my lil bro looks so handsome except that his dahi yang luas cam padang bola bila dia pakai mortarbot dia tuh,.. hahaha.. Jendol!!!) And the other two are my parents who have the invitation card.. So, i'm out of the list.. Cis!! Kenala duk lua.. 

          At 1st, tercangak-cangakla kat lua and mulala membelek handphone.. Dalam hati duk kata, "abesla cair mekap aku.. Abesla sakit kaki aku duk berdiri saja nak tunggu abes majlis konvo nih.." Menyesal ikot pun ada jugak.. Huu.. Tetiba ada abang ensem (puji ensem ada makna tuh.. ehehehe.. (gelak jahat..)) wat announcement bagitau yang ada tempat duduk lagi kat belakang sana.. Cik Ratu pun masukla.. Wah!! Terujanya sebab tempat tu adalah khemah bertutup yang beraircond.. Ada white screen lagi.. Nampakla muka adik Cik Ratu yang ensem tapi jendol tuh kan.. wah..!! Senyum sensorang jer sebab takde teman nak borak.. Bila ada makcik tuh duk sebelah Cik Ratu, Cik Ratu pun takleh nak borak sebab Cik Ratu memang susah nak borak dengan orang yang Cik Ratu tak kenal.. Kiri kanan depan belakang penuh dengan orang.. Erm.. Mesej2 la jugak dengan Encik Beliau masa tuh.. Tapi memandangkan Encik Beliau tengah keje, walaupun dia kata sedaya upaya yang dapat akan temankan Cik Ratu yang berseorangan, tapi takla teman sangat.. huh!! ;p In other way round, Cik Ratu duk mesej mak Cik Ratu yang duk dalam dewan tuh, kawan Cik Ratu yang ngah becuti kat umah and  Puan D.. And replying mesej kat FB via Celcom Message.. Hehehe...


           Yang paling tak best and funny adalah, Cik Ratu adalah antara orang-orang yang jadik photographer tak bertauliah yang shoot gamba kat skrin putih yang disediakan pihak penganjur.. hehehe.. Tapi bila tengok cam gamba edit pun ada.. huhuhu.. lepas adik Cik Ratu siap.. Majlis tamat.. Kami semua pun balik semula ke Kuala Lumpur.. Dalam perjalanan, masing-masing mengadu lapar dek kerana tak bersarapan pagi.. Tak tau idea siapa, tiba-tiba terpacul perkataan KFC.. hehehe.. sedap tuh.. lagi2 kalau orang yang belanja.. Balik singgah makan kat KFC Jalan Gombak.. Having fun walaupun takla best sangat (hallo!! bukan konvo hang la.. Hehehe..) 

Pssstt: Tengok orang ambik sijil atas pentas membuatkan semangat Cik Ratu nak kembali study semakin membara.. Ngee.. (^_^)







Ahad, 15 Mei 2011

Terus Terang

Cik Ratu harini nak bercakap pasal terus terang.. erm.. terus terang ni memangla sangat baik.. Cik Ratu pun belaja gak macam mana nak jadi manusia yang berterus terang dan tak memendam perasaan.. tapi Cik Ratu rasa, itula kelemahan Cik Ratu iaitu jarang berterus-terang..    

But then, bila berterus terang, lain pulak jadinye sebab bila ketelusan itu kita bentangkan, pasti ada hati yang akan terluka.. Sesungguhnya kerana itula Cik Ratu lebih gemar mendiamkan diri dari berterus terang tentang kenyataan yang dah tentunya pahit untuk ditelan..  Seriously, i dont like people to know everything that wasnt good about themselve or bad news that related to them..

like few of these days.. Cik Ratu dapat tau yang parents Cik Ratu tak restu dengan pilihan Cik Ratu.. Man! Apa yang Cik Ratu harus buat..?? Jalan paling baik adalah berterus terang dimana dia akan bersedih hati.. Good!! Tapi tak ada pilihan lain..

Macam kata orang-orang yang rapat dengan Cik Ratu.. Cinta nih adalah sesuatu yang kita ada.. indah pada mulanya dan bila berakhir, ianya menyakitkan.. Pada Cik Ratu, Cinta adalah sesuatu yang kedengaran indah bunyinya, indah di pandangan dan sakit diperasaan..

