Pengikut

Jumaat, 1 Julai 2011

Car Dating, Cyclethon And Marathon

Last Sunday Me and Him kuar la gi dating kan.. Malangnya keadaan perut Cik Ratu yang tak sihat tak mengizinkan dating yang best berlaku.. Pagi-pagi Cik Ratu bersiap nak gi ambik Encik Beliau kat KL Sentral.. Pagi ahad yang tak pernah-pernah jam kat K.L boleh jam semuanya gara-gara marathon.. Adei.. Panas punggung Cik Ratu duk dalam kete.. Nasib Baikla Owen dah ada aircond.. Kalau tak, maunya Cik Ratu menyumpah-nyumpah kat dalam kereta.. So, bila ambik Encik Beliau pun dah agak lamnat, Cik Ratu pun wat keputusan gi breakfast dulu then terus ke Gohtong Jaya untuk menjayakan plan kami untuk melawat strawberry farm.. lagi sekali harapan musnah.. Ada Cyclethon plak.. Hangen.. Hangen.. Dahla Cik Ratu tak sedap perut.. harapan hati tak dapat nak ditunaikan plak..
          Tapi takperla asalkan Encik Beliau ada kat sebelah.. Rasa rugi plak tak naik cable car sebab dah sampai kat situ kan.. Nevermind.. Lenkali boleh gi Strawberry Farm and naik cable car plak.. Hehehe..
turun dari Genting, terus gi makan Great Chicken Burger.. Walaupun tak larat, tetap jugak gagahkan diri..
Senyum pun macam tak berapa nak ikhlas jer kan.. Huhuhu.. Mujurla Encik Beliau memahami keadaan diri yang sangat memerlukan toilet.. Jadinyer, kami nih duk kat dalam shopping complex tu jer.. Selebihnya masa dihabiskan kat dalam kete.. Bila Cik Ratu kata yang kami dating dalam kete jer, dengan senyum dia membalas kata-kata Cik Ratu yang dia tak kisah janji dia dan Cik ratu bersama.. Lagipun bukan mudah untuk Cik ratu dan dia sama-sama meluangkan masa berdua..
          Akhirnya Encik Beliau menjadi penunggu tandas yang setia.. Lagi pulak tambah spoil bila Cik Ratu minum air Milo.. Susu kan tuh.. bertambah-tambah la sakit perut Cik Ratu.. then destinasi seterusnya adalah Tasik Titiwangsa.. Cik Ratu duk jer dalam kereta sebab memang dah tak larat nak berjalan-jalan.. Then Encik beliau ajak jugak Cik Ratu berjalan-jalan sekitar Tasik tuh dan kena jadik penunggu toilet lagi.. Aduhai.. Setianya kamu encik Beliau.. Huhuhu... Jalan-jalan lagi dan kemudiannya lepak tengok orang tengah tuning equipment music diorg sebab nak wat concert Malam Budaya kalautak salah cik ratu.. Hehehe.. Masa tu hujan dah turun rintik-rintik tapi malas nak bangun lagi sebab hujan macam main-acah-acah aje plak.. Hehhe..
Bila hujan dah lebat, mencicit masing-masing lari kat kereta..
         Dalam kereta, Cik Ratu terus booking untuk makan Steamboat kat Flamming.. Nyum.. Nyum.. Walaupun dalam keadaan sakit perut, selera masih ada.. Tapi takla sehebat kalau perut sihat.. Hurm.. Cian Encik Beliau sebab terpaksa bangun berulangkalu sebab Cik Ratu memang tak larat nak berjalan.. Huhuhu..
          Walaupun takla dapat lunaskan kehendak hati nak pergi ke strawberry farm tuh, at least Cik ratu berjaya jugak melunaskan hasrat yg lain.. Harap-harap dapatla pergi Strawberry Farm pasnih.. Hehehe..

1 ulasan:

  1. hehe...hubby x kisah be penunggu toilet..asalkan yg ditunggu tue awk...hehhe....ape2 pun...car dating...terbaek!!!

    BalasPadam

EKSPLORASI MINDA CELARUKU SILA KOMEN BERAMAI-RAMAI;-