Pengikut

Khamis, 12 Januari 2012

Cuti-cuti Malaysia Utara;- Majlis Persandingan Antz (Hari Kedua)

Pagi-pagi lagi kami dah bangun dan bersarapan sementara menunggu waktu untuk bersiap-siap ke majlis persandingan Antz.. Menu kami pagi itu adalah Mi Maggie Kari bujang style.. Hahaha.. Sedap jugak.. Nak buat macam mana, masing-masing tak berani nak keluar carik sarapan sebab takut nanti sesat.. Memandangkan masing-masing ada masalah mengenal jalan atau senang kata, buta jalanlah.. Huu..
Dalam sedap duduk bersembang sambil bersarapan, kami dapat panggilan daripada pengantin mengatakan yang kami akan membawa pengantin pulang ke rumah untuk persandingan nanti.. Mencongak masa yang tak banyak, kami pun mula bersiap.. Bermulalah agenda menata rias wajah dengan warna-warna ceria semata-mata nak pergi kenduri.. Dan yang paling best sekali adalah, Che Yah yang biasanya tak make up tuh, kami make up kan.. Che Yah dah tercemar dengan dakyah-dakyah busuk dari Cik Ratu dan Cik Wawa.. Comel je dia.. Hikhikhik.. Suka suka suka suka suka...!!!!!! :p
Dalam pukul 12 lebih, pengantin pun sampai dekat homestay yang kami duduk tuh.. Terus kami bergerak ke rumah pengantin perempuan.. Sesampai kat sana, kami pun parking ditanah lapang yang ditunjuk oleh pakcik Antz.. Masalah adalah, kami semua memakai kasut bertumit tinggi kecuali Che Yah.. Susah juga nak bergerak.. Dalam hati Cik Ratu, Cik Ratu dah nekad nak kena beli kasut lain yang tak tinggi dan selesa selepas ni untuk meneruskan percutian..
Dalam pukul 2 petang, rombongan pengantin lelaki pun sampai.. Tapi bagi Cik Ratu dan kawan-kawan yang sememangnya dah kepenatan dari perjalanan semalam, kami agak cepat terasa letih semasa kenduri.. Ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas semasa berada disana.. Memang terasa sangat ketidaktahanan badan.. Tak larat nak berada disana lama-lama.. Rakan-rakan dari Kuala Lumpur selain kami bertiga ramai juga yang datang.. Antaranya Pah dan keluarga, Noor dan keluarga serta Imah dan pasangan..  Dah tak larat nak bertahan dalam rumah, Cik Ratu dan Che Yah dengan suka hati join venture Imah dan pasangan menjamu selera.. Kami yang sedari awal dah pun mengenyangkan perut melayan bersembang dengan Imah sementara Cik Wawa sibuk dengan tugasan sebagai pengapit.. Tak lama kemudian, Cik Wawa pun ikut join kami sekali..
Layanan keluarga Antz pada kami memang 1st class.. Layanan pada tetamu yang susah nak jumpa ditempat lain.. Lebih-lebih lagi bila mengetahui yang kami datang dari jauh.. Cik Wawa macam artis dirumah Antz.. Mana taknya, Cik Wawa dan Antz memang agak rapat sedikit semasa kami semua belajar dikolej dahulu.. Anak buah, adik-adik dan sepupu-sepapat Antz rajin bertanya mana satu Cik Wawa.. Masa kenduri ni jugaklah kami berkenalan dengan sepupu Antz bernama Eja, si kecil comel yang adorable dan petah berkata-kata.. Dia jadi flower girl pada hari itu.. Dengan wajah yang disapu mekap nipis, dia nampak sangat comel.. Umurnya mungkin lebih kurang 7 atau 8 tahun.. Petah berkata-kata.. Dilihatnya Cik Wawa memakai bulu mata palsu, dia membandingkan dengan bulu mata Cik Ratu pula.. Dengan tak semena-mena dia bertanya Cik Ratu, awak pun pakai bulu mata palsu macam Kak Wawa jugak ea? Hahaha.. Tergelak-gelak Cik Ratu nak jawap.. Segan pun ada.. Tapi dah tentulah jawapannya bulu mata Cik Ratu adalah original dan terbaik dari ladang.. Huhuhu... Tidak ada bantahan disitu.. Huu.. :D
