Pengikut

Khamis, 15 Disember 2011

          Bulan mengambang penuh menghiasi malam yang gelap gelita.. Suasana sunyi sepi.. Yang kedengaran hanya bunyian ombak menghempas ke pantai.. Ombak yang sentiasa pulang ke pantainya yang setia menunggu walaupun kehadiran ombak itu membawa kemusnahan pada sang pantai. Pantai yang membiarkan dirinya dihakisi ombak sebenarnya membekal ombak dengan cinta dari hasil penghakisan itu supaya ombak tak akan pernah lupa singgah ke pesisir pantai.. Ombak berlau dengan cinta yang sarat.. Kembali juga membawa cinta yang sarat.. Pantai tetap disitu, setia menanti..

           Renungannya menjauh.. Lara hatinya dihambur bersama deburan ombak.. Kedinginan malam tak dipeduli.. Yang dia tahu hanya hatinya.. Akal membetah segala kata yang hadir, hati membenar tata laku.. Dia merenung lagi.. Melepas pandang segala yang terbuku ke tengah lautan.. Hati terus berdoa semoga semua masalah yang terpikul segera menghilang, segera menjauh.. Dalam jiwa terus mencari penyelesaian.. Sedang dia tahu yang dia sedang dicari dan akan terus diburu bila masalah yang ditanggung tidak selesai.. Dia sebenarnya sedang membiarkan satu jiwa terseksa.. Juga dengan tega membuatkan jasad itu merana..

          "Aku terpaksa lakukan itu," bisiknya dalam kesunyian malam itu.. "Aku mencari redha Allah dengan keredhaan kedua ibu bapaku.. Aku lukakan hatinya, aku biarkan dia.. Dayaku tiada.. Aku harap dia memahami isi hati ini.. Tapi.. Ah... Aku buntu.." Renungannya lepas terus ke laut.. Namun fikirannya menerawang jauh entah kemana.. Keluhan berat akhirnya terlepas dari bibir mungilnya..

           Dia mengorak langkah menyusur pesisiran pantai yang indah dengan suluhan cahaya bulan purnama.. Perlahan-lahan hatinya berbicara.. Bicara pada angin lalu tentang hatinya yang sedang lara.. Kasih yang ada tidak berestu.. Umpama kisah Antara Dua Darjat, cintanya diibaratkan.. Namun tak mudah untuk membuatkan lelaki itu memahami gelora jiwa yang ditanggung.. Aduhai jiwa.. Kuatlah kau mengharung dugaan ini.. Allah sedang menguji sejauh mana kau dan juga hatiku dapat bersatu dan saling menyokong dalam menempuh semua dugaan ini..


          Handphone dalam genggaman berbunyi lagi.. Lelaki itu.. Dia biarkan panggilan itu sepi tanpa jawapan.. Dibiarkan juga pesanan ringkas tersadai tanpa titpan balas. Dia hanya membiarkan.. Tak sanggup mendengarkan suara lunak yang pernah menghiasi hari-harinya.. Dia tak mahu membenarkan rasa simpati menaglir terus dalam dadanya.. Dia tahu perasaan itu tak akan bertahan lama.. Simpati menjadi kasihan akan mengundang musibah.. Membawa lebih penderitan dan kesengsaraan jiwa.. Tak mungkin akan mampu untuk ditanggung oleh sesiapa jua.. Tidak Sang Pencinta juga bukan untuk Sang Setia..


             Hatinya terus berbicara lagi, "Maafkan aku kerana tak mampu menunaikan janji yang aku bina.. Maafkan aku kerana aku memusnahkan cinta yang aku beri padamu.. Maafkan aku kerana aku tak mampu mebahagiakan kamu.. Benar, ku cari redha Allah dalam keredhaan ibu bapaku.. Namun dalam hati ini juga ada rasa cinta yang tak pernah padam untuk seorang yang pernah menghiasi hidupku.. Walaupun dia tak pernah berjanji untuk kembali, namun hanya dia yang mengisi setiap dari mimpi-mimpi yang aku alami.. Aku tak pernah akan mampu untuk berpaling dan mengisi ruang waktu yang telah berlalu.. Juga tak akan mampu untuk membeli ruang-ruang didalam hati kedua orang tuamu yang pastinya telah robek dan hancur.. Maaf, aku harus pergi..


