Pengikut

Selasa, 22 Februari 2011

Lawatan Ke Zoo Negara

Kan Cik ratu da kata nak gi Zoo semalam.. Makanya tetamu jauh yang dekat dihati itu pun Cik Ratu bawala ke Zoo Negara.. Hehe..

Harusla Cik Ratu duk jadik model Zoo ajer.. huhu.. (nak wat camner da kami berdua ajer.. namer pun ngedate.. haha..) Malangnyer gamba dalam kamera Cik Ratu, adalah tak banyak.. sebab kebanyakannya adalah didalam kamera sidia tuh.. Sila upload gamba saya cepat2 yer.. Hehe..

keterujaan beliau telah mempengaruhi mood Cik Ratu untuk menerokai alam Zoo yang da terlalu lama Cik Ratu tak jenguk.. Cik Ratu pun rasa yang Ck Ratu adalah kanak-kanak ribena.. hehehe.. Bole ker Cik Ratu diperdaya masa nak parking keter ada zirafah bersiar2 kat car park.. Grrr..!! Skali belon zirafah da.. Hahaha.. (sgt nakal la tetamu jauh Cik Ratu nih.. Hihihi..)

tu kaunter tiket yang menjual tiketla kan.. cer teka tu belakang saper? hehehe.. (sbnrnyer tersnap gamba nih tanpa sengaja.. hohohoho... bole gitu? hihik..) pastu Cik Ratu sempatla pose depan enterance Zoo Negara tuh dulu.. Harusla sebab Cik Ratu adalah model of the day(Cik Ratu adalah seorang perasan.. Ya! Hahahahaha...)

Tiket adalah agak mahal jugak tapi agak berbaloila bila memikirkan betapa Zoo tu nak keep up their maintainance and gaji pekerja.. Sebab all the animals were cared carefully.. dan pada mulanya Cik Ratu adalah agak terkajot menengok tiket Zoo yg panjang tuh.. Cik Ratu ngan selamba jer tanya kat sidia tuh naper tiker dia pnjang sgt.. haha.. Lepas tu barulah Cik Ratu tau yang tiket Zoo tu jadik gelang.. Adoi.. (jakun sungguh! Hehe..

Round punyer round la kat Zoo tuh, kami duk sibuk mencari taman rama-rama(Cik Ratu rasa Zoo tu mcm Jurasic Park.. :p) malanganya tak jumpa.. Balik dengan kehampaan.. Tapi xper.. Cik Ratu akan bawak sidia meneroka Taman-Rama-rama kat K.L plak.. hihik..

waktu balik, kami adalah sangat lapar.. haha.. (sebenarnyer carik Kepsi kat dalam Zoo sbb masa Cik Ratu gi dulu2 (tak tau tahun biler) ader kepsi dlm zoo..) Hehe.. Then singgah ambik adik Cik Ratu and terus g kepsi.. sgt best.. actually ada byk lagi gamba.. tapi nntila cik ratu uploadkn.. hehe.. (padahal gamba2 tu sumer ada kat cik abg tersayang tuh.. hihi..)

Owh, sebenarnyer masa tunggu adik Cik Ratu tuh, Both of us are having a little conversation.. sebab Cik Ratu ada mengetest beliau sebenarnyer.. Alhamdulillah, lulus da la beliau dalam mengharungi test itu.. Dan starting from today, Cik Ratu dan beliau adalah....

Can I Be Your Bear??
~~> Of Coz La! Kamu la Si Muncit Saya!! ^_^

Ahad, 20 Februari 2011

The Wedding..

