Pengikut

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH: Tak Bersih Sangatla..

Bersih ker? Adoi.. Punyalah Cik Ratu sakit hati harinii….. Nak tau kenapa? Sumer gara-gara BERSIH punya hal.. Ketakutan semua orang nak keluar rumah.. Hangin2.. Jalanraya banyak yang tutup plak tuh..
                Tak fahamla kenapa nak sangat berarak.. Tak tau penat ker? Baik yang lelaki, baik yang perempuan.. Yang lelaki, tak nak ker spend quality timewith ur family, since u’re going out to work very day.. duk umah, mengaji lagi baik and dapat pahala dari bertakbir atas jalan raya tapi menyusahkan orang lain.. Ingat kumpul pahala ke macam tuh?? Menambah dosa la kot kalau da menyusahkan orang ramai..  Yang perempuannya pulak beria2 berteriak atas jalan.. Tak ker suara tuh aurat? Terjerit-jerit, terpekik-pekik.. Hilang adab dan sopan sebagai wanita..  Kalau korang duk umah baking cake ker, lagi syok kot.. Sejuk hati mak bapak, adik, kakak, abang, suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.. Kalau kena tangkap?? Dari harga sebijik kek atau sepinggan nasik goreng (yang mana setiap butir nasik yang dimasak tuh terdapat pahala..) dah jadik harga sebuah lagi majlis perkahwinan untuk suami korang ( which is, if Cik Ratula yang jadik suami, Cik Ratu proceed kawen lagi satu.. :P).. Tapi bila dah perjuangkan politik yang korang sendiri tak tau hujung pangkal, kan haru jadinya.. Kalau tak kena tangkap tak apela jugak.. Tapi kalau dah kena tangkap???? Korang jawapla sendiri kan?
                Disebabkan perkara BERSIH yang takla bersih sangat tu kan, ramai yang takut nak keluar.. Sampaikan nak pergi kat kedai runcit depan umah pun takut.. Takut dengan  jiwa-jiwa orang yang merusuh dan berarak di tengah kotaraya.. Cik Ratu pun kecut perut nak keluar rumah.. Adik Cik Ratu yang merayap ke cyber cafĂ© dengan segera dipanggil pulang kerumah oleh emak Cik Ratu.. Terkekeh-kekeh Cik Ratu mendengar emak Cik Ratu menelefon si bujang kecik tuh balik umah semata-mata kerana risau.. Tak pasal-pasal,  adik CIk Ratu yang kedua pun kena perambat balik jugak masa dia pegi umah kawan dia.. Hehehe.. Tapi tulah.. kasih seorang ibu kan..
                Yang bestnyer, hari yang orang duk sibuk nak berarak nilah sibuk kawan Cik Ratu nak bersanding.. Kat Tasik titiwangsa pulak tuh.. Kalau wat kat umah dia sendiri kan senang.. Hurm.. Tapi bestla jugak.. 1st time merasa K.L sangat lengang pada tengahari seumpama pagi hari Cik Ratu nak pergi keje di hari minggu.. Pergh! Ayat dah macam ape jer.. Ekekekeke.. Encik Beliau dah sangatlah risau bila tau Cik Ratu nak pergi jugak wedding reception sebab tu wedding kawan baik Cik Ratu since tingkatan 2 tau.. Alhamdulillah, berkawan sampai sekarang.. Insya Allah sampai akhir hayat kalau jodoh mengizinkan.. Dan Encik Beliau pun tak menghalang pemergian Cik Ratu ke majlis tuh.. Sampai kat sana, abang-abang polis yang hensem-hensem sumer da tutup laluan nak masuk ke dalam Taman Tasik Titiwangsa tuh.. Terpaksala menapak agak jauh.. Huhuhu..
                Majlis memang meriah tapi macam yang Cik Ratu jangkala.. Tak ramai sangat member-member kitorang yang boleh datang.. Especially our other BFF, Allia.. She cant managed to come becoz of the BERSIH things nilah (marah lagik! Upset betul la..!!!)..  Paginya dia pergi engagement our other friend in Rawang.. But then dia tak dapat nak keluar.. Hiway sumer tutup.. Jalan lama pulak, jam giler2.. when she tried to changed her route, the other road pun macam tu jugak.. so, how? Lastly, she called me ( suara pun dah sedih2 punya tone..) untuk bagitau yang dia tak dapat nak escape dari sana sebab jalan semuanya tutup.. Then she ask me to send pic.. Malangnya, gamba tak dapat nak dihantar.. But luckily we have Khalik and his Nokia Whatever tuh.. Hahaha.. Khalik la yang hantar MMS kat Allia gambar our best buddy’s wedding.. 
                She looks gorgeous in her dress.. White dress and red ribbon as the deco on her dress.. Simple but sweet and cute.. Buat pulak kat tepi tasek.. Adoi.. Sangat-sangat romantik rasanya.. Hehehe.. Encik Beliau, saya nak macam tuh jugak bole? Hihihihi.. Cik Ratu teringin jugak nak pakai dress.. Tapi confirmla tak sesuai kan.. Cik Ratu kena berusaha jadik kurus.. Hee..
With My School Friend; Khalik, Hafizuddin And Farah Haireen...

