Pengikut

Jumaat, 23 Mac 2012

Semangat Yang Makin Hilang

           Akir-akhir ini makin sibuk dengan tugasan sendiri.. Tanggungjawab sebagai anak dan kakak yang baik pun tak dapat nak ditunaikan walaupun sebelum ini taklah ditunaikan sebaik mana.. Tapi sekarang memang nampak tak cukup masa dan sibuk serta keletihan menambahkan lagi keburukan keadaan..


          Banyak yang tertinggal dan dilupakan.. Malahan ada yang aku tak mampu nak rungkaikan.. Contoh terbaik adalah perasaan sendiri.. Diri sendiri tak mampu nak tafsir perasaan sendiri, kira terukkan? Hurmm.. Entahlah...


          Dalam kesibukan harian, mata tertancap pada foto seseorang yang pernah bertakhta dalam hati.. Dah bernikah rupanya dia.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga berbahagia ke anak cucu.. 


           Jangan ditanya tentang jodohku.. Pasti ada suatu hari nanti, cuma kapan tibanya, aku sendiri tak tahu.. Biarlah cita-cita menjadi pemangkin semangat yang semakin pudar.. Biarlah cita-cita menjadi penghubung nyawa untuk roh terus bernafas.. Segalanya adalah tentang diri sendiri sekarang ini..


          Menerima khabaran yang tak enak ni adakalanya memualkan jiwa, merapuhkan perasaan.. Ditambah dengan keletihan fizikal dan kepenatan akal yang dipaksa bekerja keras.. Semuanya melahirkan sifat kebinatangan yang tak boleh diterima akal.. 


Nasib tak sadisme je nih.. Hahahaha.. Ketawa tu dah bukan sebahagian diri sejak akhir-akhir ni rasanya.. Sifat humorisme yang tertanam dalam diri dah terbenam.. Semangat pun dah menjunam.. What to do? Scooby doo bi doo.. Huu..


            Entah apa yang aku repekkan pun aku sendiri kurang pasti.. Maaf untuk yang kurang perhatian dari Cik Ratu.. Sesungguhnya, hati ini punya banyak rasa yang tak boleh dikongsi dengan semua.. Janganlah memaksa diri ini berkongsi rasa.. Cukup bila kukatakan sekali, tidak apa-apa, terimalah ia sebagai tidak apa-apa.. Yang apa-apa itu akan ku tanggung sendirian.. Bergembiralah supaya diri ini juga akan merasakan kegembiraan itu.. Walaupun tak berasa kegembiraan itu, berpura-puralah supaya hati ini tenang melihat dan mendengarnya..


          Aku perlukan masa bersendirian.. Sekarang hati ini benar-benar kosong.. Sekosong-kosongnya perasaan.. tiada apa didalamnya, tapi jangan tanyakan mengapa.. Masa akan ubati segalanya.. Diri ini benar-benar tak apa-apa.. Jangan Ditanyakan kenapa.. 