Pagi2 lagi Cik Ratu da gi KL Sentral menjemput tetamu jauh Cik Ratu sebab hari semalam Cik Ratu ada kenduri  kawen ex roommate Cik Ratu.. Harus pergi sebab kami sangat close satu masa dulu dan masih close jugak..
          Tak sangka la pulak kami akan berpakaian sedondon hari ni.. Its not a deal or promise.. Yang Cik Ratu tau, Cik Ratu memang dah siap sedia pakai baju berwarna hitam dari rumah and si dia pulak pkai baju melayu and jeans hitam (atas saranan Cik Ratu selepas kemeja ensemnya hilang ntah kemana.. Kemeja pun bole ilang kan.. hikhik.. Comel.. Kemeja tolong nervous kan bagi pihak tuan dia.. Hehehe..)
          Sepanjang perjalanan ke majlis kenduri tuh, si dia yang drive.. Cik Ratu pun apa lagi layan borak dengan kawan-kawan yang da lama tak berjumpa. seronok sangat.. Biasala kan, mengumpat tak ingat(tula keje orang perempuan kalau da berjumpa..).. Hihik.. Kat kenduri, si dia pun kenala jadik photographer tak bertauliah kami..
         Sempatla Cik Ratu menyinggah melihat Syafiq tersayang.. Rindu betul kat dia.. Syafiq pun sebaik nampak jer Cik Ratu, terkinja-kinja mintak didukung.. Manja betul dia. Sebab tula Cik Ratu jatuh sayang dengan telatah dan fe'el dia.. Syafiq pun bole nak mintak didukung dengan tetamu jauh Cik Ratu tuh.. Haish! Nakal anak mak nih.. Nasibla tetamu jauh Cik Ratu sememangnya berhajat bertemu Syafiq.. Tertunai jugak hajatnya nak bertemu dengan si nakal Cik Ratu tuh..
          Malamnya Cik Ratu dan rakan-rakan bersama dengan tetamu jauh mendinner dekat pizza hut.. adoi, nak wat keputusan makan dimana pun sush.. akhirnya antara KFC dan Pizza Hut, Pizza Hut jadik pilihan.. Babai KFC.. Hehehe.. Menu kami pastinya pasta and pizza baru yang menyelerakan.. Da mestila best kan sebab orang payung.. Nyum2! hingga menjilat jari.. Lepas makan, hantar semula tetamu jauh Cik Ratu ke tempat penginapan beliau.. Harap beliau akan tido dengan selesa kat situ..
          By the way, CIk Ratu sebenarnya nak ucap terima kasih banyak2 kat tetamu jauh yang bersusah payah membelikan Cik Ratu, teddy bear muncit yang sangat lembut dan comel macam pemberinya juga.. Mulai malam ni dia akan jadi peneman tido Cik Ratu (harap2 Cik Ratu tido tak lasak, kalau tak, kebawah katil plak la peginya.. Huhuhuhu...) Nantila Cik Ratu Pikir nak bagi nama apa kat teddy baru peneman tido Cik Ratu.. Hehehe..
          Aktiviti esok adalah bersiar-siar ke Zoo Negara.. Da lama sangat Cik Ratu tak menjejak kaki kesana.. Harap Cik Ratu bole bertahan dengan kepanasan tengahari Zoo Negara.. Hehe.. Kami (Cik Ratu dan Tetamu Jauh) nak berpiknik.. Tapi Cik Ratu tak masak la.. Hehehe.. Kan pelik pulak Mak Cik Ratu Menengok Cik Ratu buang tebiat pepagi buta memasak.. Mesti mak akan bersyukur besar sebab ingat anak dia da jadi rajin.. hehehe..














          Can I Be Your Bear? Hurm.. Agak2?? ^_^

Khamis, 10 Februari 2011

I Cannot Sleep..!! Sigh..

          Tiba-tiba pulak malam ni aku tak bole nak lelapkan mata. Maybe sebab few hours before aku dah terlelap sekejap sampaikan tak sedar mesej-mesej masuk. Thanx to that Mista yang make a phone call that waking me up.. huhu.. If not, for sure hanyut sampai ke pagi.. Hehe..
           Life lately rasanya sangat meaningful. dikelilingi orang-orang tersayang, disayang dan menyayang (hahaha.. ambik ko, semua skali dapat.. hihik..). setiap hari diwaktu pagi akan ada yang menyapa, mengucapkan kesejahteraan pagi diiringi dengan pesanan-pesanan bermakna. Showing the care.. Sampaikan abah selalu kata kat aku, orang duk hadap handphone untuk wat call, balas mesej, bukan duk senyum sensorang depan handset.. Abes nak wat macam mana.. Ada sesuatu kat hanset tu yang membuatkan aku berkelakuan begitu (definitely not a ghost! :P dan aku bukan kerasukan.. hehehe.. ;p)
          kalau dulu-dulu selalu jadi orang yang degil, skang da bole mendengar kata (yer ker?? padahal degil jugak.. hehehe..).. By the way, aku rasa adakalanya aku macam terlupa yang aku pernah dibahagiakan sebahagia ini. Aku berdoa agar bahagia ini sentiasa kekal menjadi milik aku..

Amin..