Dia menyusur pantai menikmati mentari pagi.. Indah dan menenangkan namun hatinya masih seperti permukaan laut yang bergelora.. Semangat masih hilang.. Jiwa kosong tanpa irama cinta yang dicari.. Pelayarannya masih belum berhenti.. Tiada sentakan yang mampu membuatkan dia sedar betapa dia kini seorang sepi yang dirindu lantas merindu..











Selasa, 22 November 2011

          Ruang waktu yang panjang itu menyesakkan akal yang benar untuk berfikir dengan wajar.. Makin difikirkan, makin terasa sesak dan melemaskan.. Tiada kata putus.. Bergantungan begitu tanpa ada jalan yang mampu digunakan.. Tidak dari pihak yang meminta juga dari pihak yang menunaikan..

           Kasihan tertumpah tentunya kepada pihak yang menunaikan.. Bukan kepada pihak yang meminta.. Ruang dan peluang diberi untuk tenangkan fikiran.. Keputrusan dah dibuat cuma tak terluah.. Ah! Repekan apakah ini?

Ku melihat button itu bernyala.. Seakan memberi nyawa pada helaan nafas.. Tapi ia terus membisu seakan mengelak dari sabuah sengketa lain yang bakal tercipta.. Bahkan dia redha menanggung derita..

Semacam ada rindu yang terbuku.. Semacam ada rasa yang tak pernah dapat diungkap.. Rasa yang tak pernah hilang.. Tak pernah berniat untuk mengkhianati tapi rasa itu muncul lagi.. Mimpi-mimpi indah yang menjadi petanda..

Sesalku hadir.. Tapi untuk berpaling tidak mungkin.. Tidak pantas akan berlaku..

Ahad, 6 November 2011

di kesempatan ini Cik Ratu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Semoga korban dan aqiqah yang kita lakukan pada hari raya haji ini akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T.. Amin..

Ada masanya, sesuatu itu indah pada pandangan mata.. Tapi disebalik keindahan yang kita rasakan, ada sesuatu yang menyakitkan.. Umpama duri dalam daging.. bisanya hanya yang menanggung saja yang tahu.. Ada ketika, wajah mengukir senyum, tapi hati bagai dihiris-hiris.. Dan pada setiap waktu, hati menanggung beban, tapi mulut tak terluah bicara..



Tapi tak mungkin dimengerti segala penderitaan.. Tali yang mengikat harus diputuskan.. Tapi sang pengikat tak membenarkan tali itu dikerat.. Katanya, leraikan sebaik mungkin seperti mana ketika tali itu digunakan untuk mengikat.. serahkan tali itu sama sempurnanya seperti asal.. Tapi hakikatnya mana mungkin.. pasti ada sisi-sisi tali itu yang telah rosak... Yang telah pincang..


Semakin dipendam tak semakin enak seperti pekasam.. Semakin dipendam, menyakitkan dan menyeksakan.. Tak mahu berfikir apa yang bakal ditempuh.. Tak mahu tahu apa yang bakal terjadi.. Segalanya terasa seperti terlalu dingin.. 






sedingin ais yang menyejukkan tekak dikala mentari begitu terik membahang.. Kehangatan itu telah luput.. Telah tidak wujud.. telah hapus diketika tiada restu yang diberi untuk mengiringi gerak langkah kaki...















Ianya telah tiada......

Khamis, 3 November 2011

Maafkan saya..

Kehidupan kena diteruskan.. Walaupun ada ketika sesuatu perhubungan tu membuatkan Cik Ratu rasa stress.. Rasa tak mampu nak melaksanakan tanggungjawab pada yang berhak.. Cik Ratu minta maaf pada Encik Beliau.. Cik Ratu mohon berundur buat seketika..

