Pengikut

Ahad, 6 November 2011

di kesempatan ini Cik Ratu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Semoga korban dan aqiqah yang kita lakukan pada hari raya haji ini akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T.. Amin..

Ada masanya, sesuatu itu indah pada pandangan mata.. Tapi disebalik keindahan yang kita rasakan, ada sesuatu yang menyakitkan.. Umpama duri dalam daging.. bisanya hanya yang menanggung saja yang tahu.. Ada ketika, wajah mengukir senyum, tapi hati bagai dihiris-hiris.. Dan pada setiap waktu, hati menanggung beban, tapi mulut tak terluah bicara..



Tapi tak mungkin dimengerti segala penderitaan.. Tali yang mengikat harus diputuskan.. Tapi sang pengikat tak membenarkan tali itu dikerat.. Katanya, leraikan sebaik mungkin seperti mana ketika tali itu digunakan untuk mengikat.. serahkan tali itu sama sempurnanya seperti asal.. Tapi hakikatnya mana mungkin.. pasti ada sisi-sisi tali itu yang telah rosak... Yang telah pincang..


Semakin dipendam tak semakin enak seperti pekasam.. Semakin dipendam, menyakitkan dan menyeksakan.. Tak mahu berfikir apa yang bakal ditempuh.. Tak mahu tahu apa yang bakal terjadi.. Segalanya terasa seperti terlalu dingin.. 






sedingin ais yang menyejukkan tekak dikala mentari begitu terik membahang.. Kehangatan itu telah luput.. Telah tidak wujud.. telah hapus diketika tiada restu yang diberi untuk mengiringi gerak langkah kaki...















Ianya telah tiada......

1 ulasan:

  1. cantik gambar2 tu .. penuh berseni.

    terima kasih kerana sudi follow blog saya.

    BalasPadam

EKSPLORASI MINDA CELARUKU SILA KOMEN BERAMAI-RAMAI;-