Tak lagi Cik Ratu Tau apa kesudahan cerita nih.. Tapi Cik Ratu akui yang Cik Ratu tak dapat nak membantah kata-kata parents Cik Ratu.. Semoga Allah dapat membimbing Cik Ratu dalam mencari jawapan.. Aminn...

Selasa, 26 April 2011

he's going in the castle?
ya.. ya.. ya.. leaving me alone..
da few of a days.. making me berjauh hati sangat2...
dunno why.. Sorryla Encik Beliau kalau Cik Ratu dah wat Encik Beliau kecik hati sbb Cik Ratu lagi2 kecik hati sebenarnyer..
Apa pun proud of him..
juz do anything that u ant and i'll always supporting u..
^_^

Ahad, 17 April 2011

Selepas Sebulan

Selepas sebulan, akhirnya.. bersyukur sangat-sangat pada Allah S.W.T sbb memanjangkan usia perkenalan kami dan sentiasa menambahkan rasa kasih dan sayang serta cinta yang berpanjangan didalam hati kami berdua..
          Akhirnya Cik Ratu sampai juga hajat nak bercuti ke negeri Perak Daruk Ridzwan.. Sambil menyelam, Cik Ratu minum air.. nasib tak tersedak yer.. Kekekeeke... Perancangan Cik Ratu adalah bercuti di samping Encik Beliau.. Bersempena dengan anniversary sebulan yang pertama kami.. hehehe.. Pada asalnya Cik Ratu dah mintak Encik Beliau carikan Cik Ratu hotel bajet.. Tapi bila Mak Encik Beliau dapat tau, dia perli Cik Ratu plak.. Adess.. Hahahaha.. Dia kata, banyak duit Cik Ratu nak duk hotel .. Kekeke.. And dia suh cik Ratu stay kat umah family Encik Beliau.. Huhuhu..
          hari pertama sampai dinegeri Perak Darul Ridzwan tuh, Cik Ratu telah dibawa melawat ke Pantai Teluk Batik.. Pantai yang cantik, pemandangan yang indah.. Tapi sayangnya ada sedikit pencemaran yang telah berlaku seperti longkang yang tersumbat dan menimbulkan bau busuk.. Tapi menikmati sunset dan aiskrim ditepi pantai adalah seseuatu yang romantik kan? Sangat Cik Ratu sukakannya..(Thumbs up for the view dan ketenangan di tepi pantai!)
           Dari pantai Teluk Batik, Kami bergegas untuk melihat keindahan Waterfront.. Okeh, siyes Cik Ratu tak tau aper itu Waterfront... (tau nama jer sebab kawan Cik Ratu yang berbulan madu di Pangkor sibuk duk sebut hubby dia nak bawak dia g Waterfront) Cik Ratu dalam nada sedikit teruja dan sedikit menggesa sbb nak kenalkan encik Beliau dengan hubby kawan Cik Ratu tuh) mengajak Encik Beliau pegila ke sane.. Setibanya kat sana... Hehehehe.. Cik Ratu pernah sampai rupernye kat Waterfront tuh masa Cik Ratu student dulu.. Unfortunately, kawan Cik Ratu dan Hubby dia xda plak kat sana.. Sangat kesalkan itu tapi xper.. hehehe.. Sebenarnyer Cik Ratu berkonvoi dengan kawan Cik Ratu tuh separuh jalan sebelum kami berpisah mengikut haluan masing-masing..
          Seperti biasa Cik Ratu pun memulakan tugas sebagai model berjaya.. Hehehe.. Dan lensa kamera Encik Beliau dan Cik Ratu menjalankan tugas dengan jayanya.. Pose perasan menarik Cik Ratu berikan semata-mata nak memberatkan memory card kamera.. :p
         Semasa kat Waterfront, Cik Ratu dah pun beli sedikit barangan makanan laut dari lumut untuk diberikan kepada family Cik Ratu.. Tak lupa sehelai kaftan untuk Mak Encik Beliau dan juga Cik Ratu sendiri.. Dalam perjalanan pulang, kami berkira-kira nak makan apa.. Terbit dari mulut Encik Beliau untuk makan di RFC.. tapi tak kesampaian sebab dah lewat dan akhirnya kami hanya menikmati McD sebagai hidangan makan malam..