            Ada banyak saat gembira yang telah Cik Ratu lalui bersama Encik Beliau.. Tapi jauh disudut hati Cik Ratu, Cik Ratu memang kecewa juga.. Harapan Cik Ratu agar hubungan ni boleh pergi jauh nmpaknya macam tak pasti..

           Cik Ratu nak cuba menjalani hidup dengan tenang.. Harap-harap bolehla kn.. Baru-baru ni ada jugak terfikir nak sambung belaja.. Tapi takla secepat yang mungkin.. Tiba-tiba masa keje semalam, datang pulak Sister bagitau ada offer.. Bagi jela nama.. Kalau ada rezeki, sambung semula belaja..

          Rasa dah malas nak stay bekerja dekat tempat yang penuh dengan orang-orang yang pentingkan diri sendiri.. Buat tambah stress.. Baik sambung belaja.. stress dengan buku-buku dan assignment lagi bagus dari duk stress dengan sikap manusia yang tak pernah tahu nak hargai orang lain kan..

          Semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna dan ceria.. Huu..

Jumaat, 30 September 2011

Strawberry Strawberry Love ~ Strawberi Strawberi Cinta

           Dah lama tangan Cik Ratu tak menaip cerita-cerita menarik kat blog nih.. bukan apa, xada apa-apa yang menarik yang dapat Cik Ratu kongsikan kat sini (bajet orang bace blog Cik ratu kan..?Miahaha..).. lagipun cerita menarik Cik Ratu juz muncul kalau Cik Ratu bercuti jer kan.. dan disebabkan tuntutan kerja dan tanggungjawap yang terpaksa dipenuhi, Cik Ratu baru jer dapat bercuti pada minggu lepas.. Itupun pada awalnya, Cik Ratu tak kemana-mana..
         seusai Cik Ratu keje malam pada minggu lepas, Cik Ratu menemani adik Cik Ratu ke Simpang Pelangai di Bentong.. Ditemani oleh rakan sekerja Cik Ratu iaitu Cik Ain yang comel.. Hehe.. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam.. Nampak macam singkat tetapi perjalanan agak sukar untuk ditempuhi disebabkan geografi kawasan tu agak mencabar iman untuk sampai ke destinasi yang nak dituju.. Lebih-lebih lagi jalan yang kami gunakan.. Mengalahkan ular kena palu.. Yang best tu, siap ada satu selekoh yang betul-betul berbentuk U.. Huu.. Tapi perjalanan pulang tak lah seteruk perjalanan pergi ke sana..
           Suasana tempat tu memang suasana kampung habis.. Masih banyak kehijauan yang terpelihara.. Dan yang paling menguntungkan adik Cik Ratu yang menjawat jawatan Pengurus Hal Ehwal Korporat (Cik Ratu call her Pengurus Keparat that makes her so mad at me.. Hahaha..) adalah dia punya kuarters kat sana dan kuarters dia depan office jer.. Hahaha.. Jalan kaki la pegi keje.. Hee.. Pegi keje pun tak payah awal-awal pagi nak kena keluar dari rumah kan.. Hehehe.. Lucky her..
          Last time, Cik Ratu ajak Encik Beliau pergi Strawberry Farm dekat Gohtong Jaya tapi tak berkesempatan untuk masuk sebab ada cyclethon.. So, disebabkan kali ni Cik Ratu cuti dan tak ada aktiviti berfaedah, makanya Cik Ratu mengambil keputusan untuk naik ke sana sekali lagi bersama 2 kawan Cik ratu Iaitu my BFF~Aswawa De Manjer and Cik Ain yang comel tu (dia lagi kan.. Hee..)
          Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 10.30 pagi.. Sampai kat sana dah pukul 11 lebih.. Cuaca masih sejuk walaupun baju yang kami pakai agak tebal.. Maybe sebab kami duk kat bawah Genting kan.. tapi kalau ikutkan, cuaca kat Gohtong Jaya dengan umah Cik Ratu waktu pagi tak ada beza sangat.. Sejuknya masih boleh ditahan berbanding dengan sejuk kat Cameron..