Taman Tasik Titiwangsa

Aifaa And Her Husband, A.J

Selamat Pengantin Baru!

Pssstt..:Ape-ape pun.. Cik Ratu masih lagi dalam mode marah kat bersih.. I wonder kenapa nampak orang melayu jer yang ramai dalam perhimpunan tuh..  Mana  orang India ngan orang Cina ek?   
(-_-“)

Jumaat, 1 Julai 2011

Car Dating, Cyclethon And Marathon

Last Sunday Me and Him kuar la gi dating kan.. Malangnya keadaan perut Cik Ratu yang tak sihat tak mengizinkan dating yang best berlaku.. Pagi-pagi Cik Ratu bersiap nak gi ambik Encik Beliau kat KL Sentral.. Pagi ahad yang tak pernah-pernah jam kat K.L boleh jam semuanya gara-gara marathon.. Adei.. Panas punggung Cik Ratu duk dalam kete.. Nasib Baikla Owen dah ada aircond.. Kalau tak, maunya Cik Ratu menyumpah-nyumpah kat dalam kereta.. So, bila ambik Encik Beliau pun dah agak lamnat, Cik Ratu pun wat keputusan gi breakfast dulu then terus ke Gohtong Jaya untuk menjayakan plan kami untuk melawat strawberry farm.. lagi sekali harapan musnah.. Ada Cyclethon plak.. Hangen.. Hangen.. Dahla Cik Ratu tak sedap perut.. harapan hati tak dapat nak ditunaikan plak..
          Tapi takperla asalkan Encik Beliau ada kat sebelah.. Rasa rugi plak tak naik cable car sebab dah sampai kat situ kan.. Nevermind.. Lenkali boleh gi Strawberry Farm and naik cable car plak.. Hehehe..
turun dari Genting, terus gi makan Great Chicken Burger.. Walaupun tak larat, tetap jugak gagahkan diri..
Senyum pun macam tak berapa nak ikhlas jer kan.. Huhuhu.. Mujurla Encik Beliau memahami keadaan diri yang sangat memerlukan toilet.. Jadinyer, kami nih duk kat dalam shopping complex tu jer.. Selebihnya masa dihabiskan kat dalam kete.. Bila Cik Ratu kata yang kami dating dalam kete jer, dengan senyum dia membalas kata-kata Cik Ratu yang dia tak kisah janji dia dan Cik ratu bersama.. Lagipun bukan mudah untuk Cik ratu dan dia sama-sama meluangkan masa berdua..
          Akhirnya Encik Beliau menjadi penunggu tandas yang setia.. Lagi pulak tambah spoil bila Cik Ratu minum air Milo.. Susu kan tuh.. bertambah-tambah la sakit perut Cik Ratu.. then destinasi seterusnya adalah Tasik Titiwangsa.. Cik Ratu duk jer dalam kereta sebab memang dah tak larat nak berjalan-jalan.. Then Encik beliau ajak jugak Cik Ratu berjalan-jalan sekitar Tasik tuh dan kena jadik penunggu toilet lagi.. Aduhai.. Setianya kamu encik Beliau.. Huhuhu... Jalan-jalan lagi dan kemudiannya lepak tengok orang tengah tuning equipment music diorg sebab nak wat concert Malam Budaya kalautak salah cik ratu.. Hehehe.. Masa tu hujan dah turun rintik-rintik tapi malas nak bangun lagi sebab hujan macam main-acah-acah aje plak.. Hehhe..
Bila hujan dah lebat, mencicit masing-masing lari kat kereta..
         Dalam kereta, Cik Ratu terus booking untuk makan Steamboat kat Flamming.. Nyum.. Nyum.. Walaupun dalam keadaan sakit perut, selera masih ada.. Tapi takla sehebat kalau perut sihat.. Hurm.. Cian Encik Beliau sebab terpaksa bangun berulangkalu sebab Cik Ratu memang tak larat nak berjalan.. Huhuhu..
          Walaupun takla dapat lunaskan kehendak hati nak pergi ke strawberry farm tuh, at least Cik ratu berjaya jugak melunaskan hasrat yg lain.. Harap-harap dapatla pergi Strawberry Farm pasnih.. Hehehe..