Lots Of Love,
                      Cik Ratu... 2012

Rabu, 7 Mac 2012

Cuti-Cuti Malaysia Utara:- Pencarian Ladang Anggur dan Hotsprings Ulu Legong


Selepas berehat semalaman di Hotel T, kami pun dengan keterujaan tahap kanak-kanak tadika nak ikut rombongan sambil belajar, bersiap sedia untuk menanti ketibaan pengantin yang berjanji dengan kami untuk membawa kami ke ladang anggur.. Urusan check out dari hotel dibuat Cik Wawa dengan jayanya.. Tanpa bersarapan, kami tunggu ketibaan mereka.. Tunggu punya tunggu, rupanya kami tak berada di tempat yang diorang bagitahu sebab mengikut GPS Cik Ratu, kami dah berada di Kuala Perlis.. Rupanya Kuala Perlis jauh lagi dari kami.. Akhirnya, kami pun buat keputusan untuk mecari ladang anggur sendirian dengan bantuan maklumat dari internet dan GPS..
Disebabkan masing-masing dah kelaparan dan kami ternampak TESCO Mergong, kami singgah untuk makan dahulu.. Sempatlah shopping kasut disana.. Dalam pada tu, sempat jugak melihat-lihat suasana TESCO kat sana yang agak berbeza dengan di Kuala Lumpur..
Perjalanan diteruskan untuk mencari ladang anggur seusai makan tengahari di TESCO Mergong.. Tak lupa jugak masa dekat sini kami jumpa booth Elianto.. Apa yang Cik Ratu suka dekat Elianto ni adalah, promoter dia mesti cantik-cantik.. Mekap diorang pun unik-unik.. Kalau berani pakai macam diorang mesti cantik.. (^_^)v
Perjalanan dari TESCO ke Sik mengambil masa yang agak lama sebab kami tak biasa dengan kawasan, takut terlepas simpang dan sebagainya.. Memandangkan kami bertolak pun dah agak lewat jugak, so, sampai dekat ladang anggur tu pun dah petang sangat.. Dalam pukul 6 setengah sampai.. Bukan takat tu saja, sebenarnya kami dah sampai ke sempadan negeri Thailand disebabkan GPS pening bila berada di utara Semenanjung Malaysia.. Pening kepala dibuatnya.. Malahan disebabkan mungkin terlalu lama digunakan, GPS Cik Ratu hang.. Aish!
Berpatah balik dan mencari jalan yang benar untuk ke ladang anggur akhirnya membuatkan kami tak dapat pun masuk ke ladang itu.. Kami buat keputusan untuk meninjau-ninjau kawasan sahaja pada petang itu dan mencari homestay untuk malam itu.. Malangnya, 2 homestay yang kami pergi untuk survey dah penuh dan tak ada kekosongan lagi.. Kami ambil keputusan untuk makan malam di sebuah homestay disana walaupun penuh dan kebetulan, tuan punya homestay tu dengan baik hatinya menunjukkan kami sebuah hotel bernama Melor Hotel yang terletak di pekan Sik.
Malam itu, kami bertiga bermalam di Melor hotel dengan harga RM90 satu malam. Setelah berehat-rehat dan menyelesakan diri, Cik Wawa dan Che Yah berniat nak cari durian tapi Cik Ratu kata, Cik Ratu nak stay kat hotel aje.. Tak lama lepas diorang pergi, telefon Cik Ratu berdering.. Tanya mereka pada Cik Ratu, sama ada Cik Ratu nak pergi ke Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong atau tidak. Bila difikir-fikir semula, Cik Ratu pun tak mahu nak melepaskan peluang ke sana, Cik Ratu pun bersetuju mengikut mereka.. Makan burger sambil tengok orang mandi-manda di sana.. Korang ade? Hahaha..
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam melalui jalan kampung dan shortcut yang ditunjukkan oleh GPS Cik Ratu sangatlah menakutkan.. Sebabnya, jalan tu sangat gelap dan tak ada kereta.. Sepanjang perjalanan, jalan diterangi lampu dari kereta yang kami pandu sahaja.. Nasib baik bertiga.. Kalaulah berdua atau berseorangan, mesti dah berfikir yang bukan-bukan dan rasa takut..  Sampai je kat sana, kitorang ingat, tempat tu sunyi dan tak ramai orang.. Rupanya apa yang kami fikir tu tak sama dengan apa yang berlaku dekat sana.. Lagi malam, lagi happening.. Cik Ratu ade jugak rakam video kat sana.. Tapi kualiti video tu tak memberangsangkan untuk letak dekat sini sebab tak jelas.. Tapi memang havoc jer kat sana. Budak-budak penuh dekat kolam cetek khas untuk mereka.. yang orang tua pun sibuk berenang-renang dekat dan berendam di kolam yang ada disana.. Siap ada khemah-khemah lagi disana.. Cik Ratu difahamkan yang hotspring Ulu Legong ni dibuka 24 jam dan ada bayaran masuk tau.. RM 2 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk orang dewasa.. Tiket boleh didapati di pintu masuk.. Hehehe.. v(^_^)v
Masuk je kat sana, suasana havoc yang tak terbayang dek kami sebab dekat K.L pun tak macam kat sini.. Kami sampai sana pun dah pukul 12.30 lebih kurang.. Tapi makin lama, makin ramai orang.. Kami lepak lebih kurang sejam dan balik semula ke Hotel Melor. Sempatlah Cik Wawa and Che Yah merendam kaki dalam kolam paling panas yang siap dipagar.. Mungkin nak mengelakkan dari orang terjun dalam tu dan cedera kot.. Tak pulak Cik Ratu bertanya pada jaga kat situ.. kat sini pun, walaupun Cik Ratu and the gang tak mekap, tetap jadi tumpuan dan pandangan orang.. Kemungkinan besar disebabkan oleh wajah Cik Ratu dan Cik Wawa yang hampir serupa.. Ataupun slang kami yang kedengaran agak lain.. Orang Kuala Lumpurlah katakan.. Huhuhu.. (^_*)v
Sesampai di hotel malam itu, masing-masing dah kepenatan.. Kami tidur dengan lenanya sementara menanti waktu pagi untuk perjalanan yang baru lagi..Next entri, Cik Ratu akan ceritakan pulak journey kami ke ladang anggur dan Pulau Pinang.. Sooo exciting!


Lots Of Love,
Cik Ratu.....2012