         Sampai-sampai jer kat sana, Cik Ratu dah excited semamcam.. Oh yer, masuk adalah percuma yer.. Sebelum masuk jer da posing sakan.. Abes sumer benda yang boleh jadik props, diposingkan.. Masuk jer pintu strawberry farm tuh, nampak jer starwberries yang tergantung-gantung dan masak ranum tuh, kitorang dah teruja sangat-sangat.. hahaha.. Best giler rasanya..
          Puasla kami round tempat tu carik strawberries yang besar-besar dan masak ranum.. Yang pastinya, mata Ainla yang paling cekap nampak strawberries yang besar-besar dan masak ranum tuh.. ose yang menarik (Menarik ker..??) kitorang berikan.. Keterujaan Cik Ratu menyebabkan Bangla yang jaga farm tuh tegur ~ "Looks very happy"~ Tapi dia cakap kat Wawa la. kan.. Eleh.. Suka hati Cik Ratulah.. Ada Cik Ratu kisah? Hahahaha.. Sibuk jer abang Bangla tu kan.. Bukan Cik Ratu kacau dia pun.. Hee..
          Puas dengan strawberries, kami berjalan-jalan pulak ke kawasan cafe dia.. Tapi sorry to sayla.. Cik Ratu tak puas hati langsung dengan makanan dia.. Minuman masih okay lagi la.. Yang sedap kat situ cuma Tempura Mushroom dia jer yang kami makan masa tuh.. Cik Ratu order Spagetti With Mushroom Sauce yang mana isi dia memang mushroom jerla.. Wawa order Spagetti Bolognaise tapi tak masam and isinya cuma sausage.. Ain plak order nasik goreng kampung yang tak nampak cam nasik goreng kampung.. hehehe.. Agak pelik kat situ.. huu..
          Ada satu kawasan dalam Strawberry farm tuh yang agak menarik untuk dilawati iaitu kawasan perniagaan.. ada macam-macam jenis perniagaan kat situ terutamanya cenderahati.. Ada jugak kedai coklat bagi penggemar-penggemar coklat.. Tapi Cik Ratu tak beli pun sebab Cik Ratu dah over bajet.. Hehehe.. Tapi agak menarik jugak choc dia sebab dia gunakan perasa buah-buahan tempatan dalam memasarkan choc dia tu.. packaging pun menarik.. Akhir destinasi adalah tempat sayur-sayuran dimana kat situ kita boleh petik sayur-sayuran kat sana sendiri.. sama macam strawberries tadila.. tapi kami tak petikla sayur-sayuran tuh memandangkan yang ada hanyalah lettuce.. Ada kawasa yang menempatkan cendawan segar.. Tapi xlehla petik sendirikan.. Hehehe... Ada jugak satu kawasan yang menempatkan sayur-sayuran yang besar.. Tomato besar pumpkin saiz biasa dan pumpkin dia besar Cik Ratu.. Huu.. Dahsyat.. Dahsyat.. Tapi nak masuk dalam tu kena bayar RM2.. Cik Ratu malas nak masuk sebab da penat.. Huu
           Dah penat berposing, kitorang pun balik.. Tapi Wawa ajak pergi tengok movie plak.. Cik Ratu pun pergila tengok movie citer Bini-biniku Gengster lakonan Yana Shamsuddin, Shaheizi Sam and Intan Ladyana..  Yang paling Cik ratu suke tengok dalam filem ni adalah Yana and Shaheizi.. Macam secocok sangat.. Hee..  Balik umah dah kepenatan.. terus ajer Cik Ratu masuk tido.. Huu.. Yang kesian adalah Encik Beliau.. tak dapat dia ikot sama merasakan kemeriahan dan keeksaitedan yang kami rasa.. Hahaha.. Ayat merapu Cik ratu dah datang...