Selesai sesi bergambar diatas pelamin dan sesi memotong kek, kami bertiga ambil keputusan nak lepak dalam kereta dan balik untuk cari bilik hotel sebab kami semua dah exhausted sangat dah sebenarnya.. Tapi photographer mintak kami menunggu sebab khidmat kami masih diperlukan untuk touched up mekap pengantin yang akan membuat penggambaran luar di kawasan Gunung Keriang.. Sementara menunggu pengantin siapkan sesi photoshoot dalam bilik, kami sempat juga bergambar di kawasan sawah padi.. Kami ingatkan pengambaran akan dibuat dikawasan yang kami ambil gambar semalamnya, tapi rupa-rupanya dikawasan yang lain.. Atau lebih tepat lagi, dikawasan bangunan yang tidak siap, hanya ada cerucuk sahaja yang baru dinaikkan.. Nak sampai ke kawasan binaan tu sangatlah menyeksakan.. Lebih-lebih lagi kami yang perempuan pakai baju kurung dan high heels.. Pengalaman ini memang antara yang terbaik.. Sementara pengantin ambil gambar dengan photographer, kami pulak buat photoshooting sendiri.. Hahaha.. Akibat dah tak tahan menahan bosan, Cik Ratu dengan selamba mengajak kawan-kawan untuk menunggu sahaja di kereta memandangkan keadaan yang sudah menginjak ke waktu senja.. Adalah tak molek untuk kami berada diluar.. Antz tak apala.. Ada 3 guard yang mengiringi termasuk suami.. Kami pula kena jaga diri sendiri.. Huhu.. Jadi lebih baik berwaspada dengan tahap tertinggi.. :p Sebenarnya ada cerita kelakar sebelum kami nak sampai ke Gunung Keriang.. Photographer approached Cik Wawa and bagitau dia lokasi photoshoot nak dibuat.. Dari Gunung Keriang, Cik Wawa boleh dengar abang tu cakap Kodiang.. Hahaha.. Taulah pandai geografi Cik Wawa oi.. Hahaha.. Bila Antz call, dia kata Gunung Keriang, riuh satu kereta.. Elok pulak ada bahan untuk Cik Wawa kita petang tu..
Akhirnya, serentak dengan azan Maghrib, kami nampak pengantin dan photographernya mulai keluar dari lokasi penggambaran dibuat.. Che Yah, masuk je dalam kereta, terus tumbang.. Huhu.. Setelah berpamitan dengan lebih kurang, kami pun memulakan perjalanan untuk mecari tempat tinggal bagi malam itu sebelum memulakan perjalanan kami untuk esok harinya pula.. Kata Antz, adalah lebih baik untuk kami ke Kuala Perlis sebab esoknya dia nak membawa kami ke ladang anggur yang terletak di Sik..
Kami bermalam di T hotel yang terletak dalam kawasan Alor Star sebenarnya.. Kami ingatkan dah sampai ke Kuala Perlis.. Hahaha.. Tapi badan yang dah penat dan otak yang dah letih dah tak kisah apa yang bakal berlaku.. Hanya mahukan kerehatan yang awal.. semasa cuba nak check in, kami yang tak booking bilik, terpaksa terima saja apa yang tinggal.. Malam itu, kami merapatkan 2 katil single semata-mata untuk tidur bertiga.. Kami pergi makan di kedai makan yang terletak diseberang jalan hotel.. Apabila melihat corak pemanduan laju pemandu-pemandu disana, kami sempat juga bergurau mengatakan jika kami jalan kaki semasa nak datang ke kedai makan itu, mesti kami akan tersangkut di tengah-tengah divider jalan.. Hahaha.. Yang kelakarnya, berpandu pada GPS Cik Ratu, kami dah masuk ke kawasan Kuala Perlis, tapi kata Antz belum lagi.. Rupanya, GPS dah menipu kami semua.. Hahaha.. Tapi itu semua hanya diketahui pada keesokan harinya saja.. Huhuhu.. Tapi nasib baik kami dapat juga tempat untuk tidur dan berehat yang agak selesa dan tak kelihatan seperti rumah hantu.. :p
Malam itu kami tak mampu nak melelapkan mata sangat.. Excited untuk ke Ladang Anggur di Sik.. Next entri, Cik Ratu akan cerita pulak pasal journey ke ladang anggur yang sangat menyeronokkan.. Nantikan ya! Juga nantikan entri-entri seterusnya tentang percutian Cik Ratu kali lepas.. See you soon!


























Lots Of Love,
        Cik Ratu....2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

EKSPLORASI MINDA CELARUKU SILA KOMEN BERAMAI-RAMAI;-