Jerawat


                Post aku kali ni nak cakap pasal jerawat. Pasal apa aku pilih jerawat sebab baru-baru ni muka aku naik jerawat ngan teruk. Adoi!! Hehehe.. Mak aku cakapla kan, orang kalau tumbuh jerawat ni maknanya suka berangan. Masalahnya adalah, aku ni berangan tak kira waktu (selalu tak pulak tumbuh jerawat.. Hehehe..)..
                Okay, secara saintifkiknya, jerawat ni berlaku apabila ada pertumbuhan bakteria di liang muka yang tersumbat. Biasanya kalau pakai make up pastu balik umah tak reti nak tanggalkan (memang harusla naik jerawat), orang yang tak reti jaga kebersihan wajah, pemilik tangan yang suka menyentuh wajah (ini memang tak dapat nak dibendung, aku pun suka wat..  Syok, lagi-lagi kalau ngah tengok tv kan.. Hehehe..), orang yang suka bertukar-tukar produk kecantikan dan macam-macam factor lagi. Biasanya jerawat ni akan tumbuh kat area sinus ataupun area resdung. Kalau orang-orang zaman dulu-dulu kata, orang yang ada resdung memang senang naik jerawat (kalau berangan pun naik jerawat, menggatal pun naik jerawat jugak, jadi apakah?? Hahaha..).. no idea, kenala tanya dengan orang yang lebih arif tentang ini (sila jangan cari seseorang yang bernama Arif jika beliau bukan doctor bertauliah  untuk bertanyakan maklumat.. :P)   
                Sepanjang hidup aku, aku start dapat jerawat masa umur aku sekolah menengah. Semakin teruk bila aku mula bersekolah asrama. Hish, abes kelicinan kulit muka aku. Sebagai result yang paling baik, parut-parut masih lagi kelihatan. Hehehe..sepanjang pengalaman aku menjadi tokey jerawat, ada banyak benda yang aku da cuba gunakan sebagai cara nak menghapuskan jerawat baik petua orang dolu-dolu sampaikanla ubat-ubatan moden (tetiba aku macam bayangkan Lara Croft dan machine gun nyer menembak jerawat-jerawat tuh.. hahahaha…).. Sebut ajerla petua, ape nama pun aku mesti cuba selagi bahan-bahannya tak susah nak dijumpai (bole bayangkan tak betapa pentingnya kecantikan tu untuk orang pompuan sampaikan tak kisah langsung dengan bau busuk dan seksaan nak jadik cantik.. Adeh! Hehehe..).. Tu belum lagi yang namanya set kecantikan kan.. dari yang paling mahal sampai yang paling murah (mengikut kemampuan poket untuk membeli..) bole dikatakan aku dah cuba.

PETUA

         Antara petua yang pernah aku buat adalah gunakan perahan air asam jawa yang ditempek kat muka semalaman.. kononnya sebagai scrubla.. bau tak yah cakap la.. cube korang gi kat dapo tuh, cium bau asam jawa.. tu baru korang cium bau jer.. belum lagi tempek kat muka.. tapi nak cantek punya pasal, tempek gak (nasib baik hasilnya agak memuaskan.. hehe..) tapi satula, bila wat jer mesti kena bebel, sbb asik ngabeskan asam jawa mak aku jer.. hahaha.. (^_^)”
                Then, aku guna plak madu. Madu bestla sket. Bau dan rasa pun sedap. Suka la aku tempek kat muka.  Kononnya dikatakan yang madu dapat memberi kesan pelembap or mat saleh kata moisturizer.. Eceh! Hehehe..  Tapi kena basuh bersih-bersih tau sebab dikhuatiri nanti korang kena gigit semot lak.. tak pun kena sengat lebah sebab ambik madu dia tempek kat muka.. kekekeke.. and hati-hati gak ngan madu lebah tiruan sebab sekarang memang susah nak jumpa madu lebah yang betul-betul asli.. petua ni hanya berjaya kalau dapat madu lebah yang asli and ada satu fakta menarik pasal madu lebah yang aku baca kat sebuah majalah kalau tak silap aku.. dalam majalah yang aku tak ingat tajuk apa tuh, dia kata, madu adalah satu-satunya makanan yang tak akan rosak.
             Lidah buaya pun dikatakan memberi kesan pelembap gak. Cara dia senang jer.. korang ambik satu pelepah lidah buaya tu, buang kulit dia and ambik lendir dia tuh, sapu ke muka.  Biarkan dalam 15 ke 20 minit. Tapi kena hati-hati ngan getah dia. Kalau terkena kulit adalah sangat gatal tau. Huhu.. actually, lidah buaya or aloe vera ni akan memberi kesan penyejukan kat kulit muka. So relaxing kalau da kena aloe vera ni. Even my mum doing it.. Hihik!! Bau dia adalah bole tahan jugak.  Ngee..
              Saper yang suka makan telur sila angkat tangan!! Ha.. orang guna telur wat masak. Aku lak guna telur tempek kat muka.. bagus tak aku? Hehehe.. masak telur kat muka.. Hihik! Yang ni aku tak sure apa kegunaannya.. Adeh! Tapi yang aku tau, makin lama dibiarkan telur tu kat muka, dia makin tighten kat muka. Guna sama ada telur kuning or telur puteh aje.  Maybe utk tight up the skin yang makin tua (kenala ngaku da tua kan.. :P), yang da flabby.. hish! :P dan bau dia adalah hazab yer kawan-kawan.. kalau tak tahan hanyir telur bek jangan guna cara ini.. hehehe..