Sabtu, 11 Jun 2011

Ada Orang Sayang Awak!!! Suke.. Suke.. Suke.. (^__^)

  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda
  •  Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  •  Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.  
  •  Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  •  Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  •  Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  •  Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  •  Anda seorang yang istimewa dan unik.
  •  Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  •  Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
  •  Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  •  Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
  • Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....  
  • Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..


Restu

R.E.S.T.U.......

               Perkataan ni ada banyak maksud dalam hidup manusia.. Banyak perkara yang kita lakukan akan menjerumus kepada mendapatkan restu dari orang-orang sekeliling kita biasanya yang lebih tua dari kita..Tak kirala bangsa apa sekali pun.. Restu tu tetap perkara penting.. 
          
               Semua benda yang berputar dalam kehidupan kita banyak yang berkait dengan restu.. Nak pergi sekolah (biasa pepagi mak ada kat umah before mak g keje or mak mmg suri rumah, kat depan pintu..) salam dulu.. Mak pun usap rambut (kalau gurls biasa pakai tudung nak kesekolah, usap kepala la kira.. :P).. Restu mak pun follow la anak dia dari pergi sekolah sampai balik sekolah.. Bila nak berjalan jauh-jauh, bgtau mak.. Mintak izin mak.. Pun kira mintak restu jugak.. Sebab bila dapat izin tuh, maknanya, mak bapak tu restula anak depa berpergian..
          
               Nak kawen pun mintak restu jugak.. Kalaula mak bapak tak restu, pastu kita pun duk gatai terjah pi kawen.. Gamaknya, perkahwinan tanpa restu tu ada banyak rintangan dan halangan.. Kalau tak kuat hati dan jiwa dalam mengharungi gelombang, karamlah bahtera impian.. Tapi kalau bertahan jugak, maknanya memang dah jodoh mereka kuat.. Hehehe.. Membebel tak tentu arah plak.. Hohohoho..
          
               Tapi nak share satu cerita la masa Cik Ratu study dulu.. Cik Ratu ada sorang bestfren.. Kitorang kenal masa study sebab kitorang satu rumah and satu kelas.. Pegi mana-mana, mesti Cik Ratu pegi ngan dia.. Macam tu jugak dengan dia.. Kawan Cik Ratu ni orang Pantai Timur.. Before dia masuk belajar nih, dia dah ada sorang boyfriend keje engineer.. Boyfriend dia memang bagus.. bagi duit belanja tiap-tiap bulan, top upkan dia tiap-tiap kali kehabisan kredit, beli baju luar dalam.. Kira memang boyfriend dia bajet dah nak wat bini dah.. And yang paling best, boyfriend dia masa tu dah hampir-hampir nak buat permohonan bertukar ke negeri yang kawan Cik Ratu duduk masa tuh.. Hubungan diorang direstui family masing-masing.. 