           Apa pun memang sangat mensuggestkan tempat ni untuk dilawati.. tempat yang menenangkan jiwa dan minda.. boleh berehat-rehat sambil menikmati alam semulajadi kat sini.. thumbs up!!

Jumaat, 2 September 2011

Selamat Hari Raya 2011..

Wah.. Pejam Celik, pejam celik.. Ramadhan dah pun berlalu.. Raya pun menjelma.. Tapi sayangnya, tahun ni, Cik Ratu tak dapat beraya atas tuntutan kerja.. Hehehe.. Nevermind.. Amanah memang kena dilaksanakan.. Hehehe..
           Walaupun dah agak terlambat, Cik Ratu tetap nak ucapkan Selamat Berhari Raya Kepada Umat Islam seluruh dunia.. Selamat menyambut hari kemenangan untuk tahun ini.. 
           Cik Ratu memang tak beli baju raya langsung untuk raya puasa kali nih.. Tapi tetap jugak sediakan duit raya untuk adik-adik dan parents Cik Ratu.. 
          Petang Raya jer dah kena keje.. Sambung ke malam pulak tuh.. Huuu.. 17 jam bekerja.. Huu.. sakit gak tuh.. Hehehehe.. Tapi dah berjaya mengharungi dengan jayanya.. Hari Raya kedua pun keje jugak.. malam jerla.. Huhuhu.. 10 jam.. siyes best.. hehehe.. Balik tido sepanjang hari raya ke tiga.. malam barula pergi keluar ke carrefour beli kain.. Dan hari ni, hari raya keempat, Cik Ratu duk kat umah.. Kalau busan-busan, Cik Ratu tengokla ayam ngan kucing yang lalu depan umah tu nanti.. Hehehe.. Rasa macam nak pergi tengok wayang.. Tapi tengok sensorang mana nak datang best kan.. Hehehe..
          Parents and adik-adik dah pun bertolak balik kampung.. Semoga diorang selamat sampai kesana.. Hehehe.. Apa-apa pun.. Kalau makan ketupat, rendang, kuah kacang, lemang (pendek kata juadah raya la kan...) jangan lupa kat Cik Ratu yang tak beraya nih ea.. Hehehe...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam Dihulur Tanda Keikhlasan
Memohon Jutaan Kemaafan Dari Segala Keterlanjuran.. (^_^)

Khamis, 18 Ogos 2011

Tiba-tiba harini Cik Ratu dikejutkan dengan cerita yang agak hot kat tempat keje.. Ye, Cik Ratu dan seorang lagi kawan dikatakan bergaduh dengan parents patient.. Amboi.. Jahat sangat ker Cik Ratu sampai nak bercelupar mulut dengan parents patient.. Nila dia orang kita.. Lain yang didengar, tak abes dengar, lain yang disampaikan..
          Cik Ratu betul-betul angin dengan citer tu tau.. sampaikan Cik Ratu Update kat Fb cakap kat diorang yang pandai-pandai bawak mulut pasal hal ni, Cik Ratu nak sekeh kepala dia.. Tak tau ape motif dia bawak citer yang bukan-bukan macma nih.. sangatla menjengkelkan hati nurani Cik Ratu yang dah sedia bengkek nih.. Fuuuhhh... (bertenang sekejap.. :p)
          Dahla gi citer kat incharge Cik Ratu plak tuh.. Yang bestnyer, dia bole kate kat incharge Cik Ratu yang Cik Ratu bergado ngan parents patient tu kat Fb.. Hallo.. Gua takder add mak bapak patient gua la kat Fb.. Dulu ade skali pun gua da unfren tau.. Chiss!!. Siyes Cik Ratu Marah.. Saper yang jadi kaki fitnah tuh, memang Cik ratu nak sekeh dia kalau Cik ratu jumpa.. Sedap-sedap dia jer nak bergossip ea..

Takper-takper.. if Cik Ratu tak dapat pun dia.. Allah mesti akan balas.. Huh! Geram..!