SET KECANTIKAN DAN UBATAN MODEN

                Erm, tak banyak yang aku bole cerita pasal ni sebab da banyak set kecantikan yang aku guna. Antaranya jenama Tupperware. Mesti ramai yang tak percaya yang Tupperware ada produk kecantikan and believe me, the product are one of the best yang aku dah guna.  Dan berbaloi dengan harga yang perlu dibayar. Dah lama tak guna produk tuh, da tak ambil pusing berapa harga dia, yang aku ingat masa beli tu pun satu set dengan 3 barang ajer da nak cecah RM200.. Lepas pada Tupperware, aku bertukar kepada jenama yang biasa-biasa pulak macam Loreal, Mustika Ratu and few products yang memang tak berkesan kat aku (tula pasal saper suh gatal-gatal pakai produk mahal, kan da azab.. :P).. aku try lak produk NanoWhite.. Bagus gak produk tuh dan worth money la.. Sekarang ni pulak, aku duk pakai produk Skinz yang duk iklan kat TV tuh (pengaruh iklan betul!!).. So far, sangatla ok.. Cuma ada masa bila aku stress, jerawat tetap akan keluar kan. So, aper nak dirisaukan.. hehehe.. (tak risau konon..!! :P)
                Sebenarnya kalau cakap pasal jerawat, dah tentula akan menyentuh pasal penjagaan kulit muka kan. Yang pasti aku pun bukanla arif sangat (walaupun dulu aku suka budak nama Ariff.. :P) pasal jerawat dan penjagaan muka ni. Yang penting kalau rasa diri sendiri tak leh nak cope ngan jerawat setelah berbagai usaha  dilakukan, silalah jumpa ngan doktor kulit or pakar esthetic sebab diorang ada banyak jalan penyelesaian untuk korang. Lagipun jerawat ni sikit sebanyak mempengaruhi  pembawaan imej kita gak kan dan salah satu penyebab kepada perasaan rendah diri (low self esteem)..
                Sebab tula aku tak heran langsung kalau ada perempuan yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak nampak cantik. Kecantikan dan wanita adalah sesuatu yang sinonim. Tipula kalau perempuan tak suka nampak cantik.  Total penipu. Tak kisahlah macam mana pun, yang penting jangan sesekali melakukan sesuatu sehingga berlebihan dan mnyebabkan kerosakan pada diri sendiri. Kalau nak jadi cantik, kenala usahakan satu regime kecantikan yang sesuai dengan diri sendiri..
                By the way, nak jadi cantik tak salah. Yang salah kalau dah berlebih-lebihan. Allah pun suka pada kecantikan kan. Kalau fizikal jer cantik, pangai huduh pun tak guna gak kan.. biarla kecantikan tu datang dari luar dan dalam.. Isk, aku rasa aku da merapu terlalu jauh walaupun jerawat dan kecantikan ada kaitan.. Hahaha.. Kerana dirimu begitu berharga!
                

Isnin, 7 Februari 2011

Kahwin

         K.A.H.W.I.N....