               Tapi dalam diam, sebenarnyer kawan Cik Ratu nih tak pernah lupakan cinta pertama dia.. Tiap-tiap tahun dia akan wish birthday cinta pertama dia nih, walaupun lelaki tu dah lukakan hati dia dengan tinggalkan dia dan kawen dengan pompuan lain.. Dipendekkan cerita, akhirnya dia menjalin kasih semula dengan suami orang tuh and family dia tak restu atas sebab-sebab yang tertentu.. Second year study, dia kena expelled dari kolej sebab dia dah kawen dengan lelaki tuh.. Dia sanggup dump boyfriend dia yang berkorban banyak untuk dia.. Memang kesian dengan boyfriend dia sebab nampak sangat boyfriend dia kecewa.. Kalau ditengok dari perbuatan dia yang tak study, tak tumpu perhatian dalam kelas, memang boleh nampakla yang dia secara sengaja mahukan diri dia dibuang kolej sebab kalau kena expelled, dia tak payah bayar balik biasiswa.. Lepas family dia dapat tau yang dia dah kawen (kawen kat sempadan plak tuh..), masa nila life dia da start porak peranda.. Husband dia (sebab da kawen kn.. :P) selalula turun K.L.. tapi lastly dia wat keputusan yang sangat mengecewakan hati seluruh keluarga.. Meremukkan hati keluarga yang dah bertahun2 menjaga kebajikan dia semata-mata demi cinta.. Akhirnya dia tanggung keperitan jugak.. Sepatutnya kalau dia habiskan study, kehidupan dia taklah sesusah sekarang.. Tapi Alhamdulillah, anak dah masuk 3.. Maybe family dah merestui dia sebab Cik Ratu dah lama tak ambik peduli cerita tentang dia (ada sikit krisis dalaman..).. Ataupun mungkin, jodoh memang panjang...
          
               Banyaklah contoh kepentingan restu.. sebab Cik Ratu sendiri pun pernah merasa betapa pentingnya restu nih.. Dan Cik Ratu faham betapa pentingnya restu... Malahan Cik Ratu harap orang lain pun akan faham betapa pentingnya restu.. 






P/S: Tak ada ibu bapa yang sukakan anak dia berada dalam kesusahan.. Sebab tulah, bila kita buat perkara-perkara baik, mak ayah kita akan sentiasa merestui kita dalam setiap aspek kehidupan..








Pssst..: Restu ibu bapa paling penting.. (^__^)'

Jumaat, 10 Jun 2011

Love Someone Unconditionally...

If you love someone because you think that he or she is really gorgeous... then it's not love...
it's ~*
Infatuation *~

If you love someone because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't...then it's not love...
it's ~*
Compromise *~

If you love someone because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings...then it's not love...
it's ~*
Charity*~

If you love someone because you share every thing with him ... then it's not love...
it's ~*
Friendship*~

BUT IF you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him...
that's ~*
LOVE *~

If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's ~*
LOVE *~

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to ...
that's ~*
LOVE *~

~Love Someone Unconditionally~

Ahad, 22 Mei 2011

Konvokesyen UiTM Yang Ke 74

          My lil bro are having his convocation on 20th May 2011.. Cik Ratu follow jugak.. But yet, takleh masuk dalam.. Surely sebab Cik Ratu takda kad jemputan.. So, Kami nih pegi 4 beranak.. Sorang adalah graduan yang mana memang akan masuk dalam dewan wearing his convo jubah ( my lil bro looks so handsome except that his dahi yang luas cam padang bola bila dia pakai mortarbot dia tuh,.. hahaha.. Jendol!!!) And the other two are my parents who have the invitation card.. So, i'm out of the list.. Cis!! Kenala duk lua.. 