          Keeseokkan harinya, kami ke Kuala Kangsar pulak.. dalam perjalanan ke sana, kami sempat singgah kat tepi highway.. ada macam taman yang agak cantik dan kami boleh nampak bandar Ipoh dari sana kalau Cik Ratu tak salah.. Okeh, Kat K.Kangsar, Cik Ratu ditemukan dengan Cik Wati.. Gadis manis berasal dari K.Kangsar yang juga merupakan frenz Encik Beliau.. Cik Wati terpaksa jadi tourist guide pada kami pulak.. heheh.. Thanx to Cik Waati sebab lunch kami haritu atas belanja beliau.. thanx sgt! mmg sdap.. Kami lunch di sebuah kafe yang bernama The Gate Cafe..  lepas dah lunch, Kami ke Galeri Sultan Azlan Syah.. Dlam Galeri tu ada macam-macam.. untuk orang dewasa, harga tiket adalah RM4, kalau bawak student pass, bole dapat half price.. Tapi malangnya, xseorang pun yang mempunyai student pass.. So, sangatla rugi.. Huhu.. Aper pun, sangat berbaloi meluangkan masa melihat-lihat galeri sebab korang akan rasa kagum dengan Sultan Perak.. Bole tengok betapa bijaknyer baginda sultan.. keaktifan baginda dalam sukan and banyak sgt lagi.. Sangat suggestkan sesiapa yang minat dengan sejarah utk melawat..
          Lepas ke Galeri, cik Ratu pergi plak menjelajah kedai2 yang menjual barangan kraftangan.. deretan kedai yang sangat Cik Ratu sukai.. Hehee.. Sambil mencari brangan yang dipesan, Cik Ratu jugak carik hadiah untuk kawan Cik Ratu yang baru kawen and pergi honeymoon serentak dengan percutian Cik Ratu (alah, yang konvoi dengan Cik Ratu tu la..) hehehe..
          Balik dari K.Kangsar, Encik Beliau menggunakan jalan lama.. katanya nak kenalkan Cik Ratu dengan nama-nama kampung yang terdapat di sana.. Hehehe.. Nama kampung ada yang nampak unik dan juga ada yang kedengaran lucu sehinggakan Cik Ratu sibuk bertekak dengan Encik Beliau tentang sebutan nama kampung2 tu..
          Malamnya, Cik Ratu cuma lepak dikedai Mak Encik Beliau.. Tahu tak, Encik Beliau dah wat Cik Ratu menyanyi kat pentas karaoke kedai Mak dia pada malam pertama.. sangatla Cik Ratu malu sebab out of tune.. Dala kena gelak dengan encik beliau.. Sanagat tak suka.. Makan malam kitorang westernla kan mlm kedua nih.. Cik Ratu Makan Stik Lembu.. Satu set berharga RM13.50.. Chicken Chop plak baru jer rege RM9.90.. so sangatla murahnyer..( teruja Cik Ratu.. hehehe)
        Hari terakhir Cik Ratu kat sana.. Cik Ratu bangun agak awal pagi tuh.. Tibe2 mak Encik Beliau panggil.. katanya nak tanyakan sesuatu.. Cik Ratu da berdebar-debar da.. Mrah ke beliau apabila Cik Ratu berkawan dengan anak dia? huhu.. rupnya nak tanya perkembangan perbincangan kami berdua ttg pertunangan dan sebgainya sebab dari pihak diorang, nampaknyer merestui kami berdua.. Mak Encik Beliau da sarungkan cincin kat jari manis Cik Ratu tanda dia merestui kami berdua.. terharunyer Cik Ratu.. Speechless pun yer.. dan selepas tu Cik ratu pun balik semula ke Kuala Lumpur ditemani Encik Beliau.. Hujan lebat menemani kami sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur.. Berhenti di R&R ulu Bernam, menanti kawan Cik ratu untuk konvoi pulang bersama.. Cik Ratu terus ke KL Sentral sebab Encik Beliau nak balik semula ke Batu Gajah.. berpisahla kami tepat pukul 9 malam apabila Encik Beliau menaiki trennya..
Percutian Cik Ratu dah pun berakhir.. Tapi Cik Ratu happy..

Nota Ratu: its true, when we go to peoples natural habitat, we will know a lot of things about them.. 

P/S: Accept people as what they are.. And people will love u as what u are..