            satu perkataan yang kalau aku dengar aku memang tergedik-gedik sangat nak melaluinya tapi aku takut.. Korang tak rasa macam tu ker? bila pikir-pikir lagi, langsung plak rasa xbersedia.. Dan kalau berada dikedudukan aku sekarang (orang luar nampak aku berkerjaya dan ada harta (padahal sengkek..kekekeke..)) telinga aku dah lali sangat dengan soalan-soalan yang berbunyi "bila lagi?" or "dah ada pakwe ker".. tak pun ayat pernyataan yang aku rasa seronok nak dengar sangat-sangat yang berbunyi "orang cantik macam you takkan takda boyfriend" (sbb dia kata aku cantik.. hohoho.. ^_^).. 
            Biasanya ayat-ayat ni akan kuar dari sedara-mara (pakcik, makcik, nenet, sedara jauh yang aku tak pernah kenal dan sesapa yg ngaku sedarah daging walaupun bukan.. derr..!! ), kawan-kawan yang baru sehari bernikah(sebab da rasa hebat sangat dapat berlaki kan.. haha.. mencik aku kalau pengantin baru tanya soalan super idiot macam ni.. saja nak wat aku terasa ker? huh!!) dan tak lupa jugak, lelaki-lelaki yang cuba mengayat (sbb tula mmuji cantik.. lagi chantek kalau dapat.. tapi kalau tak dapat, ayat dia bunyi cam ni plak "tula,. awk tu huduh cam anak gajah, xcumil lgsg, sbb tula org taknak, cube pilih sy, mesti awk cantek jer.." heh!! ader aku kessaahhhh??!! langsung takla.. :P)
            sebenarnya kahwin ni macam satu percaturan(okey, aku tak reti main catur tapi its still like a game.. :P)once u put ur leg inside, there are no turning back.. yang ada adalah kerjasama antara dua manusia untuk menjayakan objektif rumah tangga.. 
            at the age of mine, kebanyakan mothers mesti risau awatla anak dara depa tak kawen-kawen lagi. bukanlah huduh sangat anak depa, tapi takkanla tak dak yang berkenan, betoi dak?ha.. kan dah keluaq slang utara(padahai xdak kena-mengena dengan org utara.. hehehe..)samala macam mak aku jugak.. duk bising pasai kawen.. tapi siyesla, aku tak ready kan..
          kawen bukan benda main-main.. aku pun ade gak perkahwinan impian aku.. aku bukan nak kawen untuk sehari dua (iaitu hari nikah dan hari sanding..)aku nak kawen untuk selamanya.. jadinya kenala cari orang yang aku suka nak bercakap, aku suka nak terima lawak dia, yang aku suka serba serbi la.. tapi tak semua orang faham perkara tu aku rasa..
          tapikan ada jugak aku pernah terfikir pasal bercinta lepas kawen.. best ker ek? Arwah atuk ngan nenek aku bercinta lepas kawen, tapi sayang nenek pergi awal.. aku pun tak sempat nak tengok macam mana romantiknya percintaan mereka.. Yang aku nampak hanyalah arwah atuk dengan nenek baru..then aku cuma tengok kasih sayang mak bapak aku dalam menjaga kerukunan rumah tangga (how i wish i've got a husband with the love juz like my dad.. huhu.. (but how can it be, there only one abah in the world.. hehehe..)).. dan sekarang agak teruja dengan membaca novel yang berkisarkan suami yang setia terhadap isterinya (sangat mempengaruhi pemikiran sekarang ni.. adoi!)belum ada la lelaki yang membuatkan hati aku berkata "he's the one" setakat ini (sangat berharap keajaiban itu datang dan berlaku.. hahaha..).. 

Aper-aper pun, perkahwinan bukanlah satu escape.. bestfren aku sendiri pernah cakap, ada kalanya bukan kita tak ada jodoh.. tapi memang Allah sengaja beri kita orang yang salah supaya kita akan berjumpa dengan orang yang betul.. lagipun jodoh tu ketentuan Allah.. Sejak kita dialam roh di Luh Mahfuz sebelum kita ditiupkan kedalam jasad kita lagi Allah dah tanya, sanggupkah kamu menjadi si polan bin/binti sipolan, anak kepada polan dan polan, kerja begini, rezekimu begitu, jodohmu begini dan etc, etc, etc... bila kita sanggup, maka roh kita pun ditiupkan kedalam jasad (aku citer secara ringkas jer.. nak tau lebih lanjut, sila bertanya kepada orang yang lebih pakar, aku bercakap sekadar mengikut level pengetahuan aku jer.. dan aku tegaskan lagi skali ini bukan blog berilmiah, hanyalah blog untuk lepaskan perasaan bosan dan idea merapu yang datang entah dari mana.. :P)
          sebab tulah sekarang ni kita ada kat muka bumi ni, menjadi khalifah dan menjalankan "kesanggupan" kita itu.. bagi aku, nothing is a big deal.. setiap perkara yang bermula akan berakhir.. setiap permasalahan akan ada jalan penyelesaiannya.. Maka harungilah hidup dengan sabar dan penuh keikhlasan.. Insya Allah...