          At 1st, tercangak-cangakla kat lua and mulala membelek handphone.. Dalam hati duk kata, "abesla cair mekap aku.. Abesla sakit kaki aku duk berdiri saja nak tunggu abes majlis konvo nih.." Menyesal ikot pun ada jugak.. Huu.. Tetiba ada abang ensem (puji ensem ada makna tuh.. ehehehe.. (gelak jahat..)) wat announcement bagitau yang ada tempat duduk lagi kat belakang sana.. Cik Ratu pun masukla.. Wah!! Terujanya sebab tempat tu adalah khemah bertutup yang beraircond.. Ada white screen lagi.. Nampakla muka adik Cik Ratu yang ensem tapi jendol tuh kan.. wah..!! Senyum sensorang jer sebab takde teman nak borak.. Bila ada makcik tuh duk sebelah Cik Ratu, Cik Ratu pun takleh nak borak sebab Cik Ratu memang susah nak borak dengan orang yang Cik Ratu tak kenal.. Kiri kanan depan belakang penuh dengan orang.. Erm.. Mesej2 la jugak dengan Encik Beliau masa tuh.. Tapi memandangkan Encik Beliau tengah keje, walaupun dia kata sedaya upaya yang dapat akan temankan Cik Ratu yang berseorangan, tapi takla teman sangat.. huh!! ;p In other way round, Cik Ratu duk mesej mak Cik Ratu yang duk dalam dewan tuh, kawan Cik Ratu yang ngah becuti kat umah and  Puan D.. And replying mesej kat FB via Celcom Message.. Hehehe...


           Yang paling tak best and funny adalah, Cik Ratu adalah antara orang-orang yang jadik photographer tak bertauliah yang shoot gamba kat skrin putih yang disediakan pihak penganjur.. hehehe.. Tapi bila tengok cam gamba edit pun ada.. huhuhu.. lepas adik Cik Ratu siap.. Majlis tamat.. Kami semua pun balik semula ke Kuala Lumpur.. Dalam perjalanan, masing-masing mengadu lapar dek kerana tak bersarapan pagi.. Tak tau idea siapa, tiba-tiba terpacul perkataan KFC.. hehehe.. sedap tuh.. lagi2 kalau orang yang belanja.. Balik singgah makan kat KFC Jalan Gombak.. Having fun walaupun takla best sangat (hallo!! bukan konvo hang la.. Hehehe..) 

Pssstt: Tengok orang ambik sijil atas pentas membuatkan semangat Cik Ratu nak kembali study semakin membara.. Ngee.. (^_^)







Ahad, 15 Mei 2011

Terus Terang

Cik Ratu harini nak bercakap pasal terus terang.. erm.. terus terang ni memangla sangat baik.. Cik Ratu pun belaja gak macam mana nak jadi manusia yang berterus terang dan tak memendam perasaan.. tapi Cik Ratu rasa, itula kelemahan Cik Ratu iaitu jarang berterus-terang..    

But then, bila berterus terang, lain pulak jadinye sebab bila ketelusan itu kita bentangkan, pasti ada hati yang akan terluka.. Sesungguhnya kerana itula Cik Ratu lebih gemar mendiamkan diri dari berterus terang tentang kenyataan yang dah tentunya pahit untuk ditelan..  Seriously, i dont like people to know everything that wasnt good about themselve or bad news that related to them..

like few of these days.. Cik Ratu dapat tau yang parents Cik Ratu tak restu dengan pilihan Cik Ratu.. Man! Apa yang Cik Ratu harus buat..?? Jalan paling baik adalah berterus terang dimana dia akan bersedih hati.. Good!! Tapi tak ada pilihan lain..

Macam kata orang-orang yang rapat dengan Cik Ratu.. Cinta nih adalah sesuatu yang kita ada.. indah pada mulanya dan bila berakhir, ianya menyakitkan.. Pada Cik Ratu, Cinta adalah sesuatu yang kedengaran indah bunyinya, indah di pandangan dan sakit diperasaan..

Tak lagi Cik Ratu Tau apa kesudahan cerita nih.. Tapi Cik Ratu akui yang Cik Ratu tak dapat nak membantah kata-kata parents Cik Ratu.. Semoga Allah dapat membimbing Cik Ratu dalam mencari jawapan.. Aminn...