Pengikut

Isnin, 7 Februari 2011

Kahwin

         K.A.H.W.I.N....

            satu perkataan yang kalau aku dengar aku memang tergedik-gedik sangat nak melaluinya tapi aku takut.. Korang tak rasa macam tu ker? bila pikir-pikir lagi, langsung plak rasa xbersedia.. Dan kalau berada dikedudukan aku sekarang (orang luar nampak aku berkerjaya dan ada harta (padahal sengkek..kekekeke..)) telinga aku dah lali sangat dengan soalan-soalan yang berbunyi "bila lagi?" or "dah ada pakwe ker".. tak pun ayat pernyataan yang aku rasa seronok nak dengar sangat-sangat yang berbunyi "orang cantik macam you takkan takda boyfriend" (sbb dia kata aku cantik.. hohoho.. ^_^).. 
            Biasanya ayat-ayat ni akan kuar dari sedara-mara (pakcik, makcik, nenet, sedara jauh yang aku tak pernah kenal dan sesapa yg ngaku sedarah daging walaupun bukan.. derr..!! ), kawan-kawan yang baru sehari bernikah(sebab da rasa hebat sangat dapat berlaki kan.. haha.. mencik aku kalau pengantin baru tanya soalan super idiot macam ni.. saja nak wat aku terasa ker? huh!!) dan tak lupa jugak, lelaki-lelaki yang cuba mengayat (sbb tula mmuji cantik.. lagi chantek kalau dapat.. tapi kalau tak dapat, ayat dia bunyi cam ni plak "tula,. awk tu huduh cam anak gajah, xcumil lgsg, sbb tula org taknak, cube pilih sy, mesti awk cantek jer.." heh!! ader aku kessaahhhh??!! langsung takla.. :P)
            sebenarnya kahwin ni macam satu percaturan(okey, aku tak reti main catur tapi its still like a game.. :P)once u put ur leg inside, there are no turning back.. yang ada adalah kerjasama antara dua manusia untuk menjayakan objektif rumah tangga.. 
            at the age of mine, kebanyakan mothers mesti risau awatla anak dara depa tak kawen-kawen lagi. bukanlah huduh sangat anak depa, tapi takkanla tak dak yang berkenan, betoi dak?ha.. kan dah keluaq slang utara(padahai xdak kena-mengena dengan org utara.. hehehe..)samala macam mak aku jugak.. duk bising pasai kawen.. tapi siyesla, aku tak ready kan..
          kawen bukan benda main-main.. aku pun ade gak perkahwinan impian aku.. aku bukan nak kawen untuk sehari dua (iaitu hari nikah dan hari sanding..)aku nak kawen untuk selamanya.. jadinya kenala cari orang yang aku suka nak bercakap, aku suka nak terima lawak dia, yang aku suka serba serbi la.. tapi tak semua orang faham perkara tu aku rasa..
          tapikan ada jugak aku pernah terfikir pasal bercinta lepas kawen.. best ker ek? Arwah atuk ngan nenek aku bercinta lepas kawen, tapi sayang nenek pergi awal.. aku pun tak sempat nak tengok macam mana romantiknya percintaan mereka.. Yang aku nampak hanyalah arwah atuk dengan nenek baru..then aku cuma tengok kasih sayang mak bapak aku dalam menjaga kerukunan rumah tangga (how i wish i've got a husband with the love juz like my dad.. huhu.. (but how can it be, there only one abah in the world.. hehehe..)).. dan sekarang agak teruja dengan membaca novel yang berkisarkan suami yang setia terhadap isterinya (sangat mempengaruhi pemikiran sekarang ni.. adoi!)belum ada la lelaki yang membuatkan hati aku berkata "he's the one" setakat ini (sangat berharap keajaiban itu datang dan berlaku.. hahaha..).. 

Aper-aper pun, perkahwinan bukanlah satu escape.. bestfren aku sendiri pernah cakap, ada kalanya bukan kita tak ada jodoh.. tapi memang Allah sengaja beri kita orang yang salah supaya kita akan berjumpa dengan orang yang betul.. lagipun jodoh tu ketentuan Allah.. Sejak kita dialam roh di Luh Mahfuz sebelum kita ditiupkan kedalam jasad kita lagi Allah dah tanya, sanggupkah kamu menjadi si polan bin/binti sipolan, anak kepada polan dan polan, kerja begini, rezekimu begitu, jodohmu begini dan etc, etc, etc... bila kita sanggup, maka roh kita pun ditiupkan kedalam jasad (aku citer secara ringkas jer.. nak tau lebih lanjut, sila bertanya kepada orang yang lebih pakar, aku bercakap sekadar mengikut level pengetahuan aku jer.. dan aku tegaskan lagi skali ini bukan blog berilmiah, hanyalah blog untuk lepaskan perasaan bosan dan idea merapu yang datang entah dari mana.. :P)
          sebab tulah sekarang ni kita ada kat muka bumi ni, menjadi khalifah dan menjalankan "kesanggupan" kita itu.. bagi aku, nothing is a big deal.. setiap perkara yang bermula akan berakhir.. setiap permasalahan akan ada jalan penyelesaiannya.. Maka harungilah hidup dengan sabar dan penuh keikhlasan.. Insya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

EKSPLORASI MINDA CELARUKU SILA KOMEN BERAMAI-RAMAI;-